Stupido!!!!

Assalamualaikum.

Sebagai seorang gadis, aku rasa aku dah jadi bodo sebab dok tunggu si Azarul tu. How come? Selalunya aku berjaya ja elak benda2 bodo camni. Dah awat yang pasai dia aku tak dapat elak pulak? Ok3, reset your mind Afifah! Sila berdiri di atas landasan yang betoi & teruskan perjalanan. Buang semua benda pasai Azarul. Dia tak suka hang pon. Kalau dia suka la kan, dah lama dia mintak nak jumpak hang & berdepan ngan hang. Stop it! Enough playing stupido!!!! Hang tak jumpak lagi someone yang ditakdirkan untuk hang. One fine day, you will meet your destined partner. Jangan penah berhenti berdoa untuk tu. Fightingggg!!!!

:)

Always

Assalamualaikum.

Presentation? Adeehhh...kecut perut. Bukan butterfly in my stomach dah. Ni zoo in my stomach. Berdebaq lup dup lup dup rasa.wuwu. How to overcome this? Selalunya camni la aku. Tak habeh pikiaq jugak apa benda sgt la yg aku takutkan ngan presentation. Dah final year pon dok kecut perut gelabah bewak lg bila nak present. What should I do? Always like this.pheww..

Makin menjadi-jadi

Assalamualaikum.

Weh, cuti dulu2 tak dak pulak mcm cuti kali ni. Dulu2 slow & steady ja. Kali ni bila perasaan tu sampai, teroih pi hari tu jugak. Tedia..ayat intro mcm bg gambaran apa ja kan? Kehkehkeh. Ni la jadinya bila perasaan nak buat kek mai. Sejak hari kedua aku sampai blk kat umah aku, ada kot 4 kali aku buat kek. Cuti tak sampai sebulan pon oi! Ohohoi. Dulu2 cuti tak dak kerap camni aku buat kek. Tetiba ja cuti kali ni angin apa tak tau, keja nak buat kek ja. Hohoho. Aku sanggup beli baking paper ngan aluminium foil semata-mata nak merealisasikan perasaan nak buat kek tu. Ahaha. Buleh tahan jugak la harga baking paper ngan aluminium foil berkenaan. Kalau kata perasaan nak buat kek tu tak sampai, lalu sebelah brg2 ni pon tgk sipi hujung mata ja. Syg ke duit lg, takut duit tak mai terbang kat aku dah kalau aku beli brg2 ni. Hihik. Tp bila dah jd lagu ni ka, duit terbang pon tak kesah dah. Asalkan aku dpt buat kek & rasa puas hati. Feeling dpt buat kek bila perasaan nak buat tu sampai mmg tak tau la nak describe camna. Huhu. Bila semua org yg mkn kata sedap, lg la melonjak-lonjak feeling tu. Ehehe. Yg ni ja aku nak cerita. Over gila kan? Hahaha.  

Waffle

Assalamualaikum.

Sapa suka makan waffle angkat tangan! Hehe. Aku nak share resepi waffle yang aku buat 2 3 hari lepas. Yummy ok! Huhu. 

Uolss ada pemanggang waffle? Buleh la try. Insyaallah sedap.

Bahan2:

Tepung gandum                                                           2 cawan
Baking powder                                                             1 sudu besar
Gula caster (gula biasa pon buleh)                                 2 sudu besar
Garam                                                                        Secubit
Telur                                                                          2 biji
Susu segar (susu full cream pon buleh)                           1 2/3 cawan
Minyak masak                                                             1/3 cawan 
Esen kelapa pandan (esen vanilla pon buleh)                  1 sudu kecil
Jem buah-buahan/peanut butter/nutella/kaya                  Secukupnya

Cara2:

1. Ayak tepung gandum & baking powder. Ketepikan.
2. Pukul telur, susu, gula & minyak masak hingga sebati menggunakan whisk.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & pukul lagi. Kemudian masukkan garam, pukul sebati.
4. Tambahkan sedikit air jika adunan pekat.
5. Sendukkan adunan ke dalam acuan pemanggang waffle yang telah panas.
6. Biarkan sehingga waffle masak.
7. Setelah masak, sapukan dengan jem buah-buahan/peanut butter/nutella/kaya. Sedia untuk dimakan.

Senang kan? Tak rugi try.huhu. Tepi2, waffle nak posing lagi ni.kikiki.


p/s: Abaikan kaler hitam kat hujung waffle tu. Salah aku biaq lama2 sampai terlebih masak hujung waffleku.hihihi. 



Jenjalan Kat Muzium Padi


Assalamualaikum.

Ni pulak cerita hari Ahad aritu. Abang aku bawak pi jenjalan kat muzium padi. Aku dah penah pi sekali masa sekolah menengah dulu. Kira ni kali kedua la aku pi muzium ni.hehe.

Bumbung muzium ni berunsurkan padi. Dah nama pon muzium padi kan...

Depa gigih tanam padi buat hiasan kat luaq muzium oi! Ohoho.

Bukan saja tanam padi, replika orang dulu2 bersama kerbau untuk proses tanam padi pon ada.






Ni semua lukisan. Seriously amazing! Uolss patut pi tatap lukisan2 ni kat muzium padi.

Nice painting! Harus la bergambaq kat sini kan...

Ehem2,cik pah ke bendang.kikiki.


Ok sekian saja cerita pasai muzium padi. Buleh la berkunjung ke Kedah naa uolss.. :)

Aku Di Vineyard

Assalamualaikum.

Ni cerita 2 hari lepas punya. Masa abang aku tak balik KL lagi. Dia bawak sefamili pi jenjalan kat vineyard. Serius cun tempat tu. Jom tengok pictures yang aku sempat snap.hehehe.

Ok ni la nama tempatnya. Buleh baca sendiri kan? Kikiki.

Sepatutnya nampak lebih jelas tulisan kat papan tanda tu. Maafkan kamera aku yang tak canggih.hehehe.



Pemandangan Tasik Beris.


Anggur2 yang cantik menawan.huhuhu.

This is my mom, posing bersama buah anggur.hehe.

Aku, Jannah & Qalesya, nak jugak posing bersama buah anggur.ahaha.

Bukan anggur ja yang ada kat sini, strawberry pon ada tapi sikit ja la.

And the last picture is...aku & Jannah bersama maskot buah anggur. Jannah ngan Qalesya panggil anggur gila sebab anggur ni dok tak diam.hahaha. 

Bagi uolss yang berkenan nak pi vineyard ni, buleh la ke Daerah Sik, Kedah naa..


Happy New Year!!!!

Assalamualaikum..

Happy new year 2014 uolss!! I'm now not officially 23 years old.hehehe. Makin tua dah la diriku ini.ohoho.


Azam baru 2014, nak kawen.hahahaha. Giloss! Tak pasai2 nak kawen konnnn.. Maklum lah, ramai dah rakan2 sebaya yg bertunang la, kawen la, nak bersalin dah la. Aku ni boypren pon tarak.huahuahua. Tak pa, nanti2 kawen la kan..tak sampai masa lg.huhu. Dah cukup melalut kat sini.

K bye.. =P