Annoying

Assalamualaikum

Ok aku terpaksa update belog aku yang tak semegah belog orang lain semata-
mata untuk menghamburkan rasa annoying aku terhadap rakan-rakanku di 
alam maya yang sedang asyik dilamun cinta *Pheww..panjang pulak ayat intro aku.* Tau tak semenjak 2 menjak ni aku malas gila nak on twitter sebab setiap kali aku on mesti sepanjang-panjang alam kat home page tu akan keluaq tweet orang-orang yang hayut di alam percintaan. Mesti uolss semua akan kata aku jeles sebab tak dak boipren kan? Oh dear all, yang tu aku tak nafikan la! Aku tak penah ada special boipren sepanjang hayat aku setakat umur 22 taun ni. Of course la perasaan nak bercinta tu ada but with whom? Nobody propose me *Sadis tak hidup aku? Hahaha.* Tak kesah la aku ada boipren ka tak dak boipren ka, peduli apa? Life goes on babe! 

Yang menjadi masalah pada aku la ni ialah bila setiap kali on twitter asyik keluaq tweet jiwang karat berkarat yang sometimes orang lain rasa "Alahai, sweetnya!" tapi bagi aku tu merupakan sesuatu yang teramatlah annoying tahap petala ke-7 ok! Mula-mula memang la sweet, bila dah setiap hari dok tweet pasai tu ja harus la aku rasa nak maki hamun suruh stop tweet pasai tu. Apa orang lain tak bercintakah? Just uolss yang jadi rakan-rakan di alam mayaku ja yang bercinta, gitu? Kemon la weh, kalau dah taksub sangat ngan pasangan masing-masing, pi menikah cepat-cepat. Tak payah la nak tweet setiap perkataan yang pasangan uolss tu sms, whatsapp or whatever. Show off sangat tau!! *Naik loya tekak aku* Aku rasa ramai lagi yang bercinta tapi kool rileks ja, tak dak pon nak show off bagai.

Dulu kat twitter la tempat untuk aku bersocial secara berleluasanya pun. Tapi la ni aku berat tangan dah nak on twitter. Better aku on fb & cuci mata ngan page online shopping.muahaha. Lagi tenang & menghiburkan rasanya berbanding ngan aku cakap sorang-sorang kat twitter then tetiba keluaq tweet yang annoying. Rasa nak unfollow pon ada jugak. Nanti la aku nak kemaskini twitter aku & unfollow sesapa yang patut. Aku tak perlukan follower yang ramai. Aku ni bukanlah seorang selebriti pon. Cukup la setakat kawan-kawan yang mengenali aku ja yang menjadi follower aku. Berpadananlah ngan prinsip aku iaitu always be a low profile person. Malas la nak kejar populariti & segala macam bentuk kefemesan di dunia ni *Coi, poyo ja tau!*

Kalau dulu ada orang penah kata "FB aku suka hati aku la nak post apa pon!" tapi la ni aku pulak nak kata "Twitter aku suka hati aku la nak rasa apa & nak unfollow sapa pon." Tambah 1 lagi "Belog aku suka hati aku la nak post entry apa pon." 

Sekian.



Shopping

Assalamualaikum

Sem ni aku ada tebiat baru iaitu shopping. Ya ka tebiat baru? Rasanya dari dulu lagi aku suka shopping.hewhew. Well well well....tebiat baru aku ni ialah online shopping.huhuhu. Dah 3 barang aku beli tau. 1st is blouse kiut miut. 2nd is shiseido mask. 3rd & yang terbaru la ni ialah kain english cotton. 40 hengget + 22 hengget + 45 hengget. Total for online shopping 107 hengget. Rasanya dah cukup kot untuk sem ni. Duit keluaq mencurah-curah ke sawah padi haa.kikiki. Yang paling penting aku dapat beli kain english cotton lagi untuk taun ni & kali ni murah 3 hengget berbanding taun-taun lepas. Apa ingat aku shopping tak pikiaq dah ka? Nak shopping pon kena la tengok-tengok harga sama. Even online shopping pon kena jugak survey harga. Jadilah pengguna yang bijak! Kan kan kan... =)

Pretty 50

Assalamualaikum

Hari ni birthday my mom yang tercintanya pun.hehe. Sayangnya aku tak dak kat rumah pulak kan? Kalau tak, buleh buat surprise sikit untuk my mom.huhu. 

Jeng jeng jeng...
The pretty Puan Mariyah. 

Happy 50th birthday to my pretty mom! Anak mak yang comel ni doakan semoga mak dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Amin... *Ok sempat lagi aku nak perasan kan? hahaha.* You're the best & sempoi mom ever.heehuu. I love you..mmuahh100x.

=D

Dettol Natural

Assalamualaikum

Si aku ni berkulit cerah lagi sensitip. Jadi, harus lah memilih mandian yang baik untuk kulit. Dalam pemilihan mandian ni, perlu lah ada unsur-unsur yang memelihara sambil membelai kulit. 1st thing yang terlintas dalam pikiran mesti nak mandian antibakteria. Si aku sayang kulitku, maka harus jauhkan dari bakteria. 2nd thing mesti nak mandian yang melembapkan kulit. Selalunya kalau guna mandian antibakteria, kulit mesti akan kering & gatal-gatal lepas mandi. Maklum lah, sensitip uolss! haha. Tapi tidak bagi Dettol Natural.


Dettol Natural Soothing with Calendula & Chamomile *Image from Google*

Best kot guna dettol ni. Kulit jadi bersih, lembut & lembap. Very suitable lah for those who want antibacterial & miosturising body wash for sensitive skin. Bau pon wangi harum semerbak haa. 1 bilik mandi sampai ke luaq buleh bau kot.hehehe. Give it a try! *Wahh, jadi promoter dettol aku hari ni! kahkahkah.*







Adorable 2

Assalamualaikum

Aku ada 2 orang anak menakan a.k.a. anak buah lah & aku sayang depa berdua ni. Comel je tau.huhu. Both of them are girls. So, kalau bawak pi shopping tu best je tengok baju-baju hok comel lotei. Si kakak, Jannah, dh sambut birthday Disember lepas. Si adik, Qalesya pulak bulan ni. Waktu birthday Jannah aku sempat lah ajak dia buat kek. Of course aku yang buat actually & not her sebab dia tau nak main je adunan kek yang colourful tu.hohoh. Tapi untuk Qalesya, aku tak buleh buat kek sebab sekarang ni aku kat Terengganu. Next month baru balik Kedah. 

 Tadaaaa the birthday girl! Adorable kan budak kecik ni? 

For my adorable niece,

I wish you a happy 2nd birthday. Be a nice girl for your parents ok. Budak kecik ni kuat makan tau & dia sangat lah suka mandi. Pantang sebut perkataan mandi, teroih haa nak bukak baju pi mandi.haha. Nak main air sebenarnya. Semua orang dah masak ngan perangai dia. 

p/s: Aku balik next month, nak suruh kakak aku bawak Jannah ngan Qalesya pi tidoq kat rumah aku.hehe.