Jom Packing Barang...!

Pheww...letih jugak packing brg utk field trip esok. Aku mls nk bwk byk sgt brg. Bknnya nk p bercuti mkn angin pon, tp nk p buat field work.hehe. Destinasi esok ialah Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang, Kelantan. Wallaweyh...3 hari 2 mlm aku kt hutan tu. Tak tau apa nk jd bila dh sampai blk ke UMT Sabtu ni.hihi. Packing mau btoi2 punya. Jgn sampai ada brg yg tertinggal. Habeh kls pukui 1 esok troih blk bilik smyg semua then quickly naik bas. Hopefully everything berjalan ngan lancar.

*ok nk sambung packing brg* =D

Aku Sayang Diri Sendiri

        Aduh! Cenggitu skali tajuk entryku ni.hahaha. Besa la kn, bila dh ditakdirkan tak berapa nk sehat mcm org len, pandai2 la jaga diri sendiri. Dh tu berjauhan pulak drpd famili. Walaupun tak dok kt oversea tp tetap jauh.hehehe. Apa kena ngan Cik Pipah ya? Tetiba nk update mcm ni. Sakit kronikkah dia? Heww...bkn la sakit kronik yg buleh membuatkan org len rasa sgt bersimpati ngan aku. Just penyakit yg besa2 ja, tp amat sukar utk lega. Bila dh agak ok, aku mula la berfoya2 mkn mcm2 makanan yg dilarang. Pehtu bila sakit blk, mula la berpantang sampai seminggu lebih tak mkn nasik.huhuhu.
        Penyakit apakah tu? Simple ja penyakit aku ni. Allergic terhadap seafood & ayam + telurnya.h0h0h. Tp allergic aku ni len mcm sikit. Makanan apa ja yg bersumberkan seafood & ayam + telurnya aku mmg tak buleh sentuh lgsg. Walaupun tak nmpk makanan2 terlarang tu seketoi dpn mata, kununya ramuannya ada dlm kuah, aku still tak buleh mkn ok. Kalau aku mkn jugak mmg padah la aku terima nanti.huhu. Pernah skali doc suspek aku kena SLE sbb waktu tu keadaan aku mmg nmpk membimbangkan. Tp aku mcm tak berapa yakin yg aku kena penyakit tu. Tak dpt terima hakikat la ni.hahaha.
        Then doc tu suruh aku p buat ujian darah. Dh cukup seminggu, result ujian darah aku pon kluaq. Tup2 doc len pulak yg ambik alih. Kata pihak klinik tu, doc yg rawat aku minggu sblmnya dh cuti bersalin. Haish, mcm2 la depa ni. Pehtu doc yg sambung rawat aku ni ckp darah aku normal. Tak dak ciri2 penyakit SLE. Tp dia musykil ngan darah aku sbb apa dia tak tau. So disuruhnya aku oleh doc ni utk p blk ke klinik tu minggu seterusnya. Mslhnya aku dh exam waktu tu. So aku tak p troih. Jd sampai la aku tak tau apa yg doc tu musykilkan ngan darah aku.hehe. 
        Bila allergic aku menyerang, aku akan stop mkn makanan berlauk.Aku akan berpantang selama yg buleh utk memulihkan keadaan aku. Nmpk tak betapa sygnya aku kpd diriku sendiri? Sanggup tak mkn semata-mata nk jaga kesihatan. Aku mkn ubat, sapu ubat, jaga pemakanan, sampai mcm tu skali la aku syg diri sendiri.kikiki. Well, hope allergic aku berkurang la ngan kasih syg yg telah aku curahkan.hahaha. 

*Aku tak mau kena inject lg mcm suatu ketika dulu. Sakit weh.kehkehkeh.*

Kalau Dah Namanya Shopaholic.....

Hah, pasepa pulak ni? Hari ni kn, aku bersama Kecik & Iylia kluaq ke KT. Hajat sbnqnya nk beli brg2 keperluan utk field trip. Tp dlm sekelip mata hajat asal dilupakan dek kerana rambang mata tgk brg2 yg lain.huhu. Aku rasa hari ni aku dh habehkan duit ngan beli brg2 yg tak perlu pon utk field trip.hehe. Rasanya cardigan ngan t-shirt tak diperlukan utk field trip. 2 benda tu lebih kpd pakaian utk ke kls & kluaq berjimba. Aku beli soya kotak ngan sabun mandi ja kot utk field trip.hehe. Stoking comel pon tak perlu rasanya kn? Tp aku rembat jugak.wakakaka. Dlm erti kata lain, sbnqnya dh byk brg yg aku ada utk p field trip. So, apa makna kluaq beli brg2 utk field trip? Maknanya, semua tu alasan semata-mata.kikiki. Aku dh nekad nk beli selipar baru td. Kununnya selipar lama dh haus. Tp naluri kesedaran seorg insan masih wujud dlm diri aku, so cancel la.h0h0h. Then aku nmpk kasut cantik & comfortable, 50% off pulak tu. Aku dh pegang kasut tu siap ckp2 lg.haha. Again, aku kembali sdq bahawasanya aku harus berjimat. So aku letak blk kasut tu. La ni aku menyesal pulak sbb tak beli kasut tu td.kehkehkeh. 1 lg, aku nk beli singlet cun td. Dh peluk warna merah punya. Then Iylia ckp jgn beli dh, semuanya nafsu semata.agagaga. Last place yg kami semua p ialah Kedai Kain Desa Murni. Ana ngan Raihan bwk kami p sana td. Aku dh rambang mata tahap dewa dh dok tgk kain2 yg cantek td. Cotton besa, pure cotton ngan english cotton semuanya cantek & murah. Demi utk buktikan yg aku buleh tahan nafsu aku drpd mengeluarkan duit lg, aku rela lepaskan semua kain cotton yg cantek tu.wuwuwuuu. Walaupun duit aku dh habeh byk hari ni, tp at least tahap keberjayaan aku utk kawal nafsu drpd troih keluarkan duit utk brg2 yg tak perlu adalah pd tahap yg memuaskan.waaiii.... =D

Ha laa...Mmg Aku Manja Pon.

Mengapakah tajuk entry aku mcm ni? Apakah yg telah terjadi kpdku? Siapakah yg telah menge'poke' aku sehingga aku tulis tajuk mcm ni? Perangai hiperbola aku mmg sukar utk dikikis ya. Tak dak apa2 yg gempak pon ngan tajuk entry ni sbnqnya.huhuhu. Actually, today merupakan hari sukan BIOSIS. Secara tak lgsg, aku turut terlibat sbg penyokong tegar team bola tampaq. Pasepa bola tampaq ja? Sbnqnya, ada lg sukan lain yg dipertandingkan sbg cth: futsal, badminton & basketball. Tp, disebabkan aku ngan kwn2 aku join bola tampaq, so aku kena la ada di tmpt kejadian utk menyokong.

Awt jd penyokong ja Cik Pipah oi? Well, pd mlm hari Khamis lps, aku join training skali ngan kwn2 aku semua. Disebabkan aku tak reti nk serve bola tu, aku kena try byk kali. Bila dh byk kali aku try serve, rabak la tgn aku. Dh la aku tak prnh main bola tampaq sblm ni, basic pon tak dak, mmg syok arr...ngehehe. Tgn aku bengkak & lebam disebabkan kejadian training mlm tu. That's why la aku tak dpt main skali ngan kwn2 aku semua hari ni. Tu yg jd penyokong ja.kikiki. Bkn la 1 kerugian kalau aku tak main, sbbnya aku bkn reti main pon.hehehe. Ada lg kwn2 aku yg pandai main.

Team BioD 1'st year (team aku la) menang sekali ngan team Bio 2'nd year. Then kalah 2 kali ngan team BioD 3'rd year & BioD 2'nd year. Apa2 pon kwn2 aku mmg awesome la sbb depa enjoy ja main td. Tak perlu la nk over sgt kn...bknnya main utk MASUM pon.hahaha. Aku respek la kwn2 aku, walaupun training tak lama, tp still buleh menang 1 game. Tudia...aku dok syok cerita pasai depa, pasai tajuk entry aku mcm mana pulak? h0h0h0. Pasepa aku kena ngaku aku manja? Sbbnya, td ada coursemate aku tgk tgn aku yg bengkak & lebam ni, pehtu dia dok berletiaq apa tak tau. Then dia ckp kt aku yg aku ni manja, tak leh kena teruk sikit dh jd mcm ni.

Hari ni kn aku sekadar join utk memberi sokongan, tp muka aku kena sunburn dh rupa mcm aku pulak yg main.huahuahua. Mesti org dok ingat aku main jugak kn? Padahai aku dok kt tepi2 court ja.kehkehkeh. Dari situ aku dok pikiaq blk kata2 coursemate aku td. Mcm ya jugak yg aku ni manja. Baru serve bola time training, dh bengkak & lebam tgn. 1 hal lg, baru jd penyokong kt tepi2 court tu ja, dh kena sunburn mcm aku pulak pemain. Hmm...mungkin ada jugak kebenaran di sebalik kata2 coursemate aku tu. Mula la aku nk buat kesimpulan awai pasai statement coursemate aku td. Bajet dok buat eksperimen ke atas diri sendiri pulak.waaiii.... =D


Field Work Kira Rumput???

Subjek Prinsip Ekologi tak buleh dipandang ringan sbnqnya. Dia punya eksperimen mmg 1 cabaran yg mencabar la aku rasa. 2 minggu lps buleh tahan lg sbb dok test alat2 yg perlu digunakan waktu buat field work utk subjek ni & then ambik bacaan ja. Tp minggu ni mmg terasa seluruh badan ringan2 & otak tak dpt pikiaq ngan jelas kesan drpd pengiraan rumput yg jugak merupakan salah 1 aktiviti field work kt dlm kwsn universiti. Konpem org sekeliling yg lalu lalang kt kwsn kami dok jalankan aktiviti ni pelik tgk kami semua masing2 ada yg bercangkung, bersila, bersimpuh & sebagainya di atas padang rumput sblh kolam berdekatan library ptg kemarin.

Tp depa tak tau betapa sengsaranya kami semua yg dok buat aktiviti kira rumput ni. Sementara nk habeh 4 point, rasa mcm nk ngaku kalah ja. *bajet lwn sukan.haha.* Kt MBU, 2 org kwn segroup ngan aku pasang tali rafia utk buat quadrat. Selain quadrat, kami guna alat2 yg len gak. Then kami bergerak ke kwsn padang rumput yg berdekatan library tu. Kt sana bermulanya aktiviti yg pelik & mencabar. Kami kena cari 4 point yg merupakan centre kpd quadrat kami. Then kt 1 point kami kena kira berapa individu & spesies rumput yg ada kt dlm quadrat tu. Dlm 1 quadrat tu ada 25 petak kecik tau. Bayangkan nk kira berapa individu & spesies rumput dlm 25 petak kecik tu ngan adanya 4 point berbeza.

Habeh 1 point kena p point seterusnya pulak. Kalau ada spesies baru kena masukkan skali dlm pengiraan. Group aku dpt 13 spesies. Jenoh dok teliti rumput yg nmpk mcm sama tp sbnqnya berbeza. Naik juling bijik mata. Selain drpd dok kira rumput, bacaan light intensity & humidity pon kena ambik jugak bg setiap point. Semua org dok merana sambil mengeluh sakan waktu buat aktiviti ni. Yg tukang catat data pening kepala dh siap typo lg.ngehehe. Tukang collect sampel rumput pon pening, muka troih blur. *aku la tu.huahuahua.* Dok kira punya kira, lama2 rasa mcm kena denda ngan cikgu waktu sekolah dulu sbb tak siap homework. Aku rasa ada ja data yg diselewengkan.h0h0. 

Letih weh, dok kira rumput ni semata. Kalah p jungle trekking kt Manong rasanya. *hiperbola btoi.* Dh siap kira rumput ambik sampel semua, kena blk ke MBU utk buat pengecaman spesies rumput pulak. Ya la kn, rumput2 tu pon ada nama jugak, bkn manusia ja ada nama. Justeru kena la berkenalan ngan mereka. Habeh setel semua, kemas2 brg pehtu blk la, tunggu apa lg. Azab seterusnya ialah siapkan report utk eksperimen ni. Aku tgk dh mcm2 formula pengiraan kluaq dlm lab manual. Aku alah sikit ngan nombor, sbb tu tak suka maths dari dulu, kini, & selamanya.kehkehkeh. Nasib baik aku ambik program ni. Tak pyh bljq maths tahap teruk punya. Sama2 la kita siapkan report kali ni ya ahli2 groupku.kikiki.

*pengalaman mengajar kita erti kehidupan (tak dak kaitan pon) lololololo....*


Terharunya...~ ~ ~

Kemarin aku ada berbual-bual ngan Pn.Mariyah di tepon. Katanya jiran lama aku yg aku panggil Mak Su, merangkap mama kpd arwah best pren aku p berkunjung ke umah aku. Mak Su ni ckp dia teringat sgt kt aku sampai semua budak2 pompuan kt tmn perumahan aku dulu tu dia panggil Pipah. Aku rasa Mak Su sbnqnya rindu gila ngan arwah anak dia tu. Aku ngan arwah berkawan sejak kami bayi lg, Pn.Mariyah ngan Mak Su kata. Cumanya waktu kami bayi dulu takdak la kami sedaq yg kami ni dok berkawan.huhu. Aku ngan arwah lebih kurang mcm kembaq gak, tp berbeza parents. Kira kami berdua ni mmg seiras la. Sbb tu la bila Mak Su rindukan arwah, sekali ngan aku dia teringat. Aku paham mcm mana perasaan Mak Su. Dh la arwah anak sulung dia, meninggal pulak waktu darjah 5. Kanak2 lg waktu arwah meninggal tu. Tp nk buat mcm mana, Allah lebih sygkn arwah. Kami yg masih idop ni kena la teruskan kehidupan di samping berdoa semoga roh arwah tenang di sana. Waktu Pn.Mariyah cerita semua tu kt aku, sebak jugak rasa. Tp aku berlagak kool, dgq ja apa yg Pn.Mariyah cerita. Dlm ati aku rasa sgt terharu. Walaupun dh lama aku pindah kluaq dari tmn perumahan tu, tp Mak Su masih ingat aku. Sanggup dia p umah aku semata-mata sbb teringat aku. Pn.Mariyah ckp, bila2 aku blk nanti nk bwk aku p umah Mak Su. Aku sendiri pon dh lama tak jumpak Mak Su. Tp 1 benda ja yg aku risaukan. Aku takot ayaq mata aku bercucuran tak henti2. Aku ni bkn buleh sgt, spesies cpt tacink gak la kalau org dok teriak kt aku. Selalunya Mak Su akan pelok aku erat2 & teriak. Yg tu mmg aku tak buleh tahan. Sekali ngan aku teresak-esak kt tmpt kejadian.

Run...Run...Biorun...!!!

Pg td, aku ngan kwn2 aku join Program Biorun yg dianjurkan oleh kelab akademik kami iaitu Biosis. Program ni sepatutnya ada last week, tp mungkin sbb last week ramai org blk, almaklum la kn cuti sempena hari ulangtahun pertabalan Sultan Terengganu, so tunda la buat this week. Walaupun aku tgk mcm tak semua ahli Biosis yg join, tp kira ramai jugak la. 7.30pg lg kami dh p berkumpul kt Dataran Canseleri. Mula2 of course la kena daftar dulu. Then breakfast roti gardenia ngan ayaq teh O.

Pehtu dgq briefing, stretching ngan senamrobik. Kaum2 adam yg dilepaskan dulu, then baru la kaum2 hawa. Track kaum2 adam tak sama ngan track kaum2 hawa. Standard la kn, mesti depa jauh sikit walaupun seciput ja. Mula2 aku ngan kwn2 aku ni joging, pehtu dh agak lama sikit kami jln ja.hehe. Jln kt tepi pantai paling memenatkan kaki kami. Tenggelam timboi kasut kami semua dok jln atas pasiaq.huhu. Track kt pantai tu jugak la ada org yg cramp kaki. Semestinya kaum hawa, normal la tu.

Bila dh sampai kt garisan penamat, aku tgk org yg dok jaga kt situ tak smgt lgsg. Semua pakat duduk sambil pegang belon yg berwarna-warni. Ada yg dok ambik gmbq. Haihh..makin letih dibuatnya kalau tgk depa tu. Tp aku tak peduli semua tu sbb aku dok nmpk dh van milo.hihi. Aku tarik kwn aku yg dok jln ngan aku ni, teroih p ambik milo. Sdp weh...manis, lemak berkrim, sejuk pulak tu. Suitable gila ngan cuaca yg pns terik masa tu. Habeh secawan, kami p ambik lg secawan. Dh sdp kn, kena minum lebih.hahaha.

Aku ingat nk p rembat lg secawan, tp rasa mcm terlalu mengikut nafsu la pulak.heheh. Masa duduk lepak ramai2 kt bwh pokok ni la buleh tgk muka hg aku ngan lebih jelas. Muka masing2 dh mcm udang bakaq, merah menyala.hahaha. Tanda2 terkena sunburn la tu. Dh siap lepak minum semua, ada majlis penutup pulak. Dpt ganjaran la sapa2 yg menang & bertuah dlm program ni. Yg konpem, aku mmg out of the list la kn...kehkehkeh. Org lari, aku jln. Dh jd program Biowalk dh.

Habeh semua acara utk program ni, seperti besa habuan perot menanti. Kali ni bihun goreng ngan ayaq teh O ais. Yg tak bestnya, ayaq tu kt atas ja sejuk, kt bwh still hot you know. Pehtu ada kwn aku sorg ni bukak penutup bekas ayaq tu. Aku pon cedok la ayaq tu dari atas, dpt sekali ngan ais. Ada pulak sekumpulan senior mungkin, tak tau la taun berapa. Depa kata kt aku mcm ni 'eh, suka hati ko je ambik mcm tu!' Aku buat derk ja. Pehtu aku tgk depa pulak yg ikot cedok ayaq dari atas sbb nk ambik sekali ngan ais.hahahaha. 

Dh ambik ganjaran utk perot semua, blk la kami ke bilik masing2. Aku bukak la polisterin nk mkn bihun td. Tgk2 bihun tu penoh ngan ikan bilis. Alamak, aku dh la alergik ngan seafood! Hampir kesemua makanan yg berasal drpd laut aku tak buleh mkn. Tp sbb aku mls gila nk p turun pulak beli makanan, aku telan jugak la bihun tu. Ikan bilis semua aku letak tepi. Lps ni pandai2 la aku tanggung sendiri kegatalan kulit yg bakal menyerang. Lps mkn aku teroih koma atas katil.lalalalala..

*sdq ja dari koma teroih update.kikiki.*