Jom Packing Barang...!

Pheww...letih jugak packing brg utk field trip esok. Aku mls nk bwk byk sgt brg. Bknnya nk p bercuti mkn angin pon, tp nk p buat field work.hehe. Destinasi esok ialah Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang, Kelantan. Wallaweyh...3 hari 2 mlm aku kt hutan tu. Tak tau apa nk jd bila dh sampai blk ke UMT Sabtu ni.hihi. Packing mau btoi2 punya. Jgn sampai ada brg yg tertinggal. Habeh kls pukui 1 esok troih blk bilik smyg semua then quickly naik bas. Hopefully everything berjalan ngan lancar.

*ok nk sambung packing brg* =D

Aku Sayang Diri Sendiri

        Aduh! Cenggitu skali tajuk entryku ni.hahaha. Besa la kn, bila dh ditakdirkan tak berapa nk sehat mcm org len, pandai2 la jaga diri sendiri. Dh tu berjauhan pulak drpd famili. Walaupun tak dok kt oversea tp tetap jauh.hehehe. Apa kena ngan Cik Pipah ya? Tetiba nk update mcm ni. Sakit kronikkah dia? Heww...bkn la sakit kronik yg buleh membuatkan org len rasa sgt bersimpati ngan aku. Just penyakit yg besa2 ja, tp amat sukar utk lega. Bila dh agak ok, aku mula la berfoya2 mkn mcm2 makanan yg dilarang. Pehtu bila sakit blk, mula la berpantang sampai seminggu lebih tak mkn nasik.huhuhu.
        Penyakit apakah tu? Simple ja penyakit aku ni. Allergic terhadap seafood & ayam + telurnya.h0h0h. Tp allergic aku ni len mcm sikit. Makanan apa ja yg bersumberkan seafood & ayam + telurnya aku mmg tak buleh sentuh lgsg. Walaupun tak nmpk makanan2 terlarang tu seketoi dpn mata, kununya ramuannya ada dlm kuah, aku still tak buleh mkn ok. Kalau aku mkn jugak mmg padah la aku terima nanti.huhu. Pernah skali doc suspek aku kena SLE sbb waktu tu keadaan aku mmg nmpk membimbangkan. Tp aku mcm tak berapa yakin yg aku kena penyakit tu. Tak dpt terima hakikat la ni.hahaha.
        Then doc tu suruh aku p buat ujian darah. Dh cukup seminggu, result ujian darah aku pon kluaq. Tup2 doc len pulak yg ambik alih. Kata pihak klinik tu, doc yg rawat aku minggu sblmnya dh cuti bersalin. Haish, mcm2 la depa ni. Pehtu doc yg sambung rawat aku ni ckp darah aku normal. Tak dak ciri2 penyakit SLE. Tp dia musykil ngan darah aku sbb apa dia tak tau. So disuruhnya aku oleh doc ni utk p blk ke klinik tu minggu seterusnya. Mslhnya aku dh exam waktu tu. So aku tak p troih. Jd sampai la aku tak tau apa yg doc tu musykilkan ngan darah aku.hehe. 
        Bila allergic aku menyerang, aku akan stop mkn makanan berlauk.Aku akan berpantang selama yg buleh utk memulihkan keadaan aku. Nmpk tak betapa sygnya aku kpd diriku sendiri? Sanggup tak mkn semata-mata nk jaga kesihatan. Aku mkn ubat, sapu ubat, jaga pemakanan, sampai mcm tu skali la aku syg diri sendiri.kikiki. Well, hope allergic aku berkurang la ngan kasih syg yg telah aku curahkan.hahaha. 

*Aku tak mau kena inject lg mcm suatu ketika dulu. Sakit weh.kehkehkeh.*

Kalau Dah Namanya Shopaholic.....

Hah, pasepa pulak ni? Hari ni kn, aku bersama Kecik & Iylia kluaq ke KT. Hajat sbnqnya nk beli brg2 keperluan utk field trip. Tp dlm sekelip mata hajat asal dilupakan dek kerana rambang mata tgk brg2 yg lain.huhu. Aku rasa hari ni aku dh habehkan duit ngan beli brg2 yg tak perlu pon utk field trip.hehe. Rasanya cardigan ngan t-shirt tak diperlukan utk field trip. 2 benda tu lebih kpd pakaian utk ke kls & kluaq berjimba. Aku beli soya kotak ngan sabun mandi ja kot utk field trip.hehe. Stoking comel pon tak perlu rasanya kn? Tp aku rembat jugak.wakakaka. Dlm erti kata lain, sbnqnya dh byk brg yg aku ada utk p field trip. So, apa makna kluaq beli brg2 utk field trip? Maknanya, semua tu alasan semata-mata.kikiki. Aku dh nekad nk beli selipar baru td. Kununnya selipar lama dh haus. Tp naluri kesedaran seorg insan masih wujud dlm diri aku, so cancel la.h0h0h. Then aku nmpk kasut cantik & comfortable, 50% off pulak tu. Aku dh pegang kasut tu siap ckp2 lg.haha. Again, aku kembali sdq bahawasanya aku harus berjimat. So aku letak blk kasut tu. La ni aku menyesal pulak sbb tak beli kasut tu td.kehkehkeh. 1 lg, aku nk beli singlet cun td. Dh peluk warna merah punya. Then Iylia ckp jgn beli dh, semuanya nafsu semata.agagaga. Last place yg kami semua p ialah Kedai Kain Desa Murni. Ana ngan Raihan bwk kami p sana td. Aku dh rambang mata tahap dewa dh dok tgk kain2 yg cantek td. Cotton besa, pure cotton ngan english cotton semuanya cantek & murah. Demi utk buktikan yg aku buleh tahan nafsu aku drpd mengeluarkan duit lg, aku rela lepaskan semua kain cotton yg cantek tu.wuwuwuuu. Walaupun duit aku dh habeh byk hari ni, tp at least tahap keberjayaan aku utk kawal nafsu drpd troih keluarkan duit utk brg2 yg tak perlu adalah pd tahap yg memuaskan.waaiii.... =D

Ha laa...Mmg Aku Manja Pon.

Mengapakah tajuk entry aku mcm ni? Apakah yg telah terjadi kpdku? Siapakah yg telah menge'poke' aku sehingga aku tulis tajuk mcm ni? Perangai hiperbola aku mmg sukar utk dikikis ya. Tak dak apa2 yg gempak pon ngan tajuk entry ni sbnqnya.huhuhu. Actually, today merupakan hari sukan BIOSIS. Secara tak lgsg, aku turut terlibat sbg penyokong tegar team bola tampaq. Pasepa bola tampaq ja? Sbnqnya, ada lg sukan lain yg dipertandingkan sbg cth: futsal, badminton & basketball. Tp, disebabkan aku ngan kwn2 aku join bola tampaq, so aku kena la ada di tmpt kejadian utk menyokong.

Awt jd penyokong ja Cik Pipah oi? Well, pd mlm hari Khamis lps, aku join training skali ngan kwn2 aku semua. Disebabkan aku tak reti nk serve bola tu, aku kena try byk kali. Bila dh byk kali aku try serve, rabak la tgn aku. Dh la aku tak prnh main bola tampaq sblm ni, basic pon tak dak, mmg syok arr...ngehehe. Tgn aku bengkak & lebam disebabkan kejadian training mlm tu. That's why la aku tak dpt main skali ngan kwn2 aku semua hari ni. Tu yg jd penyokong ja.kikiki. Bkn la 1 kerugian kalau aku tak main, sbbnya aku bkn reti main pon.hehehe. Ada lg kwn2 aku yg pandai main.

Team BioD 1'st year (team aku la) menang sekali ngan team Bio 2'nd year. Then kalah 2 kali ngan team BioD 3'rd year & BioD 2'nd year. Apa2 pon kwn2 aku mmg awesome la sbb depa enjoy ja main td. Tak perlu la nk over sgt kn...bknnya main utk MASUM pon.hahaha. Aku respek la kwn2 aku, walaupun training tak lama, tp still buleh menang 1 game. Tudia...aku dok syok cerita pasai depa, pasai tajuk entry aku mcm mana pulak? h0h0h0. Pasepa aku kena ngaku aku manja? Sbbnya, td ada coursemate aku tgk tgn aku yg bengkak & lebam ni, pehtu dia dok berletiaq apa tak tau. Then dia ckp kt aku yg aku ni manja, tak leh kena teruk sikit dh jd mcm ni.

Hari ni kn aku sekadar join utk memberi sokongan, tp muka aku kena sunburn dh rupa mcm aku pulak yg main.huahuahua. Mesti org dok ingat aku main jugak kn? Padahai aku dok kt tepi2 court ja.kehkehkeh. Dari situ aku dok pikiaq blk kata2 coursemate aku td. Mcm ya jugak yg aku ni manja. Baru serve bola time training, dh bengkak & lebam tgn. 1 hal lg, baru jd penyokong kt tepi2 court tu ja, dh kena sunburn mcm aku pulak pemain. Hmm...mungkin ada jugak kebenaran di sebalik kata2 coursemate aku tu. Mula la aku nk buat kesimpulan awai pasai statement coursemate aku td. Bajet dok buat eksperimen ke atas diri sendiri pulak.waaiii.... =D


Field Work Kira Rumput???

Subjek Prinsip Ekologi tak buleh dipandang ringan sbnqnya. Dia punya eksperimen mmg 1 cabaran yg mencabar la aku rasa. 2 minggu lps buleh tahan lg sbb dok test alat2 yg perlu digunakan waktu buat field work utk subjek ni & then ambik bacaan ja. Tp minggu ni mmg terasa seluruh badan ringan2 & otak tak dpt pikiaq ngan jelas kesan drpd pengiraan rumput yg jugak merupakan salah 1 aktiviti field work kt dlm kwsn universiti. Konpem org sekeliling yg lalu lalang kt kwsn kami dok jalankan aktiviti ni pelik tgk kami semua masing2 ada yg bercangkung, bersila, bersimpuh & sebagainya di atas padang rumput sblh kolam berdekatan library ptg kemarin.

Tp depa tak tau betapa sengsaranya kami semua yg dok buat aktiviti kira rumput ni. Sementara nk habeh 4 point, rasa mcm nk ngaku kalah ja. *bajet lwn sukan.haha.* Kt MBU, 2 org kwn segroup ngan aku pasang tali rafia utk buat quadrat. Selain quadrat, kami guna alat2 yg len gak. Then kami bergerak ke kwsn padang rumput yg berdekatan library tu. Kt sana bermulanya aktiviti yg pelik & mencabar. Kami kena cari 4 point yg merupakan centre kpd quadrat kami. Then kt 1 point kami kena kira berapa individu & spesies rumput yg ada kt dlm quadrat tu. Dlm 1 quadrat tu ada 25 petak kecik tau. Bayangkan nk kira berapa individu & spesies rumput dlm 25 petak kecik tu ngan adanya 4 point berbeza.

Habeh 1 point kena p point seterusnya pulak. Kalau ada spesies baru kena masukkan skali dlm pengiraan. Group aku dpt 13 spesies. Jenoh dok teliti rumput yg nmpk mcm sama tp sbnqnya berbeza. Naik juling bijik mata. Selain drpd dok kira rumput, bacaan light intensity & humidity pon kena ambik jugak bg setiap point. Semua org dok merana sambil mengeluh sakan waktu buat aktiviti ni. Yg tukang catat data pening kepala dh siap typo lg.ngehehe. Tukang collect sampel rumput pon pening, muka troih blur. *aku la tu.huahuahua.* Dok kira punya kira, lama2 rasa mcm kena denda ngan cikgu waktu sekolah dulu sbb tak siap homework. Aku rasa ada ja data yg diselewengkan.h0h0. 

Letih weh, dok kira rumput ni semata. Kalah p jungle trekking kt Manong rasanya. *hiperbola btoi.* Dh siap kira rumput ambik sampel semua, kena blk ke MBU utk buat pengecaman spesies rumput pulak. Ya la kn, rumput2 tu pon ada nama jugak, bkn manusia ja ada nama. Justeru kena la berkenalan ngan mereka. Habeh setel semua, kemas2 brg pehtu blk la, tunggu apa lg. Azab seterusnya ialah siapkan report utk eksperimen ni. Aku tgk dh mcm2 formula pengiraan kluaq dlm lab manual. Aku alah sikit ngan nombor, sbb tu tak suka maths dari dulu, kini, & selamanya.kehkehkeh. Nasib baik aku ambik program ni. Tak pyh bljq maths tahap teruk punya. Sama2 la kita siapkan report kali ni ya ahli2 groupku.kikiki.

*pengalaman mengajar kita erti kehidupan (tak dak kaitan pon) lololololo....*


Terharunya...~ ~ ~

Kemarin aku ada berbual-bual ngan Pn.Mariyah di tepon. Katanya jiran lama aku yg aku panggil Mak Su, merangkap mama kpd arwah best pren aku p berkunjung ke umah aku. Mak Su ni ckp dia teringat sgt kt aku sampai semua budak2 pompuan kt tmn perumahan aku dulu tu dia panggil Pipah. Aku rasa Mak Su sbnqnya rindu gila ngan arwah anak dia tu. Aku ngan arwah berkawan sejak kami bayi lg, Pn.Mariyah ngan Mak Su kata. Cumanya waktu kami bayi dulu takdak la kami sedaq yg kami ni dok berkawan.huhu. Aku ngan arwah lebih kurang mcm kembaq gak, tp berbeza parents. Kira kami berdua ni mmg seiras la. Sbb tu la bila Mak Su rindukan arwah, sekali ngan aku dia teringat. Aku paham mcm mana perasaan Mak Su. Dh la arwah anak sulung dia, meninggal pulak waktu darjah 5. Kanak2 lg waktu arwah meninggal tu. Tp nk buat mcm mana, Allah lebih sygkn arwah. Kami yg masih idop ni kena la teruskan kehidupan di samping berdoa semoga roh arwah tenang di sana. Waktu Pn.Mariyah cerita semua tu kt aku, sebak jugak rasa. Tp aku berlagak kool, dgq ja apa yg Pn.Mariyah cerita. Dlm ati aku rasa sgt terharu. Walaupun dh lama aku pindah kluaq dari tmn perumahan tu, tp Mak Su masih ingat aku. Sanggup dia p umah aku semata-mata sbb teringat aku. Pn.Mariyah ckp, bila2 aku blk nanti nk bwk aku p umah Mak Su. Aku sendiri pon dh lama tak jumpak Mak Su. Tp 1 benda ja yg aku risaukan. Aku takot ayaq mata aku bercucuran tak henti2. Aku ni bkn buleh sgt, spesies cpt tacink gak la kalau org dok teriak kt aku. Selalunya Mak Su akan pelok aku erat2 & teriak. Yg tu mmg aku tak buleh tahan. Sekali ngan aku teresak-esak kt tmpt kejadian.

Run...Run...Biorun...!!!

Pg td, aku ngan kwn2 aku join Program Biorun yg dianjurkan oleh kelab akademik kami iaitu Biosis. Program ni sepatutnya ada last week, tp mungkin sbb last week ramai org blk, almaklum la kn cuti sempena hari ulangtahun pertabalan Sultan Terengganu, so tunda la buat this week. Walaupun aku tgk mcm tak semua ahli Biosis yg join, tp kira ramai jugak la. 7.30pg lg kami dh p berkumpul kt Dataran Canseleri. Mula2 of course la kena daftar dulu. Then breakfast roti gardenia ngan ayaq teh O.

Pehtu dgq briefing, stretching ngan senamrobik. Kaum2 adam yg dilepaskan dulu, then baru la kaum2 hawa. Track kaum2 adam tak sama ngan track kaum2 hawa. Standard la kn, mesti depa jauh sikit walaupun seciput ja. Mula2 aku ngan kwn2 aku ni joging, pehtu dh agak lama sikit kami jln ja.hehe. Jln kt tepi pantai paling memenatkan kaki kami. Tenggelam timboi kasut kami semua dok jln atas pasiaq.huhu. Track kt pantai tu jugak la ada org yg cramp kaki. Semestinya kaum hawa, normal la tu.

Bila dh sampai kt garisan penamat, aku tgk org yg dok jaga kt situ tak smgt lgsg. Semua pakat duduk sambil pegang belon yg berwarna-warni. Ada yg dok ambik gmbq. Haihh..makin letih dibuatnya kalau tgk depa tu. Tp aku tak peduli semua tu sbb aku dok nmpk dh van milo.hihi. Aku tarik kwn aku yg dok jln ngan aku ni, teroih p ambik milo. Sdp weh...manis, lemak berkrim, sejuk pulak tu. Suitable gila ngan cuaca yg pns terik masa tu. Habeh secawan, kami p ambik lg secawan. Dh sdp kn, kena minum lebih.hahaha.

Aku ingat nk p rembat lg secawan, tp rasa mcm terlalu mengikut nafsu la pulak.heheh. Masa duduk lepak ramai2 kt bwh pokok ni la buleh tgk muka hg aku ngan lebih jelas. Muka masing2 dh mcm udang bakaq, merah menyala.hahaha. Tanda2 terkena sunburn la tu. Dh siap lepak minum semua, ada majlis penutup pulak. Dpt ganjaran la sapa2 yg menang & bertuah dlm program ni. Yg konpem, aku mmg out of the list la kn...kehkehkeh. Org lari, aku jln. Dh jd program Biowalk dh.

Habeh semua acara utk program ni, seperti besa habuan perot menanti. Kali ni bihun goreng ngan ayaq teh O ais. Yg tak bestnya, ayaq tu kt atas ja sejuk, kt bwh still hot you know. Pehtu ada kwn aku sorg ni bukak penutup bekas ayaq tu. Aku pon cedok la ayaq tu dari atas, dpt sekali ngan ais. Ada pulak sekumpulan senior mungkin, tak tau la taun berapa. Depa kata kt aku mcm ni 'eh, suka hati ko je ambik mcm tu!' Aku buat derk ja. Pehtu aku tgk depa pulak yg ikot cedok ayaq dari atas sbb nk ambik sekali ngan ais.hahahaha. 

Dh ambik ganjaran utk perot semua, blk la kami ke bilik masing2. Aku bukak la polisterin nk mkn bihun td. Tgk2 bihun tu penoh ngan ikan bilis. Alamak, aku dh la alergik ngan seafood! Hampir kesemua makanan yg berasal drpd laut aku tak buleh mkn. Tp sbb aku mls gila nk p turun pulak beli makanan, aku telan jugak la bihun tu. Ikan bilis semua aku letak tepi. Lps ni pandai2 la aku tanggung sendiri kegatalan kulit yg bakal menyerang. Lps mkn aku teroih koma atas katil.lalalalala..

*sdq ja dari koma teroih update.kikiki.*

Keropok, Tangga & Blok Aku

Aku 1'st year student kt UMT. Aku dok kt dlm kampus. Blok Kolej Kediaman ANN ni kira mcm umah aku la. Kt blok aku ni, setiap aras ada keropok ikan segera. Keropok ni dok dlm beg plastik yg digantung kt tangga setiap aras. Mula2, semua org buat tak tau ja kt keropok ni. Semua pakat dok tgk pelik ja kt beg plastik yg berisi keropok ikan segera yg lazat ni.hehe. Pehtu kn, lama2 aku dok tgk keropok ni makin surut tau. Mungkin dlm setiap jam gitu ada 2 yg hilang.

Tp keropok ni hilang bkn sbb dicuri ya. Dia hilang sbb semua org kt blog ni dh sedaq akan kewujudan & kepentingan dia kpd semua.h0h0. La ni ujan panas tak menentu, semua org kt blok ni aku rasa mcm mls2 rajin ja nk p beli makanan. Dgn adanya keropok ni, dpt la mengalas perot sikit sblm melantak nasi or whatever kn...hihi. Aku tak tau la bilik org lain mcm mana, tp ahli2 bilik aku mmg penggemar tegar keropok ni. Sehari buleh dikatakan  4 bungkus jugak la kami dok angkut masok perot.kehkehkeh.

Nk dijadikan cerita, setiap hari Rabu, aku ngan slh sorg rumet aku kls pukui 12tgh hari. Pada suatu pg hari Rabu yg hening, kami berdua rasa lapaq gla. Pehtu aku pon p la berkunjung ke tangga aras aku utk membeli keropok ikan segera ni. Tetiba aku nmpk byknya duit kt dlm beg plastik yg berisi keropok ni. Aku pon p la lg dkt. Tgk2 beg plastik tu dh kosong. Hampeh btoi, time2 aku menderita kelaparan ni la dia habeh pulak. Justeru, aku kembali la ke bilik ngan muka masam. Rumet aku pon dpt agak apa yg dh terjadi.huhu.

Semua org kt blok ni mcm piranha tau tak. Mula2 keropok ni diabaikan, pehtu lama2 tak dan2 dh keropok tu nk posing kt tangga, teroih tak nmpk rupa.hahaha. Dh jd satu perebutan rasanya disebabkan keropok ni. Peminat tegar pon kdg2 tak dan nk beli. Untung la sapa yg empunya keropok ni, seronok tgk keropok habeh, duit byk dlm beg plastik tu. Aku ngan rumet2 aku siap bercadang nk beli sos cili lg. Sedap jugak mkn ngan keropok ni sambil minum kopi O pekat, likat, memikat.kikiki.

*aku dok mkn keropok ikan segera waktu taip semua ni. pg2 lg dh berkunjung ke tangga.* =D

Zaman Sekolah Rendah Dulu =)

Waktu aku sekolah rendah dulu, famili aku menetap kt Taman Warisan, Guar Chempedak, Kedah. Masa tu aku kwn ngan ramai org. Aku ada geng sendiri, tp bila sampai musim sesuatu permainan, geng aku bergabung ngan geng abg aku.huhu. Almaklum la, demi memeriahkan suasana kt tmn perumahan yg ciput tu, kami semua bersatu.h0h0h. Mcm2 permainan kami mainnya. Terhibur hati, rasa mcm tak mau blk umah.hahaha.

Apa yg kami semua prnh main?

1. Kasut roda
2. Skate board
3. Keta control
4. Gasing
5. Badminton
6. Ada lg, tp aku tak ingat la.hehe.

Permainan ni semua bermusim. Kalo sampai musim kasut roda, semua pakat kluaq main kasut roda. Begitu la seterusnya.hihihi. Ada 1 perkara ja yg geng aku tak buat, tp geng abg aku buat. Menatang apa tu? Haha.camping kt pdg bola tmn perumahan kami. Geng abg aku camping 1 mlm ja. Depa tdoq dlm khemah, barbeque, msk teloq dlm tnh, mcm2 la depa buat mlm tu. Disebabkan kami semua bersatu hati, kwn2 aku yg lain pon ada abg yg 1 geng ngan abg aku gak, so, geng aku dijemput utk mkn2 ngan depa.hehehe.

Maknanya, depa msk kami mkn.hahaha. Best gila la weh...!! =D Aku konpem2 la mkn masakan abg aku, buleh mkn byk.ngeee.. Aku kuat mkn kot zaman sekolah rendah dulu, kalah aku mkn zaman kt universiti la ni.kikiki. Dh kenyang, blk la geng2 aku ni ha. Tinggai geng2 abg aku yg nekad camping mlm tu. Kena cekal hati nk camping kt pdg bola tu sbb sblh kiri semua kebun getah yg gelap gelita.ooo... Yg pastinya nyamuk byk siot.

Setiap hari Sabtu sampai Rabu, kami semua p mengaji kt umah ustazah. Program mengaji ni mlm2 ja. Ptg2 lg aku dh p letak beg kt umah ustazah tu. Nk berebut tmpt dpn, buleh mengaji dulu. Lps mengaji buleh la aku dok sembang santai kt blkg.hahahaha. Teruk kn perangai aku dulu2? ngehehe. Join mengaji ni best. Bila sorg dh buleh baca al-Quran, maka akan ada la kenduri kesyukuran di mana makanan yg sedap2 & menggoda terhidang di dpn mata. Astaghfirullah...niat tak btoi dh ni. Haish..apa la aku ni.huhu.

Bila masing2 dh bsq pnjg org kata, pakat malu tersipu2. P open house pon dok lwn senyum ja hg aku.haha. Dh jd anak dara & anak teruna la katakan...sopan la sikit. Tp sejak famili aku dh pindah blk dok kampung, aku dh jarang p taman perumahan tu. Kwn2 yg prnh aku kwn dulu ada yg dh bertunang segala bagai *especially geng abg aku* Seronok bila ingat2 blk zaman sekolah rendah dulu. Hepi go lucky semua org, mcm takdak mslh lgsg.hihi.


*ni la aku ngan abg aku zaman sekolah rendah dulu. amacam, setail dak aku? hahaha. budak hingusan lg waktu tu. la ni dh sedikit ayu mungkin.huahuahua.*
   

Hoorayyy...For The 2nd Field Trip!!!

Berdiri dari kiri: Hawa, Syu, Kecik, Jeff, Iylia & aku.
Duduk: Andy.

      Time ni kami semua baru blk dari field trip. Panas siot time buat field trip tu. Tp ok la sbb semua org hepi.hehe. Tgn & muka aku dh kena sunburn ok! Perlukan masa utk pulih nmpknya.hihi. *over ja lebih, tak teruk mana pon* I'm waiting for the next field trip uollzz...huhu.

OMG, Disaster Gila Hari Ni!!

Hari ni pakaian yg aku pakai lgsg tak match drpd bwh sampai ke atas. Kasut warna coklat cerah, baju kurung warna biru gelap & tudung warna pink merah2 lembut. Pastu kls prinsip ekologi pulak tetiba ada kuiz tak diundang. Aku tak tau menatang apa yg aku jwb td. Dh la 10 markah kot, mcm hampeh ja.huhu. Kluaq ja dari kls tu aku perasan 1 benda yg tak kena ngan aku. Rasa lain mcm sgt. Rupa-rupanya tapak kasut aku hampir tercabut. Haihh..mmg mengundang la kn. 

      Pastu aku ajak la coursemate aku 2 org p teman aku beli gam kasut kt kedai di Kompleks Siswa. Dh sampai kt tmpt berkenaan, gam tu pulak habeh...aku rasa mcm nk menjerit kuat2 ja time tu.huh.. Nasib baik la kt Kompleks Siswa tu ada kedai kasut. Aku segera masuk ke kedai kasut tu ngan harapan jumpak la kasut mana2 yg kira ok la utk dijadikan pengganti kasut aku yg rabak ni.hihi. Misi mencari kasut pon bermula. 

   
       Akhirnya dpt la sandal yg tak seberapa ni =) Lega rasa time tu. Aku bersyukur sbb ada kedai kasut kt Kompleks Siswa tu. Kalau tak mmg teriak la aku nk jln jauh lg p kls seterusnya ngan kasut lama yg dh rabak tu. Thanks to both of my friends sbb sudi tolong aku dikala waktu susah.huhuhu. *serius aku terharu ni* Mmg aku rasa hari ni la hari yg paling disaster utk aku sejak aku blk ke UMT dlm sem ni. Melayang la duit aku hari ni sbb insiden yg tak dijangka.hehe. 

Kesegaran Bau Lab Mikrobiologi

Hai3...today aku masok lab mikrobiologi for the 1'st time dlm sem ni. Apa yg menarik deria bau aku ialah bau lab tu sendiri. Seolah-olah mcm aku ada kt klinik or farmasi gitu. Fresh gla...huhuhu. Tp yg tak menariknya, aku & kwn2 kena deal ngan mikrob2 sekalian iaitu bakteria segala bagai.h0h0. Kt dlm lab tu mungkin rasa slmt sbb mcm antibakteria gla tmpt tu. Tp once bila dh kluaq dari lab tu, rasa mcm diancam oleh sekumpulan mikrob.hahaha. *maaf, sedikit hiperbola di sini.* Sblm nk start eksperimen kena cuci tgn ngan dettol dulu. Dh abeh eksperimen pon kena cuci lg skali. Precaution uollzz..takot bakteria dari dlm lab tu tersebar melalui tgn. Pheww..nasib baik 1'st eksperimen ni mcm tak berat sgt. Buleh la dok buat belagak mcm dh terer kununya.hehe. Aku takot next2 punya eksperimen buleh buat aku jd blur kt tmpt kejadian.haha. Almaklum la, aku ni mmg spesies yg blur2 sikit =D Bila dh sampai blur aku, tau la kwn2 aku nanti. Depa tanya apa pon aku dh tak hirau. Lebih kurang mcm "aku tak tau apa yg ampa tanya. aku tak dpt tangkap lecturer tu ckp apa." Padahai dh berbuih mulut lecturer tu dok terang step by step mcm mana nk buat. Aku ja yg blur tahap petala ketujuh.kikikiki. Kesian la sapa yg dok semeja ngan aku kt lab.hihihi. Justeru, sblm masok lab better aku prepare siap2 ya. Hari ni mungkin ok lg. Hari len mcm mana pulak? hehe.

*lab mikrobiologi tu bau segar sbb dettol. aku sgt gemar bau dettol yg original punya especially antiseptik dia. 1 lg, aku sgt gemar bau ubat.hehe.*

Dilema White Eve

Ada sorg kwn aku ni, nama dia Hawa Puteh a.k.a. White Eve. Kami semua 1 program kena isi borg mklmt peribadi utk subjek mikrobiologi asas yg kami semua ambik sem ni. Si Hawa ni isi punya isi, tetiba sampai la kt ruangan prinsip idop & motto idop. Dia dh blur tak tau nk tulis apa kt ruangan ni. Mula la tanya org sana, tanya org sini. Haish..aku pon mengalami mslh yg sama mcm dia tp tak la sekronik dia aku rasa.huhu. Last2 dia tibai ja  tulis apa pon kt ruangan keramat ni.h0h0. Dia dok tanya kami yg sekeliling dia pasai motto idop. Kwn aku si Kecik (bkn nama sbnq) kata, motor kalau nk idop kena start dulu.hahahaha. Hampeh punya kwn. Dok buat loyar burok buleh. Adeh, mcm2 la pensyarah ni! Nk biodata segala bagai, aku dh la tak suka menatang biodata semua ni, serabut otak rasa.hehe. Kwn2 aku pon meluat rasanya ngan benda2 ni. Tp terpaksa la isi jugak, nanti tak pasai2 kena panggil ngan pensyarah tu sbb tak isi borg keramat berkenaan.kikiki. Apa2 pon semua dh settle. Lantak la ngan prinsip idop & motto idop tu, rasanya aku & kwn2 aku mcm ikot arus ja.wakakakaka. Nmpk sgt la idop kami semua ni tak berprinsip & tak bermotto kn..kehkehkeh. Yg penting kami semua dh jalankan tanggungjawab mengisi borg tu. So White Eve, hg sama ja ngan aku & Kecik (bkn nama sbnq). Kita masing2 blur kt ruangan yg sama.huahuahuahua.

Adakah Aku Perlu Masuk Campur?

Td Pn.Mariyah tepon aku. Saja sembang2 nk lepaskan rindu.huhu.  Sembang punya sembang, tetiba terlintas kt pala otak aku ni nk tanya pasai kak aku yg sorg ni. Sblm ni dgq cerita kata kalau ada sapa2 yg nk jadikan dia calon isteri, dia nk ja sbb dh tak larat idop sorg2.haha. Tp td Pn.Mariyah ckp, dia dh tak sebut pasai tu langsung. Adakah kak aku yg sorg ni mmg tak mau kawen? Haish, dh lama sgt kot kak aku ni dok sorg2. Pastu Pn.Mariyah buleh pulak tanya aku samada aku dh jumpak calon utk kak aku ni ataupun blom. Haih, tak kn aku sekali kena masuk campur dlm misi pencarian jodoh utk kak aku ni? Tak reti la nk merisik khabar segala bagai ni.h0h0. Susah jugak nk cari calon utk kak aku ni sbnqnya. Dia nk org yg ada degree/master/phd *mungkin*. Pastu mesti la berkerjaya. Tobat la aku yg tak berpengalaman ni tak tau apa2.hahaha. Takpa la kak, ada jodoh nanti kawen la na. Tak pyh dok risau sgt.hehe. Adikmu ni sentiasa berdoa semoga kak kawen jugak suatu hari nanti =)

*kak aku ni cantek, bknya tak cantek. cuma jodoh tu sampai lmbt sikit*

Blog Baru Uollzz...!! =D

Aku tgk blog lama aku mcm semak bt serabai ja, so terpaksa buat blog baru.h0h0h0. Jd kpd kawan-kawanku yg follow blog aku sblm ni, sila maklum yg aku dh tak berkerjaya kt blog lama tu.hehe. Nk ubah citarasa, alih hangin sikit. Blog lama aku kn mcm tak berapa nk matang gitu, tak sesuai la ngan aku yg dh 20an ni.huhuhu. Dan utk pengetahuan, aku mmg dh poyo bab2 matang tak matang la ni.hahaha. Kununya dh semakin meningkat dewasa la kn..puiii.. Apa2 pon, welcome to this new blog! =D