Student Selalu Anggap.....

Assalamualaikum

Minggu pertama kuliah selalu dianggap tak dak apa-apa oleh kebanyakkan student. Almaklum lah, menurut pengalaman student bagi sem yang lepas, lecturer tak start kuliah lagi dalam minggu pertama ni. Tapi aku rasa kadang-kadang kita sebagai student kena jugak ubah tanggapan tu. Tak semua lecturer akan buat perkara yang sama, depend pada budi bicara dia la kan? Contohnya, macam aku hari ni. Hari ni hari pertama dalam minggu pertama kuliah. Kalau nak ikutkan pengalaman sebelum ni, memang dalam minggu pertama tak start kuliah lagi. Student pon ada lagi yang tak balik dari rumah masing-masing. Tapi, berbeza ngan sem 4 ni. Hari pertama dalam minggu pertama dah start kuliah. Katanya lecturer tu, tak perlu la nak tunggu lama-lama. Bila start sem baru kena la segera start kuliah. Dia siap bagi esemen lagi uolss. Nak kata apa lagi? Dia lecturer, dia yang nak mengajaq. So, student kena agree je la.huhu. Padahal ada lagi budak-budak kelas aku yang tak balik lagi. Ramai la jugak. Terima je la ketentuan ni kan... Tu la masalahnya kalau selalu buat anggapan macam tu. Walaupun lecturer tu just bagi intro & esemen dia macam main-main ja, tapi katanya lecturer tu, kalau markah kami semua untuk subjek dia atas pagaq, esemen ni la yang dia akan guna untuk up markah tu. Scary kot bila dia cakap camtu. Dah la subjek kira-kira, buleh pulak dia dok cakap markah atas pagaq bagai.hohoh. So, aku rasa lepas ni better ubah tanggapan mengenai minggu pertama kuliah. Kalau nak selamat la, kalau tak mau abaikan je. 


Spoil

Assalamualaikum

Orang selalu kata dalam ramai-ramai akan ada sorang yang suka spoil. Begitu jua dalam kalangan Awesome A, ada jugak sorang yang spoil *ecewah ayat aku..aduh! hehehe.* 

Ce tengok semua gambaq kat bawah ni, mesti dapat agak sapa yang suka spoil.kikiki.

Gambaq 1: Makanan orang lain semua cukup lengkap ada 2. Tetiba ada sorang yang tak cukup lagi makanan dia.hikhik.

Gambaq 2: Orang lain tangan kat bawah, entah cemana pulak yang sorang lagi tu tangan ke atas ngan mulut dok nganga.hoho.

Gambaq 3: Haa yang ni evidence paling best untuk ditatap. Dah la sorang dia ja pakai warna kuning, pastu orang dok pose cantik punya, dia sorang ja pelik.huahuahua.

Gambaq 4: Nampak tak anehnya sorang gadis tu? ahaha.

Gambaq 5: Tudia..orang lain pose berdua-duaan, dia pose sorang-sorang ja pon buleh...agagaga.

Gambaq 6: Ada sorang daripada Awesome A yang cadangkan untuk pose ala-ala orang redha gitu, tapi dia sendiri yang tak pose camtu.kahkahkah.

Yang suka spoil dalam kalangan Awesome A tu aku la orangnya.hahaha. Lain orang buat, lain yang aku buat. Spoil tu spoil la jugak, tapi kami semua happy sebab dapat jalan-jalan sesama.huhu. Dah puas aku berceloteh mengenai Awesome A. Gambaq terakhir yang aku nak share ni tak tau la spoil ke tak.ehehe.

Tadaaa....

Gambaq kami berempat, the Awesome A di Gua Kelam, Perlis.

Ok, the end. Terima kasih kepada sesapa yang baca entry merapu aku ni pun.hehe.






Jom Holiday!

Assalamualaikum

Tunggu punya tunggu dari taun lepas lagi akhirnya final exam sem 3 pon tamat.hahaha. So, aku & kawan-kawan akan balik bercuti selama sebulan. Hip hip hoorayy!!! Cuti bagi aku memang betul-betul punya cuti la. Hal ehwal universiti dilupakan, hal ehwal rumah pulak didahulukan.hehe. No more stress, let us holiday!!! Yippie..!


Jaga diri masing-masing. Jumpa lagi in the next sem chingguu =D

Dah Masuk Tahun Baru

Assalamualaikum

Hari ni dah 01/01/2013. Kita semua dah masuk tahun baru. Umur semua makhluk ciptaanNya di dunia ni dah bertambah satu angka which means that aku dah pon berusia 22 tahun secara tak rasminya lah.huhu. Nak rasmi tunggu besday bulan lapan.


Apa yang dah berlaku tahun lepas tu tak kira baik atau buruk kena tinggalkan. Dah masuk tahun baru ni semua start permulaan baru lah.hehe. Yang paling tak tahannya aku exam daripada tahun lepas tak habis-habis lagi. Bila nak habis ni? ahaha.

p/s: Life goes on. May our GOOD be BETTER and our BETTER be BEST!


Exam Week

Assalamualaikum


Officially aku dah masuk exam week. Tak tau la nak cakap perasaan tu cemana. Hopefully semuanya ok.heehuu.


Good luck! =D




Boleh Tak Kalau Nak Kawan Dengan Playboy?

Assalamualaikum

Haa hambek! Aku siap letak logo playboy lagi.

Apa kena dengan Cik Pipah ni? Tetiba pulak nak kawan dengan playboy bagai. Masuk air kah? Begini, rasanya dah banyak kali aku dengan sorang kawan aku berdiskusi mengenai lelaki. Almaklum lah masing-masing got no balak kan.. So kengkadang tu teringin la jugak nak ada someone spesial ni. Umur makin meningkat bukan makin menurun tapi still jugak tak ada sesapa yang teros melekat di sisi daku ini.hukhukhuk. So, apa yang aku dengan kawan aku diskus kat sini ialah berkawan dengan playboy. Apa kaitan playboy dengan tak ada balak? 

Haaa ini yang menarik nak cerita. Playboy kalau translate dalam bahasa melayu budak lelaki main *english ke malay kan memang selalu terbalik*. Dalam erti kata lain yang senang untuk kami berdua fahami ialah lelaki yang buat perempuan macam barang mainan dia *bunyi agak kasar & scary tapi benar ye*. Aku cakap kat kawan aku yang aku nak kawan dengan playboy sebab:

1. Apa-apa hal pon yang terjadi aku dah tak payah salahkan playboy sebab dah tau dia memang playboy.
2. Mungkin aku dah tak payah makan hati walaupon dengan berapa ratus orang gadis yang playboy dating sebab dah nama pon playboy.
3. Setiap hari aku akan dapat kasih sayang daripada playboy sebab playboy tak akan lupa gadis-gadis yang dia penah ada *kalau lupa kang dah tak boleh tukar-tukar orang bila nak kuar dating*.
4. Mungkin aku akan sedar diri & faham yang aku ni just untuk dipergunakan & maka dengan itu aku tak perasan lebih walaupon dapat flying kiss & dipanggil dengan panggilan baby, sayang, darling, manja or whatever setiap hari.
5. Aku mungkin akan sedar bahawasanya tak semestinya aku akan berjodoh dengan lelaki yang berkapel dengan aku sebab jodoh tu rahsia tuhan.

Dengan semua sebab ni maka aku pon lantas bertekad untuk berkawan dengan playboy. Tapi yang sebenarnya aku tak mau pon, saja ja cakap waktu tu oleh sebab dah sangap nak berbalak.hahaha. Apa-apa pon hidup ni perlu diteruskan sama ada suka atau tak. Bagi mereka yang belum berpunya, dah berjanggut tunggu tapi still lagi single mingle, don't worry. Alihkan perhatian anda kepada perkara yang lebih penting seperti kerjaya kerana itu lebih menjamin masa depan yang terang-benderang *tak payah nak bergantung dengan orang*. Bagi yang masih belajar, fokus kepada pelajaran. Dengan adanya pelajaran lah anda dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. InsyaAllah suatu hari nanti anda akan bertemu dengan seseorang yang tepat untuk anda.

Adakah dia ni playboy? Hurmm i don't think so. Kalau btoi pon boleh jadi jugak ni *ampun abangku, pinjam sat gambar hang buat jadi model kat sini*.


p/s: Tolong la jangan berfikiran gila macam aku. Ni semua gara-gara stress nak exam. Mula la mengarut sana sini.huhuhu.



Officially Entering Study Week

Assalamualaikum

Maka ngan ni secara rasminya warga ijazah sarjana muda UMT memasuki fasa study week. Congrats for this precious week! ahaha.




Ok selamat setadi kpd semua warga ijazah sarjana muda UMT =)