Annoying

Assalamualaikum

Ok aku terpaksa update belog aku yang tak semegah belog orang lain semata-
mata untuk menghamburkan rasa annoying aku terhadap rakan-rakanku di 
alam maya yang sedang asyik dilamun cinta *Pheww..panjang pulak ayat intro aku.* Tau tak semenjak 2 menjak ni aku malas gila nak on twitter sebab setiap kali aku on mesti sepanjang-panjang alam kat home page tu akan keluaq tweet orang-orang yang hayut di alam percintaan. Mesti uolss semua akan kata aku jeles sebab tak dak boipren kan? Oh dear all, yang tu aku tak nafikan la! Aku tak penah ada special boipren sepanjang hayat aku setakat umur 22 taun ni. Of course la perasaan nak bercinta tu ada but with whom? Nobody propose me *Sadis tak hidup aku? Hahaha.* Tak kesah la aku ada boipren ka tak dak boipren ka, peduli apa? Life goes on babe! 

Yang menjadi masalah pada aku la ni ialah bila setiap kali on twitter asyik keluaq tweet jiwang karat berkarat yang sometimes orang lain rasa "Alahai, sweetnya!" tapi bagi aku tu merupakan sesuatu yang teramatlah annoying tahap petala ke-7 ok! Mula-mula memang la sweet, bila dah setiap hari dok tweet pasai tu ja harus la aku rasa nak maki hamun suruh stop tweet pasai tu. Apa orang lain tak bercintakah? Just uolss yang jadi rakan-rakan di alam mayaku ja yang bercinta, gitu? Kemon la weh, kalau dah taksub sangat ngan pasangan masing-masing, pi menikah cepat-cepat. Tak payah la nak tweet setiap perkataan yang pasangan uolss tu sms, whatsapp or whatever. Show off sangat tau!! *Naik loya tekak aku* Aku rasa ramai lagi yang bercinta tapi kool rileks ja, tak dak pon nak show off bagai.

Dulu kat twitter la tempat untuk aku bersocial secara berleluasanya pun. Tapi la ni aku berat tangan dah nak on twitter. Better aku on fb & cuci mata ngan page online shopping.muahaha. Lagi tenang & menghiburkan rasanya berbanding ngan aku cakap sorang-sorang kat twitter then tetiba keluaq tweet yang annoying. Rasa nak unfollow pon ada jugak. Nanti la aku nak kemaskini twitter aku & unfollow sesapa yang patut. Aku tak perlukan follower yang ramai. Aku ni bukanlah seorang selebriti pon. Cukup la setakat kawan-kawan yang mengenali aku ja yang menjadi follower aku. Berpadananlah ngan prinsip aku iaitu always be a low profile person. Malas la nak kejar populariti & segala macam bentuk kefemesan di dunia ni *Coi, poyo ja tau!*

Kalau dulu ada orang penah kata "FB aku suka hati aku la nak post apa pon!" tapi la ni aku pulak nak kata "Twitter aku suka hati aku la nak rasa apa & nak unfollow sapa pon." Tambah 1 lagi "Belog aku suka hati aku la nak post entry apa pon." 

Sekian.



3 comments:

  1. ahahaha terbaik. sama la kita. simpan dalam ><

    ReplyDelete
  2. neh la salah satu sebab aku kurg berTwitter...hahahahaa

    ReplyDelete
  3. aku ni jenis kalau annoyed terus unfollow takpun block ja..hahaha.

    ReplyDelete