Assalamualaikum.
Sebagai seorang gadis, aku rasa aku dah jadi bodo sebab dok tunggu si Azarul tu. How come? Selalunya aku berjaya ja elak benda2 bodo camni. Dah awat yang pasai dia aku tak dapat elak pulak? Ok3, reset your mind Afifah! Sila berdiri di atas landasan yang betoi & teruskan perjalanan. Buang semua benda pasai Azarul. Dia tak suka hang pon. Kalau dia suka la kan, dah lama dia mintak nak jumpak hang & berdepan ngan hang. Stop it! Enough playing stupido!!!! Hang tak jumpak lagi someone yang ditakdirkan untuk hang. One fine day, you will meet your destined partner. Jangan penah berhenti berdoa untuk tu. Fightingggg!!!!
:)
Always
Assalamualaikum.
Presentation? Adeehhh...kecut perut. Bukan butterfly in my stomach dah. Ni zoo in my stomach. Berdebaq lup dup lup dup rasa.wuwu. How to overcome this? Selalunya camni la aku. Tak habeh pikiaq jugak apa benda sgt la yg aku takutkan ngan presentation. Dah final year pon dok kecut perut gelabah bewak lg bila nak present. What should I do? Always like this.pheww..
Makin menjadi-jadi
Assalamualaikum.
Weh, cuti dulu2 tak dak pulak mcm cuti kali ni. Dulu2 slow & steady ja. Kali ni bila perasaan tu sampai, teroih pi hari tu jugak. Tedia..ayat intro mcm bg gambaran apa ja kan? Kehkehkeh. Ni la jadinya bila perasaan nak buat kek mai. Sejak hari kedua aku sampai blk kat umah aku, ada kot 4 kali aku buat kek. Cuti tak sampai sebulan pon oi! Ohohoi. Dulu2 cuti tak dak kerap camni aku buat kek. Tetiba ja cuti kali ni angin apa tak tau, keja nak buat kek ja. Hohoho. Aku sanggup beli baking paper ngan aluminium foil semata-mata nak merealisasikan perasaan nak buat kek tu. Ahaha. Buleh tahan jugak la harga baking paper ngan aluminium foil berkenaan. Kalau kata perasaan nak buat kek tu tak sampai, lalu sebelah brg2 ni pon tgk sipi hujung mata ja. Syg ke duit lg, takut duit tak mai terbang kat aku dah kalau aku beli brg2 ni. Hihik. Tp bila dah jd lagu ni ka, duit terbang pon tak kesah dah. Asalkan aku dpt buat kek & rasa puas hati. Feeling dpt buat kek bila perasaan nak buat tu sampai mmg tak tau la nak describe camna. Huhu. Bila semua org yg mkn kata sedap, lg la melonjak-lonjak feeling tu. Ehehe. Yg ni ja aku nak cerita. Over gila kan? Hahaha.
Waffle
Assalamualaikum.
Sapa suka makan waffle angkat tangan! Hehe. Aku nak share resepi waffle yang aku buat 2 3 hari lepas. Yummy ok! Huhu.
Uolss ada pemanggang waffle? Buleh la try. Insyaallah sedap.
Tepung gandum 2 cawan
Baking powder 1 sudu besar
Gula caster (gula biasa pon buleh) 2 sudu besar
Garam Secubit
Telur 2 biji
Susu segar (susu full cream pon buleh) 1 2/3 cawan
Minyak masak 1/3 cawan
Esen kelapa pandan (esen vanilla pon buleh) 1 sudu kecil
Jem buah-buahan/peanut butter/nutella/kaya Secukupnya
Cara2:
1. Ayak tepung gandum & baking powder. Ketepikan.
2. Pukul telur, susu, gula & minyak masak hingga sebati menggunakan whisk.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & pukul lagi. Kemudian masukkan garam, pukul sebati.
4. Tambahkan sedikit air jika adunan pekat.
5. Sendukkan adunan ke dalam acuan pemanggang waffle yang telah panas.
6. Biarkan sehingga waffle masak.
7. Setelah masak, sapukan dengan jem buah-buahan/peanut butter/nutella/kaya. Sedia untuk dimakan.
Senang kan? Tak rugi try.huhu. Tepi2, waffle nak posing lagi ni.kikiki.
p/s: Abaikan kaler hitam kat hujung waffle tu. Salah aku biaq lama2 sampai terlebih masak hujung waffleku.hihihi.
Jenjalan Kat Muzium Padi
Assalamualaikum.
Ni pulak cerita hari Ahad aritu. Abang aku bawak pi jenjalan kat muzium padi. Aku dah penah pi sekali masa sekolah menengah dulu. Kira ni kali kedua la aku pi muzium ni.hehe.
Bumbung muzium ni berunsurkan padi. Dah nama pon muzium padi kan...
Depa gigih tanam padi buat hiasan kat luaq muzium oi! Ohoho.
Bukan saja tanam padi, replika orang dulu2 bersama kerbau untuk proses tanam padi pon ada.
Ni semua lukisan. Seriously amazing! Uolss patut pi tatap lukisan2 ni kat muzium padi.
Nice painting! Harus la bergambaq kat sini kan...
Ehem2,cik pah ke bendang.kikiki.
Ok sekian saja cerita pasai muzium padi. Buleh la berkunjung ke Kedah naa uolss.. :)
Aku Di Vineyard
Assalamualaikum.
Ni cerita 2 hari lepas punya. Masa abang aku tak balik KL lagi. Dia bawak sefamili pi jenjalan kat vineyard. Serius cun tempat tu. Jom tengok pictures yang aku sempat snap.hehehe.
Ok ni la nama tempatnya. Buleh baca sendiri kan? Kikiki.
Sepatutnya nampak lebih jelas tulisan kat papan tanda tu. Maafkan kamera aku yang tak canggih.hehehe.
Pemandangan Tasik Beris.
Anggur2 yang cantik menawan.huhuhu.
This is my mom, posing bersama buah anggur.hehe.
Aku, Jannah & Qalesya, nak jugak posing bersama buah anggur.ahaha.
Bukan anggur ja yang ada kat sini, strawberry pon ada tapi sikit ja la.
And the last picture is...aku & Jannah bersama maskot buah anggur. Jannah ngan Qalesya panggil anggur gila sebab anggur ni dok tak diam.hahaha.
Bagi uolss yang berkenan nak pi vineyard ni, buleh la ke Daerah Sik, Kedah naa..
Happy New Year!!!!
Assalamualaikum..
Happy new year 2014 uolss!! I'm now not officially 23 years old.hehehe. Makin tua dah la diriku ini.ohoho.
Azam baru 2014, nak kawen.hahahaha. Giloss! Tak pasai2 nak kawen konnnn.. Maklum lah, ramai dah rakan2 sebaya yg bertunang la, kawen la, nak bersalin dah la. Aku ni boypren pon tarak.huahuahua. Tak pa, nanti2 kawen la kan..tak sampai masa lg.huhu. Dah cukup melalut kat sini.
K bye.. =P
Happy Birthday Jannah
Assalamualaikum.
Dear Jannah,
Happy 8th birthday! May Allah bless you. I miss you. I love you. See you next month okeh!
Sincerely,
Your cute aunt. ohoho..
Nuruljannah
Buat La..
Assalamualaikum.
Malam tadi puan mak tepon. Dia baru sampai balik dari rumah puan kak rina.hoho. Seronok la incik ayah, gf dia dah balik, tak dok sorang2 dah la kat rumah tu.hahaha. Cakap punya cakap ngan puan mak, tetiba aku terpikir nak tanya 1 soalan. Aku nak test tengok ja kalau2 puan mak masih mengidam or tak.hehe. So, aku pon tanya la soalan ni: "Mak nak makan carrot cake dak?" Puan mak pon jawab ngan nada suara selamba tapi penuh ngan pengharapan: "Buat la." Aku gelak terkekek-kekek, dalam hati ja..haha. Rupanya puan mak masih menaruh harapan untuk makan carrot cake. Kalau camni, balik cuti nanti harus lah aku buat carrot cake yang diidamkan tu.hehehe. Hopefully menjadi la naa.
Manusia, Pangkat & Ego.
Assalamualaikum.
Selalu sgt pulak aku update blog kan? hoho. Ceritanya, manusia, pangkat & ego mmg tak dpt dipisahkan. Selalunya yg lebih berpangkat akan lebih tinggi egonya. Begitu lah manusia. Bila dah berpangkat sikit, mula la ego tinggi melangit. Org yg rendah pangkatnya akan selalu menjadi mangsa keadaan. Sgt lah tak adil kan? Tapi, nak kata apa lg. Lumrah alam mungkin. Semoga manusia yg berpangkat tak terlalu hanyut dgn ego masing2. Ingat lah bahawasanya kita semua manusia biasa di muka bumi ni.
Selfish & Irresponsible??
Assalamualaikum.
Sem ni aku dikelilingi oleh segelintir human beings yg 'jual ikan' & tak bertanggungjawab pun. Mmg sgt lah terasa sakit hati & annoying sbb sem ni group work bapak byk kot.. Tp mereka2 yg 'jual ikan' & tak bertanggungjawab ni, masih meneruskan aktiviti2 yg tak sihat ni secara berleluasa menyebabkan ahli group yg lain terasa beban double okeh! Aku tak kesah kalau depa ni buat perangai cenggini masa taun 1 & 2 sbb masa tu group work tak byk. Ada la 1 or 2 ja. Buleh lg la nak tahan kan.. Tp sem ni aku tak dpt tahan ngan perangai depa yg mcm tu sbb hampir semua esemen sem ni in group. Sakit hati sbb total markah masing2 dpt sama, tp yg betoi2 buat keja berapa org ja? Makin dpt byk esemen makin annoyed aku rasa tau. Sungguh irresponsible kalian ya! Tau pikir utk diri sendiri ja, org lain yg dok 1 group ngan kalian cemana? My gosh!! Dah final year ni, tolong la ubah sikit perangai tu. Biaq jd hipokrit sat pon tak pa, asalkan tak menyakitkan hati & tak menyusahkan org lain. Bukan sekali dua depa buat perangai mcm ni. Berkali-kali dah. Stress la dpt ahli group mcm ni.. Serius aku kata, kalau sem dpn ada lg group work, aku tak mau dah dok 1 group ngan org2 mcm ni. Bukan setakat sakit hati, sakit kepala sama.
Which One?
Assalamualaikum.
Ehem2, aku kembali! Lama sungguh tak menaip di blog yg tak seberapa ni.huhu. Kali ni aku nak update pasai plan aktiviti membuat kek masa cuti semester bulan dpn.ehehe. Ada 3 kek yg aku terpikir nak buat la. Tp nak ikutkan bajet tu, tak semua kek yg aku pikir nak buat ni buleh buat. Hah, apakah? Berbelit-belit ayat aku.hihi. Jom tgk kek2 yg aku pikir nak buat tu.
Carrot cake
Rainbow caramel pudding cake
Chocolate layered cheesecake
So, la ni aku dok pening nak buat yg mana 1. Semua mcm sedap ja kan? hewhew. Kalau duit cukup utk beli bahan2 bg semua kek ni, mmg aku buat semua la. Tu tak jd masalah. Yg jd masalah la ni, duit cukup utk 1 kek ja. Pastu aku dok konpius yg mana 1. Which one???? huhuhu.
Selalunya Macam Tu La
Assalamualaikum...
Haa di sini saya ingin menasihati diri saya sendiri supaya tidak menaip entry yang mempunyai part. Bukannya apa, satgi jadi macam entry sebelum ni. Part 1 la sangat...to be continue la sangat...pastu malas dah nak cerita.hahaha. Ok2, lepas ni tak payah la buat entry mcm tu dah kan? Ni ja perkara yang nak disebutkan di sini. K bye.ahaha.
Tak Fikir Orang Lain (Part 1)
Assalamualaikum.
Hari ni aku nak cerita pasai hostel kat unibersiti aku. Hostel kat sini tak banyak & buleh dikatakan amat sikit. Student 1st year memang semua wajib dok hostel. Pastu student yang lain2 year ada yang dok hostel & ada yang tak. Ceritanya sekarang, student lain2 year kena mohon hostel beramai-ramai. Memang ramai gila la especially taun ni. Menurut pemerhatian aku sebelum ni, selalunya senior especially final year ramai yang dapat hostel kalo theyolss memohon la. Maybe sebab komitmen FYP yang tersangat penting tu membuatkan student2 final year ni perlu lebih dekat ngan unibersiti terchenta ni pun. Ha la, mana ngan nak p jumpak sv tak tentu masa, mana ngan nak p sampling, yang bertafakur kat lab pon ada (student yang buat lab work la tu...hoho). The problem is, this year ramai student final year yang tak dapat hostel. 1 sebab yang paling ketara ialah intake student 1st year taun ni ramai gila bapak la weh. Agak2 la kalo ya pon nak ramaikan student, biaq la berpadanan ngan tempat penginapan tu. Ni tak, blok hostel yang aku dok taun lepas yang dulunya dikenali sebagai blok senior, penuh jugak ngan student 1st year kat aras 5 tu. Selalunya blok tradisi 1st year ja yang akan penuh. Tu pon ada tinggai kosong kat aras 1 untuk student yang buat rayuan. But not this year. Ish..ish..ish..overpopulation btoi! Tak cukup ngan intake baru yang ramai & yang dah memenuhkan blok2 hostel kat sini, 1 lagi problem yang aku perasan dalam intake hostel taun ni. Awat lagi ramai student 2nd year berbanding ngan student final year? Kemon la pihak pengurusan hostel, student2 2nd year yang dulu2 buleh ja beralah ngan student2 final year bab2 hostel ni. Ramai ja yg dok kat luaq sebab tak dapat hostel. Teruskan ja la tradisi final year lagi ramai dok hostel, buat apa nak tukaq pulak? Menyusahkan orang lain ja especially student2 final year yang tak dak transport. Dah la final year, bizi gila ngn FYP, kena dok luaq, tak dak transport pulak tu. Fuhhhh....ok2. Will be continue...
Red Velvet Secret
Assalamualaikum..
Fuhhhh lama gila aku tak menaip kat blog buruk ni! hohoh. Cenggini, sejak dapat tau secret ada red velvet, aku mengidam tak tentu arah nak try red velvet dia. Feveret kot...huhu. Baru2 ni dapat la sepotong red velvet brand secret.haha.
Red velvet ni aku dapat sempena birthday aku yang ke-22. Masa dapat red velvet ni birthday aku dah lepas berkurun lamanya.ahaha. Apa2 pon memang nikmat la dapat makan red velvet yang dah lama dicitakan.hohoh.
Kek dia lebih kurang macam aku buat ja. Dia letak filling apricot kat setiap layer. Aku pulak letak filling blueberry. Aising dia sedap. Aising aku buat dulu kurang sedap.hehe.
Fuhhhh lama gila aku tak menaip kat blog buruk ni! hohoh. Cenggini, sejak dapat tau secret ada red velvet, aku mengidam tak tentu arah nak try red velvet dia. Feveret kot...huhu. Baru2 ni dapat la sepotong red velvet brand secret.haha.
A slice of red velvet. A present from Pqah. Thanks. :)
Kek dia lebih kurang macam aku buat ja. Dia letak filling apricot kat setiap layer. Aku pulak letak filling blueberry. Aising dia sedap. Aising aku buat dulu kurang sedap.hehe.
1st Sampling For FYP
Assalamualaikum
Nak cerita sikit pasai sampling fyp aku. Actually, bukan lah secara rasminya aku sampling for the 1st time ni. Just berkenalan ngan sampling area & try & error ja. Dapatkan gambaran & pengalaman dulu. At least bila dah betoi2 pi sampling nanti tak dak la jakun & blank sangat kan3? heheh.
Lebih kurang cenggini lah yang aku kena buat bila pi sampling betoi2 nanti. Tapi kena proper & banyak details lagi. Ni just try & error.
Tajuk fyp aku, seedling bank dynamic on BRIS soil ecosystem. Aku kena guna quadrat 1m x 1m, kenal pasti & kira species seedling yang ada dalam quadrat tu & ada lagi yang kena buat. Masa cuti kat rumah kena ambik tau jugak pasai proposal fyp. Harus lah yakin diri nak lalui zaman final year ni, the tough 1 u know? hohoh. I can do it! #semangatwajabetoi
I'm Hungry But I'm Lazy & In The End...
Assalamualaikum
Uhuk3 tajuk entry ntah apa2 ja. Nak memblogkan diri sebenarnya tapi tak dak idea.hohoho. Tadi tengah dok study tetiba pulak fireworks in my stomach. Bukan sakit perut salah makan ka apa. Ni kes lapar di malam hari.huhu. Padahal petang tadi nuh dah pelahap waffle peanut butter + strawberry. Tup2 pukul 9 tadi lapar balik. Aku ada jugak pi cari nasi lemak yang orang jual kat kotak2 kat tangga2 blok aku ni. Sedihnya hari ni no nasi lemak la pulak... Dah tu sms Farhana tanya ada megi ka tak dak. Sedih lagi, dia kata dah lama tak beli megi.adusss. Pastu inbox Raf nak tanya benda yang sama aku tanya kat Farhana. Dia tak reply pon. Tak online la tu kan? Then sambung study ja ngan perut meletup-letup sakan angin keluar atas bawah. *Paham2 la keluar dari mana ye.hahaha.* Mungkin rezeki aku malam ni kot, rumet aku tetiba tanya nak kirim apa2 tak? Katanya dia nak pi kafe beli makanan. Aku pon apa lagi, tanpa segan silunya order burger daging seketoi.hekhek. Rupanya bukan aku sorang ja yang dok berlapar tadi. Rumet aku berdua pon sama dengan ja.kikiki. Thanks girls. Kalau uolss tak turun pi beli makanan tadi, aku sampai ke tidoq satgi dok lapaq lagi kot.wuwuwu.
P/s: Nampak sangat pemalasnya aku ni ye dak? Lapar tapi malas nak pi beli makanan. Apa nak jadi ngan budak2 zaman sekarang ni. *Ehh, tetiba ja!*
Movie Marathon
Assalamualaikum
Sebenarnya sem ni no study week la ye. Tapi selalunya lecturer akan habiskan subjek depa seminggu awal. Mana taknya depa pon nak rehat2 jugak. Penat mengajar 1 sem. Aku tak tau la penyakit ni aku ja yang alami atau ada orang lain yang alami sekali. Tapi setiap kali seminggu sebelum final exam ja mesti aku akan adakan 1 program yang best la untuk diri aku. Kalau tak dekat final exam aku tak buat program ni.hehe. Apakah itu?? Dah terpampang kat atas tajuk entry ni movie marathon kan? Yeap, aku adakan movie marathon! weehoo. Movie marathon ni akan decrease bila dah start final exam. Antara movie yang aku dah marathonkan:
Transformers 1, Transformers 2: Revenge Of The Fallen & Transformers 3: Dark Of The Moon.
Harry Potter & The Goblet Of Fire, Harry Potter & The Deadly Hallows Part 2 ngan Harry Potter & The Philosopher's Stone.
Hotel Transylvania.
Sekarang ni masa untuk aku bermovie marathon dah decrease sebab esok aku start 1st paper.hewhew. Kena lebihkan study dari tengok movie ye dak? Di kesempatan ni aku ingin mengucapkan good luck kepada diri sendiri & jugak kawan2 yang menghadapi final exam. Semoga kita semua berjaya dalam final exam ni. InsyaAllah...amin.
Next Cake
Assalamualaikum
Jom2 tengok gambar kat bawah ni. Maka, tau lah apa yang cuba aku plan dalam cuti semester nanti.hehe.
Pink velvet cake -Sumber gambar dari Google Image-
Hobi tegar aku masa bercuti kat rumah, semestinya buat kek.huhu. Aku akan try buat different cake setiap kali balik bercuti. Setakat ni yang aku penah buat, moist choco cake, kek pelangi, kek pandan, kek butter, red velvet cake, apam polkadot (buleh la masuk dalam kategori kek) & tak ingat dah maybe ada lagi kot.hewhew.
Ok cuti ni aku plan nak buat pink velvet cake pulak.woohoo. Harap2 ngan keizinanNya dapat lah aku buat kek ni ngan jayanya. Dah lama aku tengok kek ni kat tenet tau. Rasa tak sabar pulak nak balik rumah kan...(baca ngan nada suara Dr.Aziz.hikhik).
Tapi maybe aku balik rumah lambat cuti semester kali ni. Tak kesah lah, janji aku dapat balik jugak & buat kek ni.
Sekian.
1 Mei
Assalamualaikum
Hari ni 1 Mei kan? So, cuti la ey? Ehmm...pagi tadi aku mengantuk gila sampai rasa tak mau bangun, malas sesangat nak bangun. Masa tu dalam kepala otak aku just teringat nak ponteng kelas asas keusahawanan pukul 10am sebab memang aku tak buleh nak celik mata luas2.huhuhu. Tetiba ja mak aku tepon. Macam tau2 ja anak dia dok buat aktiviti kuak lentang di pagi hari di kala cuti ni. Yang aku pulak dah nekad tak mau pi kelas.hikhik. Bila aku jawab tepon dari mak aku ja teros mak aku serang aku suruh bangun tidoq. Siap ingatkan aku lagi hari ni 1 Mei. Suara aku dok mamai lagi ketara masa tu.hehehe. Masa cakap ngan mak aku baru aku perasan hari ni cuti, mana ada kelas. Ish3...tu la seronok sangat dok berkuak lentang sampai tak ingat dah cuti ka tak cuti ka tau nak ponteng kelas ja kan? hohoh. Naseb baik aku nekad tak mau pi kelas. Kalau tak perabih tenaga & masa aku ja pi kelas yang tak wujud. Tq mak sebab tepon adik.hewhew. Pastu bila dah bangun ja teros aku kacau abang aku. Aku tepon dia sebab nak cakap hari ni 1 Mei, cuti3. Dok bajet dia macam aku pulak kan? Padahal dia dah tau. Masa aku tepon dia dok tidoq lagi. Suara dia mamai lagi terok dari aku tau.hikhikhik. Then, aku teringat lagi 1 benda. 1 Mei macam ada besday someone. Ngan serabainya aku masa tu tetiba teringat hari ni besday Najwa Shafiqa Shahzalan *Betoi ka aku eja nama bapak hang wawa?* Hepi besday wawa! woohoo. Senang nak ingat besday dia sebab tarikh semua orang pakat2 cuti. 1 Mei aku yang tak produktif. Tengok running man & makan & tidoq & tengok runnning man lagi & makan & tidoq & online pastu tidoq ja la kan bila dah malam.kikiki. Esok nak ajak Hawa pi pasar malam. Makan lagi.hehe. Tau makan ja aku ni =D
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)



































