Next Cake

Assalamualaikum

Jom2 tengok gambar kat bawah ni. Maka, tau lah apa yang cuba aku plan dalam cuti semester nanti.hehe.

Pink velvet cake -Sumber gambar dari Google Image-

Hobi tegar aku masa bercuti kat rumah, semestinya buat kek.huhu. Aku akan try buat different cake setiap kali balik bercuti. Setakat ni yang aku penah buat, moist choco cake, kek pelangi, kek pandan, kek butter, red velvet cake, apam polkadot (buleh la masuk dalam kategori kek) & tak ingat dah maybe ada lagi kot.hewhew. 

Ok cuti ni aku plan nak buat pink velvet cake pulak.woohoo. Harap2 ngan keizinanNya dapat lah aku buat kek ni ngan jayanya. Dah lama aku tengok kek ni kat tenet tau. Rasa tak sabar pulak nak balik rumah kan...(baca ngan nada suara Dr.Aziz.hikhik)

Tapi maybe aku balik rumah lambat cuti semester kali ni. Tak kesah lah, janji aku dapat balik jugak & buat kek ni.

Sekian.

1 Mei

Assalamualaikum

Hari ni 1 Mei kan? So, cuti la ey? Ehmm...pagi tadi aku mengantuk gila sampai rasa tak mau bangun, malas sesangat nak bangun. Masa tu dalam kepala otak aku just teringat nak ponteng kelas asas keusahawanan pukul 10am sebab memang aku tak buleh nak celik mata luas2.huhuhu. Tetiba ja mak aku tepon. Macam tau2 ja anak dia dok buat aktiviti kuak lentang di pagi hari di kala cuti ni. Yang aku pulak dah nekad tak mau pi kelas.hikhik. Bila aku jawab tepon dari mak aku ja teros mak aku serang aku suruh bangun tidoq. Siap ingatkan aku lagi hari ni 1 Mei. Suara aku dok mamai lagi ketara masa tu.hehehe. Masa cakap ngan mak aku baru aku perasan hari ni cuti, mana ada kelas. Ish3...tu la seronok sangat dok berkuak lentang sampai tak ingat dah cuti ka tak cuti ka tau nak ponteng kelas ja kan? hohoh. Naseb baik aku nekad tak mau pi kelas. Kalau tak perabih tenaga & masa aku ja pi kelas yang tak wujud. Tq mak sebab tepon adik.hewhew. Pastu bila dah bangun ja teros aku kacau abang aku. Aku tepon dia sebab nak cakap hari ni 1 Mei, cuti3. Dok bajet dia macam aku pulak kan? Padahal dia dah tau. Masa aku tepon dia dok tidoq lagi. Suara dia mamai lagi terok dari aku tau.hikhikhik. Then, aku teringat lagi 1 benda. 1 Mei macam ada besday someone. Ngan serabainya aku masa tu tetiba teringat hari ni besday Najwa Shafiqa Shahzalan *Betoi ka aku eja nama bapak hang wawa?* Hepi besday wawa! woohoo. Senang nak ingat besday dia sebab tarikh semua orang pakat2 cuti. 1 Mei aku yang tak produktif. Tengok running man & makan & tidoq & tengok runnning man lagi & makan & tidoq & online pastu tidoq ja la kan bila dah malam.kikiki. Esok nak ajak Hawa pi pasar malam. Makan lagi.hehe. Tau makan ja aku ni =D

Sekian.