Selalunya Macam Tu La

Assalamualaikum...

Haa di sini saya ingin menasihati diri saya sendiri supaya tidak menaip entry yang mempunyai part. Bukannya apa, satgi jadi macam entry sebelum ni. Part 1 la sangat...to be continue la sangat...pastu malas dah nak cerita.hahaha. Ok2, lepas ni tak payah la buat entry mcm tu dah kan? Ni ja perkara yang nak disebutkan di sini. K bye.ahaha.

=P

Tak Fikir Orang Lain (Part 1)

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita pasai hostel kat unibersiti aku. Hostel kat sini tak banyak & buleh dikatakan amat sikit. Student 1st year memang semua wajib dok hostel. Pastu student yang lain2 year ada yang dok hostel & ada yang tak. Ceritanya sekarang, student lain2 year kena mohon hostel beramai-ramai. Memang ramai gila la especially taun ni. Menurut pemerhatian aku sebelum ni, selalunya senior especially final year ramai yang dapat hostel kalo theyolss memohon la. Maybe sebab komitmen FYP yang tersangat penting tu membuatkan student2 final year ni perlu lebih dekat ngan unibersiti terchenta ni pun. Ha la, mana ngan nak p jumpak sv tak tentu masa, mana ngan nak p sampling, yang bertafakur kat lab pon ada (student yang buat lab work la tu...hoho). The problem is, this year ramai student final year yang tak dapat hostel. 1 sebab yang paling ketara ialah intake student 1st year taun ni ramai gila bapak la weh. Agak2 la kalo ya pon nak ramaikan student, biaq la berpadanan ngan tempat penginapan tu. Ni tak, blok hostel yang aku dok taun lepas yang dulunya dikenali sebagai blok senior, penuh jugak ngan student 1st year kat aras 5 tu. Selalunya blok tradisi 1st year ja yang akan penuh. Tu pon ada tinggai kosong kat aras 1 untuk student yang buat rayuan. But not this year. Ish..ish..ish..overpopulation btoi! Tak cukup ngan intake baru yang ramai & yang dah memenuhkan blok2 hostel kat sini, 1 lagi problem yang aku perasan dalam intake hostel taun ni. Awat lagi ramai student 2nd year berbanding ngan student final year? Kemon la pihak pengurusan hostel, student2 2nd year yang dulu2 buleh ja beralah ngan student2 final year bab2 hostel ni. Ramai ja yg dok kat luaq sebab tak dapat hostel. Teruskan ja la tradisi final year lagi ramai dok hostel, buat apa nak tukaq pulak? Menyusahkan orang lain ja especially student2 final year yang tak dak transport. Dah la final year, bizi gila ngn FYP, kena dok luaq, tak dak transport pulak tu. Fuhhhh....ok2. Will be continue...  

Red Velvet Secret

Assalamualaikum..

Fuhhhh lama gila aku tak menaip kat blog buruk ni! hohoh. Cenggini, sejak dapat tau secret ada red velvet, aku mengidam tak tentu arah nak try red velvet dia. Feveret kot...huhu. Baru2 ni dapat la sepotong red velvet brand secret.haha.

A slice of red velvet. A present from Pqah. Thanks. :)

Red velvet ni aku dapat sempena birthday aku yang ke-22. Masa dapat red velvet ni birthday aku dah lepas berkurun lamanya.ahaha. Apa2 pon memang nikmat la dapat makan red velvet yang dah lama dicitakan.hohoh. 

Kek dia lebih kurang macam aku buat ja. Dia letak filling apricot kat setiap layer. Aku pulak letak filling blueberry. Aising dia sedap. Aising aku buat dulu kurang sedap.hehe.


1st Sampling For FYP

Assalamualaikum

Nak cerita sikit pasai sampling fyp aku. Actually, bukan lah secara rasminya aku sampling for the 1st time ni. Just berkenalan ngan sampling area & try & error ja. Dapatkan gambaran & pengalaman dulu. At least bila dah betoi2 pi sampling nanti tak dak la jakun & blank sangat kan3? heheh. 

Lebih kurang cenggini lah yang aku kena buat bila pi sampling betoi2 nanti. Tapi kena proper & banyak details lagi. Ni just try & error.

Tajuk fyp aku, seedling bank dynamic on BRIS soil ecosystem. Aku kena guna quadrat 1m x 1m, kenal pasti & kira species seedling yang ada dalam quadrat tu & ada lagi yang kena buat. Masa cuti kat rumah kena ambik tau jugak pasai proposal fyp. Harus lah yakin diri nak lalui zaman final year ni, the tough 1 u know? hohoh. I can do it! #semangatwajabetoi

I'm Hungry But I'm Lazy & In The End...

Assalamualaikum

Uhuk3 tajuk entry ntah apa2 ja. Nak memblogkan diri sebenarnya tapi tak dak idea.hohoho. Tadi tengah dok study tetiba pulak fireworks in my stomach. Bukan sakit perut salah makan ka apa. Ni kes lapar di malam hari.huhu. Padahal petang tadi nuh dah pelahap waffle peanut butter + strawberry. Tup2 pukul 9 tadi lapar balik. Aku ada jugak pi cari nasi lemak yang orang jual kat kotak2 kat tangga2 blok aku ni. Sedihnya hari ni no nasi lemak la pulak... Dah tu sms Farhana tanya ada megi ka tak dak. Sedih lagi, dia kata dah lama tak beli megi.adusss. Pastu inbox Raf nak tanya benda yang sama aku tanya kat Farhana. Dia tak reply pon. Tak online la tu kan? Then sambung study ja ngan perut meletup-letup sakan angin keluar atas bawah. *Paham2 la keluar dari mana ye.hahaha.* Mungkin rezeki aku malam ni kot, rumet aku tetiba tanya nak kirim apa2 tak? Katanya dia nak pi kafe beli makanan. Aku pon apa lagi, tanpa segan silunya order burger daging seketoi.hekhek. Rupanya bukan aku sorang ja yang dok berlapar tadi. Rumet aku berdua pon sama dengan ja.kikiki. Thanks girls. Kalau uolss tak turun pi beli makanan tadi, aku sampai ke tidoq satgi dok lapaq lagi kot.wuwuwu.

P/s: Nampak sangat pemalasnya aku ni ye dak? Lapar tapi malas nak pi beli makanan. Apa nak jadi ngan budak2 zaman sekarang ni. *Ehh, tetiba ja!* 

Movie Marathon

Assalamualaikum

Sebenarnya sem ni no study week la ye. Tapi selalunya lecturer akan habiskan subjek depa seminggu awal. Mana taknya depa pon nak rehat2 jugak. Penat mengajar 1 sem. Aku tak tau la penyakit ni aku ja yang alami atau ada orang lain yang alami sekali. Tapi setiap kali seminggu sebelum final exam ja mesti aku akan adakan 1 program yang best la untuk diri aku. Kalau tak dekat final exam aku tak buat program ni.hehe. Apakah itu?? Dah terpampang kat atas tajuk entry ni movie marathon kan? Yeap, aku adakan movie marathon! weehoo. Movie marathon ni akan decrease bila dah start final exam. Antara movie yang aku dah marathonkan:

Transformers 1, Transformers 2: Revenge Of The Fallen & Transformers 3: Dark Of The Moon.

Harry Potter & The Goblet Of Fire, Harry Potter & The Deadly Hallows Part 2 ngan Harry Potter & The Philosopher's Stone.

Hotel Transylvania.

Sekarang ni masa untuk aku bermovie marathon dah decrease sebab esok aku start 1st paper.hewhew. Kena lebihkan study dari tengok movie ye dak? Di kesempatan ni aku ingin mengucapkan good luck kepada diri sendiri & jugak kawan2 yang menghadapi final exam. Semoga kita semua berjaya dalam final exam ni. InsyaAllah...amin.


Next Cake

Assalamualaikum

Jom2 tengok gambar kat bawah ni. Maka, tau lah apa yang cuba aku plan dalam cuti semester nanti.hehe.

Pink velvet cake -Sumber gambar dari Google Image-

Hobi tegar aku masa bercuti kat rumah, semestinya buat kek.huhu. Aku akan try buat different cake setiap kali balik bercuti. Setakat ni yang aku penah buat, moist choco cake, kek pelangi, kek pandan, kek butter, red velvet cake, apam polkadot (buleh la masuk dalam kategori kek) & tak ingat dah maybe ada lagi kot.hewhew. 

Ok cuti ni aku plan nak buat pink velvet cake pulak.woohoo. Harap2 ngan keizinanNya dapat lah aku buat kek ni ngan jayanya. Dah lama aku tengok kek ni kat tenet tau. Rasa tak sabar pulak nak balik rumah kan...(baca ngan nada suara Dr.Aziz.hikhik). 

Tapi maybe aku balik rumah lambat cuti semester kali ni. Tak kesah lah, janji aku dapat balik jugak & buat kek ni.

Sekian.