Selalunya Macam Tu La

Assalamualaikum...

Haa di sini saya ingin menasihati diri saya sendiri supaya tidak menaip entry yang mempunyai part. Bukannya apa, satgi jadi macam entry sebelum ni. Part 1 la sangat...to be continue la sangat...pastu malas dah nak cerita.hahaha. Ok2, lepas ni tak payah la buat entry mcm tu dah kan? Ni ja perkara yang nak disebutkan di sini. K bye.ahaha.

=P

Tak Fikir Orang Lain (Part 1)

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita pasai hostel kat unibersiti aku. Hostel kat sini tak banyak & buleh dikatakan amat sikit. Student 1st year memang semua wajib dok hostel. Pastu student yang lain2 year ada yang dok hostel & ada yang tak. Ceritanya sekarang, student lain2 year kena mohon hostel beramai-ramai. Memang ramai gila la especially taun ni. Menurut pemerhatian aku sebelum ni, selalunya senior especially final year ramai yang dapat hostel kalo theyolss memohon la. Maybe sebab komitmen FYP yang tersangat penting tu membuatkan student2 final year ni perlu lebih dekat ngan unibersiti terchenta ni pun. Ha la, mana ngan nak p jumpak sv tak tentu masa, mana ngan nak p sampling, yang bertafakur kat lab pon ada (student yang buat lab work la tu...hoho). The problem is, this year ramai student final year yang tak dapat hostel. 1 sebab yang paling ketara ialah intake student 1st year taun ni ramai gila bapak la weh. Agak2 la kalo ya pon nak ramaikan student, biaq la berpadanan ngan tempat penginapan tu. Ni tak, blok hostel yang aku dok taun lepas yang dulunya dikenali sebagai blok senior, penuh jugak ngan student 1st year kat aras 5 tu. Selalunya blok tradisi 1st year ja yang akan penuh. Tu pon ada tinggai kosong kat aras 1 untuk student yang buat rayuan. But not this year. Ish..ish..ish..overpopulation btoi! Tak cukup ngan intake baru yang ramai & yang dah memenuhkan blok2 hostel kat sini, 1 lagi problem yang aku perasan dalam intake hostel taun ni. Awat lagi ramai student 2nd year berbanding ngan student final year? Kemon la pihak pengurusan hostel, student2 2nd year yang dulu2 buleh ja beralah ngan student2 final year bab2 hostel ni. Ramai ja yg dok kat luaq sebab tak dapat hostel. Teruskan ja la tradisi final year lagi ramai dok hostel, buat apa nak tukaq pulak? Menyusahkan orang lain ja especially student2 final year yang tak dak transport. Dah la final year, bizi gila ngn FYP, kena dok luaq, tak dak transport pulak tu. Fuhhhh....ok2. Will be continue...  

Red Velvet Secret

Assalamualaikum..

Fuhhhh lama gila aku tak menaip kat blog buruk ni! hohoh. Cenggini, sejak dapat tau secret ada red velvet, aku mengidam tak tentu arah nak try red velvet dia. Feveret kot...huhu. Baru2 ni dapat la sepotong red velvet brand secret.haha.

A slice of red velvet. A present from Pqah. Thanks. :)

Red velvet ni aku dapat sempena birthday aku yang ke-22. Masa dapat red velvet ni birthday aku dah lepas berkurun lamanya.ahaha. Apa2 pon memang nikmat la dapat makan red velvet yang dah lama dicitakan.hohoh. 

Kek dia lebih kurang macam aku buat ja. Dia letak filling apricot kat setiap layer. Aku pulak letak filling blueberry. Aising dia sedap. Aising aku buat dulu kurang sedap.hehe.