Zaman Sekolah Rendah Dulu =)

Waktu aku sekolah rendah dulu, famili aku menetap kt Taman Warisan, Guar Chempedak, Kedah. Masa tu aku kwn ngan ramai org. Aku ada geng sendiri, tp bila sampai musim sesuatu permainan, geng aku bergabung ngan geng abg aku.huhu. Almaklum la, demi memeriahkan suasana kt tmn perumahan yg ciput tu, kami semua bersatu.h0h0h. Mcm2 permainan kami mainnya. Terhibur hati, rasa mcm tak mau blk umah.hahaha.

Apa yg kami semua prnh main?

1. Kasut roda
2. Skate board
3. Keta control
4. Gasing
5. Badminton
6. Ada lg, tp aku tak ingat la.hehe.

Permainan ni semua bermusim. Kalo sampai musim kasut roda, semua pakat kluaq main kasut roda. Begitu la seterusnya.hihihi. Ada 1 perkara ja yg geng aku tak buat, tp geng abg aku buat. Menatang apa tu? Haha.camping kt pdg bola tmn perumahan kami. Geng abg aku camping 1 mlm ja. Depa tdoq dlm khemah, barbeque, msk teloq dlm tnh, mcm2 la depa buat mlm tu. Disebabkan kami semua bersatu hati, kwn2 aku yg lain pon ada abg yg 1 geng ngan abg aku gak, so, geng aku dijemput utk mkn2 ngan depa.hehehe.

Maknanya, depa msk kami mkn.hahaha. Best gila la weh...!! =D Aku konpem2 la mkn masakan abg aku, buleh mkn byk.ngeee.. Aku kuat mkn kot zaman sekolah rendah dulu, kalah aku mkn zaman kt universiti la ni.kikiki. Dh kenyang, blk la geng2 aku ni ha. Tinggai geng2 abg aku yg nekad camping mlm tu. Kena cekal hati nk camping kt pdg bola tu sbb sblh kiri semua kebun getah yg gelap gelita.ooo... Yg pastinya nyamuk byk siot.

Setiap hari Sabtu sampai Rabu, kami semua p mengaji kt umah ustazah. Program mengaji ni mlm2 ja. Ptg2 lg aku dh p letak beg kt umah ustazah tu. Nk berebut tmpt dpn, buleh mengaji dulu. Lps mengaji buleh la aku dok sembang santai kt blkg.hahahaha. Teruk kn perangai aku dulu2? ngehehe. Join mengaji ni best. Bila sorg dh buleh baca al-Quran, maka akan ada la kenduri kesyukuran di mana makanan yg sedap2 & menggoda terhidang di dpn mata. Astaghfirullah...niat tak btoi dh ni. Haish..apa la aku ni.huhu.

Bila masing2 dh bsq pnjg org kata, pakat malu tersipu2. P open house pon dok lwn senyum ja hg aku.haha. Dh jd anak dara & anak teruna la katakan...sopan la sikit. Tp sejak famili aku dh pindah blk dok kampung, aku dh jarang p taman perumahan tu. Kwn2 yg prnh aku kwn dulu ada yg dh bertunang segala bagai *especially geng abg aku* Seronok bila ingat2 blk zaman sekolah rendah dulu. Hepi go lucky semua org, mcm takdak mslh lgsg.hihi.


*ni la aku ngan abg aku zaman sekolah rendah dulu. amacam, setail dak aku? hahaha. budak hingusan lg waktu tu. la ni dh sedikit ayu mungkin.huahuahua.*
   

3 comments:

  1. nice blog :)
    jom jamu mata dengan design kad2 yang cantik++boleh tmbah kenalan :)
    http://www.facebook.com/profile.php?id=100003470518425

    ReplyDelete
  2. rambut "M" bak hang....ahahahahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik2 dlu mmg ak rmbut M.kahkahkah.

      Delete