Shopping

Assalamualaikum

Sem ni aku ada tebiat baru iaitu shopping. Ya ka tebiat baru? Rasanya dari dulu lagi aku suka shopping.hewhew. Well well well....tebiat baru aku ni ialah online shopping.huhuhu. Dah 3 barang aku beli tau. 1st is blouse kiut miut. 2nd is shiseido mask. 3rd & yang terbaru la ni ialah kain english cotton. 40 hengget + 22 hengget + 45 hengget. Total for online shopping 107 hengget. Rasanya dah cukup kot untuk sem ni. Duit keluaq mencurah-curah ke sawah padi haa.kikiki. Yang paling penting aku dapat beli kain english cotton lagi untuk taun ni & kali ni murah 3 hengget berbanding taun-taun lepas. Apa ingat aku shopping tak pikiaq dah ka? Nak shopping pon kena la tengok-tengok harga sama. Even online shopping pon kena jugak survey harga. Jadilah pengguna yang bijak! Kan kan kan... =)

Pretty 50

Assalamualaikum

Hari ni birthday my mom yang tercintanya pun.hehe. Sayangnya aku tak dak kat rumah pulak kan? Kalau tak, buleh buat surprise sikit untuk my mom.huhu. 

Jeng jeng jeng...
The pretty Puan Mariyah. 

Happy 50th birthday to my pretty mom! Anak mak yang comel ni doakan semoga mak dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Amin... *Ok sempat lagi aku nak perasan kan? hahaha.* You're the best & sempoi mom ever.heehuu. I love you..mmuahh100x.

=D

Dettol Natural

Assalamualaikum

Si aku ni berkulit cerah lagi sensitip. Jadi, harus lah memilih mandian yang baik untuk kulit. Dalam pemilihan mandian ni, perlu lah ada unsur-unsur yang memelihara sambil membelai kulit. 1st thing yang terlintas dalam pikiran mesti nak mandian antibakteria. Si aku sayang kulitku, maka harus jauhkan dari bakteria. 2nd thing mesti nak mandian yang melembapkan kulit. Selalunya kalau guna mandian antibakteria, kulit mesti akan kering & gatal-gatal lepas mandi. Maklum lah, sensitip uolss! haha. Tapi tidak bagi Dettol Natural.


Dettol Natural Soothing with Calendula & Chamomile *Image from Google*

Best kot guna dettol ni. Kulit jadi bersih, lembut & lembap. Very suitable lah for those who want antibacterial & miosturising body wash for sensitive skin. Bau pon wangi harum semerbak haa. 1 bilik mandi sampai ke luaq buleh bau kot.hehehe. Give it a try! *Wahh, jadi promoter dettol aku hari ni! kahkahkah.*







Adorable 2

Assalamualaikum

Aku ada 2 orang anak menakan a.k.a. anak buah lah & aku sayang depa berdua ni. Comel je tau.huhu. Both of them are girls. So, kalau bawak pi shopping tu best je tengok baju-baju hok comel lotei. Si kakak, Jannah, dh sambut birthday Disember lepas. Si adik, Qalesya pulak bulan ni. Waktu birthday Jannah aku sempat lah ajak dia buat kek. Of course aku yang buat actually & not her sebab dia tau nak main je adunan kek yang colourful tu.hohoh. Tapi untuk Qalesya, aku tak buleh buat kek sebab sekarang ni aku kat Terengganu. Next month baru balik Kedah. 

 Tadaaaa the birthday girl! Adorable kan budak kecik ni? 

For my adorable niece,

I wish you a happy 2nd birthday. Be a nice girl for your parents ok. Budak kecik ni kuat makan tau & dia sangat lah suka mandi. Pantang sebut perkataan mandi, teroih haa nak bukak baju pi mandi.haha. Nak main air sebenarnya. Semua orang dah masak ngan perangai dia. 

p/s: Aku balik next month, nak suruh kakak aku bawak Jannah ngan Qalesya pi tidoq kat rumah aku.hehe.

Handsome 25

Assalamualaikum

Kalau birthday girl kita akan cakap sweet 17, 18, 19 & bla..bla.. bla.. Disebabkan ni birthday boy, so aku tukaq la sikit. Maka, jadi la tajuk entry seperti di atas.hehehe. Actually menggigil tangan aku nak taip tajuk entry ni. Maklum lah, aku memang menyampah nak puji birthday boy ni yang juga merupakan satu-satunya abang aku.hohoh. Mau kalau dia tau aku kata dia encem, habeh la kembang semangkuk.hikhik. Tapi setelah dilihat-lihat beberapa gambaq dia, aku rasa agak benar la abang aku ni encem.hukhukhuk. *susah jugak nak terima hakikat ni* 

Tadaaa the birthday boy! 

Apa-apa pon, happy 25th birthday to you my brother! Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki & semoga cita-cita serta impian hang tercapai. Amin....

Student Selalu Anggap.....

Assalamualaikum

Minggu pertama kuliah selalu dianggap tak dak apa-apa oleh kebanyakkan student. Almaklum lah, menurut pengalaman student bagi sem yang lepas, lecturer tak start kuliah lagi dalam minggu pertama ni. Tapi aku rasa kadang-kadang kita sebagai student kena jugak ubah tanggapan tu. Tak semua lecturer akan buat perkara yang sama, depend pada budi bicara dia la kan? Contohnya, macam aku hari ni. Hari ni hari pertama dalam minggu pertama kuliah. Kalau nak ikutkan pengalaman sebelum ni, memang dalam minggu pertama tak start kuliah lagi. Student pon ada lagi yang tak balik dari rumah masing-masing. Tapi, berbeza ngan sem 4 ni. Hari pertama dalam minggu pertama dah start kuliah. Katanya lecturer tu, tak perlu la nak tunggu lama-lama. Bila start sem baru kena la segera start kuliah. Dia siap bagi esemen lagi uolss. Nak kata apa lagi? Dia lecturer, dia yang nak mengajaq. So, student kena agree je la.huhu. Padahal ada lagi budak-budak kelas aku yang tak balik lagi. Ramai la jugak. Terima je la ketentuan ni kan... Tu la masalahnya kalau selalu buat anggapan macam tu. Walaupun lecturer tu just bagi intro & esemen dia macam main-main ja, tapi katanya lecturer tu, kalau markah kami semua untuk subjek dia atas pagaq, esemen ni la yang dia akan guna untuk up markah tu. Scary kot bila dia cakap camtu. Dah la subjek kira-kira, buleh pulak dia dok cakap markah atas pagaq bagai.hohoh. So, aku rasa lepas ni better ubah tanggapan mengenai minggu pertama kuliah. Kalau nak selamat la, kalau tak mau abaikan je. 


Spoil

Assalamualaikum

Orang selalu kata dalam ramai-ramai akan ada sorang yang suka spoil. Begitu jua dalam kalangan Awesome A, ada jugak sorang yang spoil *ecewah ayat aku..aduh! hehehe.* 

Ce tengok semua gambaq kat bawah ni, mesti dapat agak sapa yang suka spoil.kikiki.

Gambaq 1: Makanan orang lain semua cukup lengkap ada 2. Tetiba ada sorang yang tak cukup lagi makanan dia.hikhik.

Gambaq 2: Orang lain tangan kat bawah, entah cemana pulak yang sorang lagi tu tangan ke atas ngan mulut dok nganga.hoho.

Gambaq 3: Haa yang ni evidence paling best untuk ditatap. Dah la sorang dia ja pakai warna kuning, pastu orang dok pose cantik punya, dia sorang ja pelik.huahuahua.

Gambaq 4: Nampak tak anehnya sorang gadis tu? ahaha.

Gambaq 5: Tudia..orang lain pose berdua-duaan, dia pose sorang-sorang ja pon buleh...agagaga.

Gambaq 6: Ada sorang daripada Awesome A yang cadangkan untuk pose ala-ala orang redha gitu, tapi dia sendiri yang tak pose camtu.kahkahkah.

Yang suka spoil dalam kalangan Awesome A tu aku la orangnya.hahaha. Lain orang buat, lain yang aku buat. Spoil tu spoil la jugak, tapi kami semua happy sebab dapat jalan-jalan sesama.huhu. Dah puas aku berceloteh mengenai Awesome A. Gambaq terakhir yang aku nak share ni tak tau la spoil ke tak.ehehe.

Tadaaa....

Gambaq kami berempat, the Awesome A di Gua Kelam, Perlis.

Ok, the end. Terima kasih kepada sesapa yang baca entry merapu aku ni pun.hehe.