Dah Masuk Tahun Baru

Assalamualaikum

Hari ni dah 01/01/2013. Kita semua dah masuk tahun baru. Umur semua makhluk ciptaanNya di dunia ni dah bertambah satu angka which means that aku dah pon berusia 22 tahun secara tak rasminya lah.huhu. Nak rasmi tunggu besday bulan lapan.


Apa yang dah berlaku tahun lepas tu tak kira baik atau buruk kena tinggalkan. Dah masuk tahun baru ni semua start permulaan baru lah.hehe. Yang paling tak tahannya aku exam daripada tahun lepas tak habis-habis lagi. Bila nak habis ni? ahaha.

p/s: Life goes on. May our GOOD be BETTER and our BETTER be BEST!


Exam Week

Assalamualaikum


Officially aku dah masuk exam week. Tak tau la nak cakap perasaan tu cemana. Hopefully semuanya ok.heehuu.


Good luck! =D




Boleh Tak Kalau Nak Kawan Dengan Playboy?

Assalamualaikum

Haa hambek! Aku siap letak logo playboy lagi.

Apa kena dengan Cik Pipah ni? Tetiba pulak nak kawan dengan playboy bagai. Masuk air kah? Begini, rasanya dah banyak kali aku dengan sorang kawan aku berdiskusi mengenai lelaki. Almaklum lah masing-masing got no balak kan.. So kengkadang tu teringin la jugak nak ada someone spesial ni. Umur makin meningkat bukan makin menurun tapi still jugak tak ada sesapa yang teros melekat di sisi daku ini.hukhukhuk. So, apa yang aku dengan kawan aku diskus kat sini ialah berkawan dengan playboy. Apa kaitan playboy dengan tak ada balak? 

Haaa ini yang menarik nak cerita. Playboy kalau translate dalam bahasa melayu budak lelaki main *english ke malay kan memang selalu terbalik*. Dalam erti kata lain yang senang untuk kami berdua fahami ialah lelaki yang buat perempuan macam barang mainan dia *bunyi agak kasar & scary tapi benar ye*. Aku cakap kat kawan aku yang aku nak kawan dengan playboy sebab:

1. Apa-apa hal pon yang terjadi aku dah tak payah salahkan playboy sebab dah tau dia memang playboy.
2. Mungkin aku dah tak payah makan hati walaupon dengan berapa ratus orang gadis yang playboy dating sebab dah nama pon playboy.
3. Setiap hari aku akan dapat kasih sayang daripada playboy sebab playboy tak akan lupa gadis-gadis yang dia penah ada *kalau lupa kang dah tak boleh tukar-tukar orang bila nak kuar dating*.
4. Mungkin aku akan sedar diri & faham yang aku ni just untuk dipergunakan & maka dengan itu aku tak perasan lebih walaupon dapat flying kiss & dipanggil dengan panggilan baby, sayang, darling, manja or whatever setiap hari.
5. Aku mungkin akan sedar bahawasanya tak semestinya aku akan berjodoh dengan lelaki yang berkapel dengan aku sebab jodoh tu rahsia tuhan.

Dengan semua sebab ni maka aku pon lantas bertekad untuk berkawan dengan playboy. Tapi yang sebenarnya aku tak mau pon, saja ja cakap waktu tu oleh sebab dah sangap nak berbalak.hahaha. Apa-apa pon hidup ni perlu diteruskan sama ada suka atau tak. Bagi mereka yang belum berpunya, dah berjanggut tunggu tapi still lagi single mingle, don't worry. Alihkan perhatian anda kepada perkara yang lebih penting seperti kerjaya kerana itu lebih menjamin masa depan yang terang-benderang *tak payah nak bergantung dengan orang*. Bagi yang masih belajar, fokus kepada pelajaran. Dengan adanya pelajaran lah anda dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. InsyaAllah suatu hari nanti anda akan bertemu dengan seseorang yang tepat untuk anda.

Adakah dia ni playboy? Hurmm i don't think so. Kalau btoi pon boleh jadi jugak ni *ampun abangku, pinjam sat gambar hang buat jadi model kat sini*.


p/s: Tolong la jangan berfikiran gila macam aku. Ni semua gara-gara stress nak exam. Mula la mengarut sana sini.huhuhu.



Officially Entering Study Week

Assalamualaikum

Maka ngan ni secara rasminya warga ijazah sarjana muda UMT memasuki fasa study week. Congrats for this precious week! ahaha.




Ok selamat setadi kpd semua warga ijazah sarjana muda UMT =)







Winter Sangat

Assalamualaikum

Sejuk sejuk sejuk. Very cold today. Alone kt dlm bilik sambil tgk movie. Of course report remote sensing tak dilupakan. 3 in 1 i guess. Eat, watching movie & doing report. Life during winter, kool kn? *Teros berangan setadi kt Scotland* Actually, i'm such a lazy girl who end up doing everything that can't benefit me & aku asyik salahkan cuaca yg sejuk ni. Apakah? Dh masuk study week ni pun. Jgn mls2, rajin2 la setadi. Aku patut tolong diri sendiri. My mom dh pesan, setadi btoi2. Jgn main2, bg naik result tu. Haishh...how i wish i could be very hardworking. Jd mcm excellent student, setadi tanpa rungutan. Semua tu perkara yg menjamin masa dpn ok!

p/s: Setadi la woii! Me is a very hardworking girl. Dh kena transform ni.ahaha.

I Wish I Could Be More Patient

Assalamualaikum

Ok, no more deal to meet each other after this i guess. Kesabaran aku. Ke mana melayangnya kesabaran aku? Tolak tambah lebih kurang 4 taun gak la. Dlm jangka masa tu aku bersabar.pheww. Berserah kpd tuhan akhirnya. Kalau ada, ada la. Kalau tak dak sudah. Berdoa, tu yg paling afdhal. Insya-Allah dipermudahkan semua perkara. The moment you said next time, that was the moment when i wish i could be more patient.

Am I Engaged?

Assalamualaikum

Oh, no! Apa yg dh jd ni? Why he's suddenly sounds serious? Talking bout taking me as his wife one day & that makes me feel gulpp!! Am i really suit with you? Need to do solat sunat istikharah la. For the first time i feel so nervous when he text me something like that. Wonder if we're engaged or not because i just said yes to everything that he said just now. This time we really need to meet each other. If he's the one for me so i accept that. Allah knows everything right? But seriously i'm very nervous. Don't know what to say. Ya Allah, help me to solve this new problem.

Idea!!!

Assalamualaikum

Yesterday my beloved niece, Jannah, tepon. Dia tepon aku tanpa pengetahuan mak & ayah aku.hoho. Sembang rabung ha ngan aku. Pot pet pot pet pot pet then aku tanya la dia how come dia tepon aku. Dia kata dia cari nama 'Adik Maxis' kt phone ayah aku. Aku dh senyum sorang2 time tu.hikhik. Pastu aku tanya la dia, 'Adik Maxis' tu sapa. Dia jawab chu la. Time tu teros aku gelak berdekah-dekah.hahaha. Lawak la budak ni. Aku bajet dia tak tau 'Adik Maxis' tu aku. Dh letak phone semua tetiba aku teringat pasai besday Jannah 14/12 ni. Time tu aku tak cuti sem lg. So aku dpt idea nk bg hadiah kt dia time aku blk bercuti kt rumah nanti. Tp aku pikiaq tak mau bg brg. Aku nk buat kek besday. Biaq la time tu besday dia dh lps pon, aku nk buat jugak.ahaha.

Lebih kurang cmni la kek yg aku nk buat nanti. Tp aku nk buat 3 layer jer...

Aku kn pembuat kek amatur, tak dak kekuatan lg nk buat sampai 6 layer mcm gambaq kt atas tu.heehuu. Bkn apa, aku takut kek aku relai ja kalau byk layer sgt. Kira ok la kn 3 layer, tak jd kek pelangi, jd kek traffic light.hahaha. Resepi aku mix & match sendiri la. Tak perlu rasanya nk ikut btoi2 resepi kek pelangi tu. Buat ja mcm kek red velvet yg aku penah buat sblm ni, buang bahan2 yg rasa tak perlu guna. Simple kn? Letak lain2 warna ja la bg nmpk menarik. Then buat krim kek. Pastu sapu krim & hias sesuka hati. Buleh cmtu? hehe. Berbekalkan konfiden level yg agak tinggi, rasanya mampu kot aku nk buat kek besday ni.

p/s: This is another cubaan utk membuat kek by Cik Pipah. Hope menjadi.

Makan Hati Boleh Jadi Kurus?

Assalamualaikum

Mlm kemarin aku terserempak ngan Mai kt tgh jln waktu nk p kls.

Mai: Pah!!! *sambil lambai2*
Aku: Eh, Mai! *lambai blk kt Mai* Mai come here i want to hug u. *miss her lorr*

Mai pon dtg la kt aku. Dh peluk2 bagai, tetiba...

Mai: Pah, asal ko makin kurus ni? Ko diet ke?
Aku: Since when pulak aku diet? Aku mkn mcm besa ja la.
Mai: Oh, ko penah ckp kt aku sblm ni yg ko mkn hati! Sbb tu ke ko kurus?
Aku: Hahaha. Hg ingat lg apa yg aku gebang? Adoyai... Haah, aku mkn hati sbb tu kurus. Mai, give it a try! *sambil buat muka konfiden + jahat*
Mai: Try ape? Mkn hati?
Aku: Ha la. Nk kurus kn... try la mkn hati.
Mai: Err... tak pe la Pah.hehe. Bye, aku nk cpt ni.
Aku: Orait, bye Mai.

Pecaya la sgt aku ckp mkn hati sbb tu jd kurus. Drpd mkn hati lebih baik aku mkn nasik kukus ka lg kenyang. Sedap pon sedap.hahaha. Useless la nk mkn hati bagai sampai jd kurus.huhuhu. La ni dh bln 12, bln 1 taun dpn masuk la taun baru. 1 year more to graduate as a 1st degree student.hehehe. *tak pasai2 keluaq cerita grad pulak*

Ok the end.


Kalau Jadi Next Year

Assalamualaikum

Ok next year ada 2. In case ada rezeki both aku nk p. Sorang abg kesayangan aku sorang lg kwn aku yg tersayang. Dua2 aku syg. Tp op kos la aku lg syg abg aku kn...hahaha. Abg aku konpem akan join taun berikutnya. Kalau tak sapa lg nk bawak mak ayah aku kn kn kn? huhu. Kwn aku tersayang ckp taun berikutnya kalau ditakdirkan dia akan beli keta & dia nk join sekali. Gila la weh! Aku ckp kt dia kalau ada rezeki aku join dia next year, aku bg bunga & ambik gambaq byk2 ngan dia. Woahh, ni kalau jd konpem aku meriahkan kt belog burok aku! Ahaha. UTHM ngan UTEM. Menyibuk ja aku nk join yg UTEM tu.hikhik. UTHM-UTEM-UMT. Bright smile bila pikiaq blk pasai ni.wuhuu.

p/s: Aku dlm mood bahagia sebentar :D

Hari Yang Penuh Dengan Serangga

Assalamualaikum

Today is Sunday, 02/12/2012, & kepala otak aku penuh ngan ilmu mengenai SERANGGA! Kls waktu ptg aku hari ni mmg cerita pasai serangga ja. Aku ambik subjek elektif Biologi & Sistematik Serangga, tp ada 1 lg subjek wajib aku yg sama dgn ja ngan subjek elektif ni. That 1 is Taksonomi & Sistematik Organisma. Hari ni aku ada kls insect ngan taxo, tp yg mencabar kepala otak akunya ialah kls taxo pon belajaq pasai serangga jugak. Lps habeh kls insect ada gap sejam ja, then kls taxo pulak. Dh penuh ngan ilmu pasai serangga waktu kls insect, sambung ngan ilmu serangga lg waktu kls taxo.pheww...

Ada 1 ketika dlm kls taxo ptg td, aku mcm tak buleh terima dh ilmu serangga ni. So, aku suruh kwn aku si Iylia tolong salin note & aku salin formula nk jwb soalan lab eko pop.hehehe. Sungguh tepu otak aku ngan serangga ja hari ni. Naseb baik kls habeh awai, kalau tak rasanya aku salin note ngan muka blurr la jawabnya.hikhik. Too much info bout the same topic for a day buleh buatkan aku jd blurr semula sbb dh boring cerita benda yg sama ja sebijik semonyet pulak tu.hoho. Otw blk dari kls aku rasa lapaq pulak. Selalunya tak cmni pon. Maybe sbb otak aku penat mencerna ilmu serangga yg melimpah ruah hari ni. *Gila alasan ja semua tu*

Here are some common insect yg aku belajaq:

Grasshopper. *Yoo Jae Suk*

Praying Mantis.

Cricket. *Bkn cricket yg sport tu*

Butterfly. *Perfume avon ada nama butterfly*

Moth.

Ada byk lg la yg aku belajaq. Ni contoh2 yg common. Beautiful insect! *Ckp ala2 Steve Irwin, crocodile hunter yg dh meninggal tu* Belajaq pasai benda alah ni semua bkn main hentam baca teori ja. Kena masuk lab, identify spesies bagai. Kena buat insect collection, pinning & itu ini selain dari p tangkap makhluk2 yg unik ni.huhu. Yg paling BEST, ada lab test dowh... Sama la ngan subjek taxo. 2 subjek ni lebih kurang mcm siblings la.

p/s: Masalah la ni aku penakut. Kalau jumpak serangga ja cabut lari. Nk pulak yg dok lompat & terbang ngan rakusnya lg la tak cukup tanah aku lari. Cering bulu roma. *Bak kata org Kedah* 

Quotes From A Friend

Assalamualaikum

Proper tak tajuk entry ni? hehe. I got some quotes from a friend actually. Baru2 ni la & I want to share them here in my blog.

"Love is complicated..so be careful in your love." (Sufi, 2012)

"Every love have time..but the time not in your hand." (Sufi, 2012)

Dude, U told me these remember? Aku kagum kot, it's something like hidden talent. Serius aku blurr jugak la bila kwn aku ni bg kata2 ni kt aku. U see, i'm not the person yg bersastera la org kata. So, aku mcm err...ok aku nk kata apa pulak? haha. Btw, thanks for these quotes. Let me share something. But it's not originally from me.heehuu.

"Friendship is the true treasure." (Barbie, 2008)


Gambar hiasan ja. I'm not saying that the girl in the pink dress is me & the girl in the blue dress is U. Of course U're a boy... I know that.haha. But there's something in the pic that we can relate it with friendship. Seperti kata2 di atas gambar ni la ye.

Serpihan lirik lagu Adele Skyfall ni best jugak utk dikongsi. *Tudia ayat BM aku tunggang-langgang haa*

You may have my number
You can take my name
But you'll never have my heart

*Aku pon tak paham pasepa lagu ni pulak yg keluaq*

Tp ce dgr lagu ni. Best oh... Nk lg best tgk Running Man Ep 120. Kt game flying chair ada lagu ni ckit. *Ok aku dh start suggest kt org*

Actually aku mengantuk di pertengahan jln ketika dok buat esemen. So, aku dpt idea nk tulis smua ni so that aku tak tidoq & teros terlena sampai pg without finishing half of my assignments. *Oh my betoi ka english aku ni* 

p/s: I'm just joking meh. Dude, don't be mad la! We're friend right.. PEACE... 




Very The Inspiring FB

Assalamualaikum

Tajuk yg agak broken english maybe.hehe. Tp aku nk luahkan & bg pendapat pasai 2 fb yg aku rasa paling memberi inspirasi kpd aku yg masih setadi ni. 1'st is my senior's fb. Dia baru ja konvo last week & aku dpt tau dia tgh ambik master botani kt UKM. Congrats bro! U know that was very inspiring i think coz dlm list plan masa dpn aku ada tertulis pasai further study in master. Aku nk buat cmtu la, habeh degree teros sambung master. Dh tu aku tgk semua post dia pasai nk memajukan diri. Oh my! Aku sgt suka itu. Kadang2 rasa bersemangat nk setadi bila tgk post2 dia. 

Ok next is my lecturer. Aku dh tgk gmbr2 kt fb dia. Grad phd kt obersee uolss.huhu. The scenery was very nice. Beautiful university! Grad ngan kwn2 omputih. Waduh2, stylo mylo gitu.ahaha. Lps habeh majlis jln2 mkn angin ngan family. Ohh...that's so nice & wonderful!! I want to feel that moment too. I want it! I want it! Coi, bg habeh degree dulu la Cik Pipah oi! hehehe. Before start setadi, tgk benda2 yg memberi inspirasi dulu. Baru la time dok setadi tu ada feel lain mcm ckit, maka setel la semua keja yg tak setel.haha. At least effort nk siapkan keja & setadi tu byk lps tgk inspiring things ni.heehuu.

p/s: Have a very nice weekend with all ur assignments & don't forget to study for ur next tests Cik Pipah! Fightinggg!!   

Ceritera Konvo, Aku & Jiran Sebelah Bilik

Assalamualaikum

Minggu ni kt UMT ada Majlis Konvokesyen ke-10. Aku tgk mereka2 yg berkonvo semua hepi gila haa. So, aku pon mula la merenung & memikirkan masa dpn.huhu. Aku kata lmbt lg aku nk habeh degree. Rupa-rupanya tak weh. Salah perhitungan.hehe. Jiran sebelah bilik aku sembang2 la ngan aku. Mcm2 perkara la yg hangat diperbualkan. Masing2 interbiu tu interbiu ni. Tup2 jiran aku ni tanya pasai program aku. Dia tanya la aku ni program apa, berapa taun, study pasai apa, & bla..bla..bla.. Aku pon reply la program Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan & Pengurusan Biodiversiti). *Tudia panjang bebeno namanya.* Aku ckp kt dia program yg aku ambik ni 3 taun, lmbt lg nk grad. *Konfiden haa aku ckp cmtu kt dia.* Pastu aku tgk dia dok angkat tgn sambil kira jari, mulut terkumat-kamit. Aku mls nk kacau sbb dia khusyuk sgt, so aku biaq ja la. Tiba2 dia menjerit sambil tampaq tilam aku. *Haa sudah pompuan ni pasepa pulak?* Rupanya dia kira berapa lama lg aku nk study kt UMT ni. Haishh...aku ingatkan apa la yg dia buat td. Dia kata tak lama dh aku nk hidup kt UMT ni, dh nk blah pon. Coi, mcm dokter tgh bajet berapa lama lg pesakit nk hidup kt dunia ni ja. Pastu dia kata kt aku sblm ni dia tak penah pikiaq pasai berapa taun program yg dia ambik. Skrg dia rasa lama sgt 4 taun degree kt unibersiti. Naseb hg la kwn, sapa suruh tak pikiaq dulu sblm mohon dulu.ahaha. Aku kata kt dia aku mls nk buat degree lama2, 3 taun jd la. Lps ni hajat di hati nk sambung master. Aku nk rasa perubahan akademik cpt2. *Apa yg aku merepek kt dia pon aku tak tau.* Harap2 sampai apa yg aku nk cerita kt dia. Paham2 la ye my neighbour.hoho. Buleh tak aku ckp nk dapatkan phd sblm umoq 30 taun.hikhik. Lps tu baru aku rasa jd manusia berguna kot. *Harap2 sgt impian aku ni jd kenyataan. Amin...* Mcm tak logik ja alasan aku nk dapatkan phd awai2 kn? Lantak la, impian aku bkn impian org lain.

p/s: Program 3 taun byk cabaran & dugaan. Setiap hari jadual pack. Almaklum la nk habehkan dlm masa 3 taun kn. Kena la terima suratan takdir program 3 taun seadanya.

BigBang Alive Tour 2012

Assalamualaikum

Pd hari kedua raya haji, BigBang buat konsert kt KL. Aku, Hawa ngan Iylia p konsert tu. Kami beli baju bagai ha. Ya Allah, apa la nk jd ngan kami ni? Hari raya buleh dok berjimba kt konsert.haishh... Kalau tau kt parents aku mampuih la weh.huhu.

Kami nk ke kls, bkn ke konsert. :p

Hehehe. Bajet mcm p ja konsert tu. Blk berhari raya pon tak masa tu. Baju ni beli kt sini2 ja.huhu. Kononnya mcm p konsert pastu beli baju ni & pakai sama2 sbb nk menunjuk la kn... Padahai tak p pon, saja ja pakai sama2 dh beli sama2 mlm kemarin.kikiki.

p/s: Tak dpt beli kt konsert, beli kt sini pon jd la.huahuahua. Walaupun tak p konsert tu tp ada jugak bajunya.hehe.

Aidiladha 2012 Di Kelantan

Assalamualaikum

Sesungguhnya aku tak penah lg tak balik masa hari raya. Tp kali ni mmg aku tak balik weh. Aku p beraya kt rumah kwn aku, Sarah, di Machang, Kelantan. Ayah aku siap pos laju lg baju raya aku taun ni. Bkn baju raya ja dia pos, kuih tart pon ada.hikhik. 

From Terengganu to Kelantan.

Beraya di Hospital Pasir Mas.

From Kelantan to Terengganu.

Menu utama aku kt rumah Sarah ialah nasik impit kuah kacang. Setiap hari aku mkn benda alah ni tau.huhu. Cerita hari raya dh tamat. Aku dh kt bumi UMT pon. 2 minggu lg aku nk cabut blk Kedah weh. Tak sabaq gila dh ni pun.ahaha. Aku rindu segala-galanya kt Kedah tu.wuwuwu. 

Assignments & Tests

Assalamualaikum

Cmni la kalau jd student, esemen & test bertubi-tubi dlm seminggu. Tmbh lab report lg, mmg kaw2 la dok mengadap mende tu jer.huhu. Minggu ni, start hari Selasa kena hantaq lab report remote sensing. Pastu hari ni hantaq esemen eko trop ngan academic writing. Hari ni jugak ada test taksonomi. Esok ptg ada test academic writing pastu mlm pulak ada test bio kembang. Hari Sabtu dh kena start buat keja yg nk kena hantaq next week pulak. I'm such a busy student uolss... 

p/s: Semoga aku dpt jwb kedua-dua test esok ngan baik. Amin... 

Sunday Blues

Assalamualaikum

Org selalu kata Monday blues tp aku kata Sunday blues sbb kt Terengganu hari Ahad dh start kls.hehe. Yg kata Monday blues tu yg dok kt negeri lain selain Terengganu, Kelantan & Kedah. Di pg hari Ahad yg hening ni, aku buat esemen yg Mr Wong bg sambil mengadap nota kt laptop. Bila aku fenin2 lalat, aku pon msg la Pqah tanya tu tanya ni. Last2 dia jwb dia tgh masak. *Sori Pqah, tak sengaja mengganggu anda di pg yg hening ni.hikhik.* Lps tu aku msg Eni pulak. Saja nk kacau dia. Sakan punya msg ngan Eni, pastu esemen ntah ke mana nota pon entah ke mana.hewhew. Aku p jerang ayaq, bancuh Vico, mkn ngan biskut jagung sambil tgk Running Man.hahaha. Super duper mls aku hari ni. Ingat nk sambung tidoq lg lps bgn subuh td. Tp mengenangkan aku tak siap lg esemen tu, so aku ringankan hati, tgn & semua anggota badan aku buat la esemen tu. At least aku try buat jugak drpd tak buat lgsg kn? kehkehkeh. Masalahnya aku dh stop buat esemen ni. Skrg dok update belog pulak dh. Rajin kn aku? Rajin buat benda yg tak sepatutnya.huahuahua. Kls pukui 8 pg ni batal, maka kls utk hari ni akan start pd pukui 5 ptg. Tudiaa byk masa free uolss! Tp aku ada kls Entomologi pukui 2 ptg satgi. Al maklum la nk sgt ambik subjek elektif sem ni kn...tunggu apa lg, p la kls pukui 2 satgi.h0h0. Lps minum Vico ngan ngap biskut jagung, aku rasa mata berat semacam pulak. Justeru harus p tidoq dulu ni pun.kikikiki. 

p/s: Gudnite kpd penduduk Bumi yg mengalami waktu mlm skrg. Walaupun aku dok kt zon waktu siang, tp aku dh tak buleh buat apa2 ngan mata aku yg semakin layu ni. So, gudnite bebeh!  =)  

Memperkenalkan.....

Assalamualaikum

Kemarin dh buleh buat pengesahan pndftrn kursus utk sem ni. So, hari ni aku nk memperkenalkan kursus2 yg secara rasminya diambik oleh aku sem ni. 1.Academic Writing Skills 2.Taksonomi & Sistematik Organisma 3.Ekologi Populasi & Komuniti 4.Ekosistem Tropika 5.Biologi Perkembangan 6.Penderiaan Jauh & GIS 7.Biologi & Sistematik Serangga. Jumlah jam kedit 23. Yg no7 tu elektif. Usaha tangga kejayaan kn...so aku kena usaha lebih la sem ni. Jgn sombong sgt ngan dekan, nanti dia tak mau bg award.ahaha. Dh 2 sem dekan tak bg award kt aku sbb aku sombong ngan dia. Sem ni aku kena usaha lg, untung2 ada rezeki dekan bg award kt aku ka mana nk p tau kn? hikhik.  

p/s: Sebanyak mana & sesusah mana pon subjek yg aku bljq sem ni, aku kena usaha jugak bg dpt result yg lebih baik. InsyaAllah..

Angan-Anganku, Hawa & D** (err.....)

Assalamualaikum

Hari ni, Ahad, 23/09/2012, aku, Hawa & D** dok kt laptop zone di library.*So, motif habaq pasai ni?* Wait seminit, the real story is not begin yet.hehe. Pg td pukui 8-9 pg kami ada kls Biologi Perkembangan. Pastu ada gap dari pukui 9 pg tu sampai la pukui 4 ptg ok.*Sgt lama gap weolss. Uolss ada? kikiki.* Pukui 5-6 ptg pulak baru ada kls. Dlm masa gap yg teramat panjang tu, Hawa & D** nk p library discuss pasai esemen En.Kasa. Aku bkn segrup ngan depa, aku saja menyibuk join sbb awai lg masa tu nk blk lepak kt bilik. Uolss tak heran ka why aku tak discuss esemen ngan grup aku? h0h0h. Yg sbnqnya, masa kls pukui 8-9 pg tu, aku dapati ketua grup aku ngan lg 2 org grup member tak hadir ke kls. Coi coi coi coi coi. 

Mentang2 gap panjang nk mampos kn..seronok depa tuang kls naa...haha. Dh, usah fikirkan pasai depa yg tak p kls tu. Cenggini, masa kt laptop zone tu, aku ngan Hawa tgh khusyuk dok sembang pasai cuti midsem yg bakal menjelma.heehuu. Hawa nk ikut aku blk Kedah. Yeayy! haha. Sembang punya sembang, tetiba aku secara spontannya memulakan bicara pasai cuti midsem ngan D**.

Aku: D**, jom ikut aku blk cuti midsem ni.
D**: Mu dok mano?
Aku: Kedah je..

Tetiba pulak Hawa bersuara.

Hawa: Ha'aa, jom ar. Aku nk ikut Pah blk umah die.
D**: Sapo lg yg join?
Aku: Hawa sorg ja.hehe.
D**: Hmm, bakpo tak ajok A*** ko, N** ko join skali? 
Aku: Mana aku nk letak depa bila sampai Kedah nanti?
D**: Dh tu aku mu nk letok mano?

Hahaha.btoi jugak. Bijak..bijak..

Aku & Hawa: Kikikiki.ha'aa kn...
D**: Aku ada la abe dok kt Mergong.
Aku: Great! 1 daerah ngan aku. Kira dkt la tu. Hg p la dok umah abg hg. Nanti bila nk p jln mana2 kami k0l la hg.h0h0ii.
D**: Cehh! Sbb tu ja ajok aku join?
Hawa: Ala, duit minyak ngan kete kite tong2 la. Jimat sikit.
D**: Nk gi jln mano ja Pah? 
Aku: Kita buleh tour Perlis & Penang.
D**: Penang ngan Kedah dkt ko?
Aku: Naik highway sejam ja D** oi, dh sampai.
Hawa: Jom ar D**. Mesti best ni kalau jd.
D**: Err...haha.

Dh puas merapu ngan D**, Hawa ajak aku blk bilik aku sbb dia mengantuk, nk tumpang tidoq katanya.huhu. Tp sblm beredar...

Aku: D**, fikir-fikirkan ya.*Sambil tuding jari & buat muka utk meyakinkan D**.hewhewhew.*
Hawa: Betul tu D**. Fikir elok2, Pah tak ajak org lain selain dari kau. Aku yg nk pegi ni pon, aku yg offer diri tau.
D**: Hahaha.adoi...*Sengih2 sbb still konpius ngan ajakan aku.*

Sbnqnya aku saja ja mengusik si D** tu. Seronok kacau dia.kehkehkeh. Jgn sampai btoi2 dia nk ikut dh la. Kalau tak mmg aku gelak guling-guling la weh.hikhikhik.






Dreams Of The Future

Assalamualaikum

Sejak zaman sekolah rendah lg aku dh ada impian. Tp disebabkan masa tu aku budak hingusan lg, so impian aku sering berubah-ubah.hehe. Bkn zaman sekolah rendah ja impian aku berubah-ubah, zaman sekolah menengah pon buleh lg ada perubahan impian. Haihh..tak tetap pendirian btoi aku masa tu.hewhewhew. Tp lps habeh SPM, aku masuk KMPk, masa tu impian aku dh kembali normal & tak terumbang-ambing. Walaupun aku tak rela masuk matrik sbb aku mmg tak mau, tp rasanya tak salah kalau aku dengar nasihat parents & abang aku. Aku dpt matrik 2 taun, lebih femes ngan panggilan PDT. Nk tau tak masa kt matrik aku rasa membazir umur study sampai 2 taun tp tak dak sijil mcm STPM. 

Aku selalu ckp kt mak aku nk stop study kt matrik. As usual, mak aku tak dengar punya la rintihan jiwa aku ni.h0h0. Mak aku ckp 2 taun tu sekejap sgt. Sampai aku masuk PST, aku still lg memberontak tak mau study kt matrik. Teruk kn perangai aku? hihihi. Last2 tamat jugak pengajian kt matrik tu. Masuk jugak aku ke unibersiti. Skrg ni aku study kt UMT. Aku punya la menyesal gila sbb letak UMT dlm list pilihan unibersiti dulu. Dh la last minute aku letak unibersiti ni. UMT pilihan aku yg ke-5. Dh lama lps aku letak UMT dlm list tu, baru aku teringat lecturer aku kt KMPk dulu penah ckp, kalau letak unibersiti yg guna nama negeri, konpem akan dpt sbb depa nk ramaikan student.

Bila dh tau result mmg sah2 la aku dpt UMT. Aku tak hepi lgsg buleh tak bila dpt tau result tu. Again aku try menyelami kegembiraan parents & siblings aku bila depa tau aku akan sambung buat degree. So aku pon p la bermastautin kt Terengganu. Lembut hati kn aku? Walaupun mati2 aku berat hati nk study kt UMT, tp sbb depa semua dh hepi semacam, so aku ikut ja la.hehe. Skrg aku dh semester 3 taun 2. Ada lg 3 semester aku kt sini. Tak lama dh nk habehkan pengajian aku kt sini. Mengikut kalendar akademik, 17/02/2013, dh start cuti semester 3. Maksudnya masa tu aku dh habeh 3 semester kt UMT. Sebulan kemudian, aku akan masuk semester 4 pulak. Pastu bln September 2013, aku akan masuk semester 5 taun 3.

Bila dh masuk taun 3, maknanya aku dh final year masa tu. Then, awal taun 2014, maybe dlm bln Mac, aku akan masuk semester 6 taun 3 yg merupakan semester terakhir aku kt UMT. Dlm semester ni aku akan menjalani LI. Start habeh degree la yg byk gila impian besar yg aku impikan.hikhik. Aku nk sambung buat master. Lps habeh master baru aku nk keja. Tak pon aku nk keja dulu dlm setaun or 2 taun, then baru sambung buat master. Mak aku penah ckp lps habeh degree kalau nk kawen buleh ja. Masalahnya, aku ni calon pon tak dak.hahaha. Aku penah ckp kt mak aku, nanti2 kalau ada org merisik, kalau mak aku bekenan & puas hati, terima ja la. Tak pyh sibuk2 dh aku nk berkawan ngan org tu, berkawan ngan org ni.kehkehkeh.

Dh tu aku ngan kwn2 aku pulak ada impian melancong bersama-sama. Dh start plan bagai ha. Nk p jln2 merata mcm anak org kaya pon ada, bajet duit byk sgt.kuikuikui. Andai kata diizinkan Allah, jd la kami semua nk p melancong bersama-sama.yeehuu. The most important is that parents aku. Aku nk bawak depa p Mekah, tunaikan haji. Sapa lg nk bawak kalau bkn anak sendiri kn? Bab kawen tu aku terima ja ketentuan Ilahi. Kalau ada jodoh aku kawen cpt, kawen ja la. Kalau lmbt jodoh aku, lmbt la aku kawen. Jodoh tu rahsia Tuhan. Kn org selalu kata, jodoh pertemuan di tgn Tuhan. Tenangkan hati, tenteramkan jiwa, buat masa ni aku perlu fokus byk ke arah memajukan diri aku. Yeahh...hidup aku! ahaha.

p/s: Semua impian ni hanya la perancangan semata-mata. Kita sbg manusia hanya mampu merancang, Allah yg menentukan.  =)





Oh, Mak I! Purse Aku Hilang...!!

Assalamualaikum

Hari ni 17/09/2012. Pukul 2 ptg aku p kls ekologi populasi & komuniti. Then ada gap sejam. Masa gap tu aku, Hawa ngan Pqah berkunjung ke library utk membaca surat khabar. Lps tu kami bertiga attend kls penderiaan jauh & GIS. Habeh kls tu semua pakat blk ke destinasi masing2 iaitu rumah sewa & jugak asrama. Kt luaq kls penderiaan jauh & GIS tu aku bukak la beg aku yg berwarna coklat kemerahan tu. Tgk2 purse aku yg berwarna merah tu tak dak.

Ha dh habeh la aku...kt mana pulak aku campak purse ni? Dh la aku tak lunch lg, rasa lapaq tu membuak-buak. Sekali tgk purse tak dak dlm beg.haihh.. Aku pon pinjam duit Nad, kosmet aku. P la aku membeli makanan utk lunch. Masa tu dh pukul 6.30 ptg. Aku blk bilik ja terus jd mcm org gila uolss. Selongkar habeh bilik aku cari purse. Tp aku rasa aku bwk ja purse tu p kls pg td. Dh tu aku text Hawa ngan Pqah tanya kalau2 depa nmpk aku pegang purse tu masa kt library td. 

Depa kata tak nmpk. Alalalalala...cemana ni... Lps maghrib td rumet aku teman aku p library cari purse tu. Mula2 tanya staf kt kaunter dpn, dia kata tak nmpk pon purse tu. Aku dh rasa nk demam masa tu.huhu. Lps tu tanya staf kt kaunter dlm pulak. Dia tanya nama ngan no.uk aku. Dh selesai aku jwb, dia pon bg purse tu kt aku. Fuhh...naseb baik ada, kalau tak nanges tak berlagu la aku.wuwuwu. Aku ngan senyum tersipunya ckp terima kasih kt staf tu. Merah jugak la muka aku masa tu.hehehe.

p/s: Lain kali aku kena lebih beringat & berhati-hati. Naseb baik staf tu amanah, kalau tak mmg bye2 forever la purse aku tu ha. Aku pon tak pasai2 habeh duit byk sbb ic, kad bank, kunci bilik ngan duit dlm purse tu hilang. Lega dh la sbb dh jumpak purse merah tu.heehuu. Alhamdulillah.

Tahniah Long Nabilah!

Assalamualaikum

2 Sept 2012, kt rumah aku ada buat kenduri ckit sempena majlis pertunangan mak menakan aku, Nabilah. Dh jd tunangan org pon dia ni. I jeles uolls. Gurau jer..ahaha.

  Awak nmpk cantik la.huhuhu.

Suka la tu Puan Mariyah. Adik dia dh bertunang.ehehe.

Sbb ni blog aku kn..so gambaq aku harus la ada. =D

Tudiaa budak kenit bam2 ngan ibunya pon ada jugak.haha.

Yg baju koko ni adik Nabilah. Maknanya mak menakan aku jugak la.kuikuikui.

Ok, Jannah tak mau ambik gambaq skali ngan adik & ibu dia. Haha.sungguh berlagak anda.

Hantaran... Sila abaikan pak cik yg nmpk separuh ja tu.ahaha.

Gambaq sblm kek ni dipotong & dibahagikan. Aduhai, comel ja! wuwuwu.

It's me again! heehuu.

Tudiaa gambaq aku ada lg.haha. Yg baju pink tu Amirah. Yg baju oren tu Azwa. Depa kwn Nabilah. Semua dlm gambaq ni comey2 belaka.agagaga.

*Sekian serba ckit sekitar majlis pertunangan long Nabilah. Saya melaporkan dari tmpt kejadian utk berita 4th channel. Mai mana channel ni aku pon tak tau.kehkehkeh.*

Malaysia's 55th Merdeka Day

Assalamualaikum

Hari ni 31 Ogos 2012. Malaysia sekali lg menyambut ulangtahun kemerdekaannya. Taun ni dh 55 taun negara ni merdeka. Sebagai salah sorg drpd rakyat Malaysia, aku rasa sgt bersyukur & bangga sbb tanah air terchenta ni dh lebih dari 50 taun merdeka. Aku ni dikira generasi baru la kn sbb aku baru 21 taun.hehehe. Dh buleh mengundi pon.hihihi. Generasi baru mcm aku ni tak pyh teruk2 mempertahankan kedaulatan negara mcm generasi dulu. Malaysia hari ni dh jauh lebih maju berbanding dulu. Terima kasih kpd generasi dulu yg dh bersusah pyh mempertahankan kedaulatan negara.

Generasi baru mcm aku ni sepatutnya perlu bersusah pyh mempertahankan keamanan & kemajuan yg ada la ni. Bak kata mak ayah aku, budak2 la ni tau seronok ja. Depa bkn nk pikiaq panjang dh. Haa tudia...kena ubah perangai dh aku pon.ahaha. Cmni la, bila org tua nasihat ka perli ka pa ka, kita yg muda ni kena pasang telinga jugak. Ada seribu satu makna di sebalik semua tu tau.huhuhu. Minda kita kena merdeka jugak, jgn negara ja merdeka, minda rakyat tak ubah2.haish. Ni semua persepsi kemerdekaan aku ja la. Tak tau la org len rasa cmna pasai merdeka ni.

*Apa2 pon persepsi kemerdekaan ampa semua, yg penting hari ni hari merdeka. So aku nk wish Selamat Hari Merdeka semua.*

Hepi 21'st Bday To Me...! =D

Assalamualaikum

Hello hello! Amboi, hepi btoi aku kn? hehehe. Bg insan yg menghargai diri sendiri mcm aku ni kn, bday amat penting utk diingati tau. Perangai menghargai bday ni muncul lps aku rasa diri aku begitu berharga *tudia dh buat iklan loreal kt sini* ahaha. Sbb tu la hari Khamis aritu aku ajak mak menakan aku p beli brg2 nk buat kek bday aku. Aku teringin sgt nk buat kek red velvet. So hari ni aku dh berjaya buat cup cake red velvet.heehuu. Demand gila kn? Nk kek bday yg mahai2, yg cikai punya tak mau. Naseb bek pandai buat sendiri. Kalau tak pakai kempunan la.ngehehe.


Cup cake ni herot petot ckit hiasan dia sbb bg anak menakan aku yg hias. Dia baru 7 taun, so kira halai la na.kehkehkeh. Bahagia weh bila dpt buat cup cake ni. Seronok tak dak dh.hahaha. Renyih aku sepanjang hari ni tau gara2 cup cake red velvet idaman kalbu.hikhik. Esok Kak Rina sekeluarga nk mai. Buleh la depa rasa cup cake aku ni haa. 2/9 mak menakan aku nk bertunang. Aku kena buat kek red velvet bg kt dia. Tudia seronok sungguh bila dh start buat kek red velvet. Ada aura baru tu.kahkahkah. I love baking so much! Muah muah muah. =D

*Thanks to my aunt yg tlg td. Hepi bday to me hepi bday to me hepi bday to Afifah Mohmad Nasir hepi bday to me.....woohoo. Alhamdulillah. Nohee...bday aku 26/8 kot. Ni baru 25/8, update awai sehari. Excited sungguh.agagaga.*

Ceritera Kerja

Assalamualaikum

Hari ni secara rasminya aku resign sbg casual worker kt ofis tu. Hampir 2 bln jugak aku berkerjaya kt sana. Tak lama pon sbb aku p KL pon dh lambat.huhuhu. Walaupun tak lama, tp ada mcm2 kenangan di antara aku ngan staf2 kt sana. Semuanya kenangan yg baik2 la. Rasanya tak dak pon kenangan yg pahit yg penah aku lalui kt ofis tu. Sbb aku dok kt department yg staf2 baik2 belaka, so tak dak la setiap hari aku gundah gulana.hihihi. Waktu nk blk td Kak Mas, Kak Nita ngan Wanie ajak aku amik gambaq. Terharu gila bila Kak Nita bg hadiah kt aku. Comei ja kotak hadiah tu.

Hadiah tu Kak Nita, Kak Mas ngan Kak Ema share beli utk aku. Tak dan nk ambik gambaq ngan Kak Ema sbb hari ni dia dh p jd cashier helper kt Jusco Bandar Utama. Tp dia ada sms aku ucap bye2 & slmt hari raya. Sedih lorr...uhuhu. Ms.Evelyn pulak sembang2 buat kali terakhir ngan aku sambil ucap slmt hari raya & slmt maju jaya dlm pelajaran. Ni la keja sementara waktu yg aku rasa best. Kurang tekanan drpd bos & staf2 yg dh lama keja kt sana. Kakak2 kt department aku byk tolong aku sepanjang aku keja kt sana. Kalau depa p store visit, ada ja something yg depa bwk blk utk aku.hihi.

Waktu rehat sejam td aku p marayau sorg2 kt jusco tmpt aku keja ni ha. Nmpk la beberapa org staf ofis yg jd cashier hari ni. Yg paling penting aku nmpk Aiman kt bhgn barangan bayi. Demm..!! Hensem siot mamat ni! Hahaha. Seronok la cashier kt tmpt tu buleh menatap muka hensem si Aiman ni.wakakaka. Naseb bek aku p merayau, kalau tak melepas la nk tgk Aiman buat kali terakhir sblm aku blah td.wuwuwu. Sblm ni aku ngan kwn bek aku kt ofis, Fatin, risau btoi pasai Aiman. Bkn apa, kt department dia tu ada sorg mamat gay. Aiman kn hensem, mesti la mamat tu penah try nk ngorat dia kn kn kn??? hikhikhik. 

Tp Fatin kata Aiman dh ada awek, so terlepas la dia drpd gay berkenaan.hehehe. Syg la muka hensem tp gay pulak dh. Mamat gay tu pon hensem bkn men lg weh. Sia2 ja muka hensem dia tu. Kesian andartu2 kt ofis tu ha. Mana tau kot ada yg bekenan nk buat jd laki, tup2 gay. Haihh...apa la naseb badan kn.. Pasrah ja la..huahuahua. Gaji aku nanti Kak Syida tolong ambik la jwbnya. Aku dh mls nk p KL kalau dh blk kampungku yg terchenta.hehe. Insyaallah, kalau ada rezeki cuti sem yg panjang nanti, aku nk apply jwtn casual worker kt ofis tu lg.

*Bye2 Ms.Evelyn, Kak Ema, Kak Mas, Kak Nita, Wanie & jugak ofis serta staf2 yg mengenali aku. Semoga bertemu lg suatu hari nanti.*

Dating

Assalamualaikum..

Last week Kak Syida ajak aku teman dia keja kt Jusco Rawang. Memandangkan aku tak keja pd hari Sabtu, so aku setuju utk teman dia.hehe. Then aku teringat sorang kwn aku ni. Rumah dia kt Rawang. Dulu kami study sesama kt KMPk. Alang2 nk p Jusco Rawang kn..aku pon kol la kwn aku ni ha, ajak dia join sekali.hihi. Oh ya, lupa pulak nk mention nama kwn aku ni! Her name is Wawa Shafiqa. A chinese looking girl. Dh lama tak jumpak si Wawa ni, buleh dating tgk wayang ngan dia then jln2 sat pon dh hepi sesangat.huhuhu.

This week hari Isnin jumpak Abg Sufi pulak. Mula2 plan nk bukak posa sesama, pastu tak jd. Then pukui 9.30 lepak2 sambil mkn & minum. Aku tunggu dia kt Q Bistro, kedai mamak lorh..hehe. Tp sbb dia tak suka kedai mamak, so lepak kt Papa Rich. Sembang punya sembang pastu dia ajak aku p downtown. Aku nk ikut, tp takut ada road block. Dh la aku tak dak helmet, satgi tak pasai2 kena tahan ngan bapak polisi.ahaha. Last2 pukui 12 aku pon blk. Tq bebanyak Abg Sufi sbb tolong hantaq saya blk. Mak aku dh kol sblm tu, suruh aku blk awai sikit.hikhikhik.

Apa2 pon jutaan terima kasih yg tak terhingga kpd Wawa & Abg Sufi ya. Why3? Aku terlupa nk bayaq blk duit tiket wayang kt Wawa, so dia dh ckp tak pa. Then aku terlupa nk bayaq blk duit minuman kt Abg Sufi, dia pon ckp tak pa jugak. Sori sesangat tau, Afifah btoi2 terlupa.hehe. Len kali ada rezeki Afifah belanja uollzz berdua pulak tau.heehuu.

*Hope we can meet again. Lebiu la uollzz =)*


2 Minggu Lagi

Assalamualaikum

Bila baca tajuk entri aku ni mesti semua org ingat pasai raya ja kn? huhuhu. Actually, dlm masa 2 minggu lg aku bakal resign from my work as a casual worker.lololololo. Kwn bek aku kt ofis tu dh resign & slmt pulang ke kampung halamannya di Taiping, Perak. Aku bakal menyusul ya.hehehe. Walaupun tak lama aku keja kt sana, tp pengalaman yg aku dpt amat berguna.

Hari ni 2 kali aku langgaq almari kt ofis. Haih, tak tau la dok pikiaq pa waktu tgh berjalan tu, dh lebam tgn kiri aku ni.hahaha. Amboi, lari topik dh ni! ngehehe. Lps raya nanti aku dh tak jumpak rakan2 sepejabat, sebak jugak bila pikiaq blk.wuwuwu. Tp dlm masa yg sama aku rasa gumbira sesangat sbb dh nk blk rumahku syurgaku. =D

*Raya pon tinggai 2 minggu ja lg kn? Tak sabaq nk pakai baju kurung baru, semua kain cotton.kikiki.*  

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum

Sedaq tak sedaq dh masuk bln Ramadhan kn? Bln di mana semua umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah berpuasa. Aku masih lg di KL. Next week baru nk blk Kedah ngan Kak Syida.huhu. Sblm ni aku posa kt hostel. Maklum la, dari form 1-3 study kt MRSM Pendang, form 4-5 kt Astech, pehtu 2 taun kt KMPk. Ketiga-tiga tmpt ni aku penah merasa posa kt sana. Tp bila masuk UMT, posa kt umah. Seronok seh...hoho. Bezanya aku posa kt umah sewa Kak Syida, bkn kt umah aku di kampung. Apa2 pon syukur la sbb taun ni pengalaman bln Ramadhan yg aku dpt len cket. Rasanya 1 penghijrahan baru mungkin. Suatu perasaan tenang & damai Allah kurniakan kpd aku. Kalau sblm ni aku asyik rasa gelisah, hati tak tenteram, tp skrg aku lebih kool. Aku percaya semua yg aku rasa ada hikmahnya. Aku sbg insan besa tak tau apa sebenaqnya yg bakal terjadi. Tp Allah mengetahui semua perkara, walaupun rahsia sebesaq zarah. Jd aku rasa di bln yg mulia ni aku patut berubah menjadi yg lebih bek. Semoga perubahan aku ke arah kebaikan, kekal.

*Salam Ramadhan & Slmt Berpuasa. Dekatkan diri ngan Pencipta kita, moga amal ibadat kita diterima olehNya. Amin..* 

Benarkah Semua Anak Bongsu Macam Hampeh?

Assalamualaikum

Anak bongsu selalu dikaitkan ngan ciri2 seperti berikut:
1) Tak independent
2) Manja
3) Mengada
4) Mcm2 lg la

Tp tu dh terlalu common la weh. Rasanya zaman la ni anak bongsu dh tak menunjukkan ciri2 mcm tu. Almost all of them dh berjaya survive sendiri. Dh yg aku beria mempertahankan anak bongsu ni pasepa? The main reason is that aku salah sorg anak bongsu yg wujud kt dunia ni.ngehehe.

Actually aku nk cerita kisah aku kt KL. Family aku selalu rasa aku masih lg budak kecik. Especially Puan Mak la. Dia dok rasa mcm aku kecik lg, padahai dh besaq pon.hoho. Kn aku penah ckp Encik Ayah tak setuju aku juai kuih tradisional sempena raya ni. Dia nk aku p cari rezeki ngan cara len waktu cuti sem ni. Aku paham maksud dia. Encik Ayah nk aku jd independent. Dia tak mau aku terlalu manja sampai tak independent lgsg even aku anak bongsu.

Sbb tu la aku mencari rezeki kt KL. Jauh baru thrill kn.. Dkt2 mana best. Kt KL baru terasa cket perlunya jd independent.kuikuikui. Aku sebenaqnya rasa tercabar ngan keputusan Encik Ayah pasai plan aku yg tak menjadi tu. Aku perlu tinggalkan Kedah utk ke KL sbb cabaran yg besaq ni. Aku tak pikiaq sgt pasai gaji semua. Aku just nk belajaq jd independent.

Start ptg hari Khamis sampai hari Sabtu ni, aku akan p keja sendiri tanpa Kak Syida. Dia outstation, p JB. Tak tau la hari Sabtu ni dia dh sampai blk or pg Ahad baru sampai. So aku pon p la keja naik LRT. *Sblm ni Kak Syida dh buat tutorial nk naik LRT mcm mana.kehkehkeh.* Aku beli brg2 utk masak sendiri, masak utk bekalan lunch sendiri & semuanya sendiri la.hihihi.

Bila aku dh berjaya lalui semua perkara sendiri, rasa mcm bangga pulak. Tak penah rasanya aku begitu independent.haha. Terima kaseh kpd Encik Ayah di atas kata-katanya yg menusuk di kalbuku sehingga aku buat keputusan utk berhijrah sementara ke KL. Kalau tak mesti la ni aku kt rumah lg, terperap ja dlm rumah tu.hehe. Puan Mak yg tak berapa nk setuju ngan Encik Ayah pon terpaksa lepaskan aku p KL.

Jgn risau ye Puan Mak. Cik Pipah dh besaq la. Cik Pipah dh buleh masuk kategori independent pon.agagaga. Nanti Cik Pipah blk raya ngan Kak Syida ok. Terasa menyerlah pulak sisi independent I tau tak.huahuahua. Coi, tak payah nk poyo sgt la Cik Pipah oi... Org len dh lama lalui apa yg aku lalui ni kn? Aku ja yg ketinggalan zaman agaknya.hikhik. Dh 21 taun kt dunia ni baru nk jd independent, apakah? wuwuwu. 

Ni cerita aku, aku watak utama. Suka suki aku la nk bangga ka apa.kahkahkah. Biaq la org len dh lama lalui apa yg aku lalui ni pon, yg penting aku dpt pengalaman independent tu. Lps ni tak dak la aku rasa mcm looser sgt.haha. Sbg salah sorg anak bongsu kt dunia ni, aku rasa aku dh berjaya survive sendiri tanpa harapkan org len. Bangga tak dh.wakakaka.