Run...Run...Biorun...!!!

Pg td, aku ngan kwn2 aku join Program Biorun yg dianjurkan oleh kelab akademik kami iaitu Biosis. Program ni sepatutnya ada last week, tp mungkin sbb last week ramai org blk, almaklum la kn cuti sempena hari ulangtahun pertabalan Sultan Terengganu, so tunda la buat this week. Walaupun aku tgk mcm tak semua ahli Biosis yg join, tp kira ramai jugak la. 7.30pg lg kami dh p berkumpul kt Dataran Canseleri. Mula2 of course la kena daftar dulu. Then breakfast roti gardenia ngan ayaq teh O.

Pehtu dgq briefing, stretching ngan senamrobik. Kaum2 adam yg dilepaskan dulu, then baru la kaum2 hawa. Track kaum2 adam tak sama ngan track kaum2 hawa. Standard la kn, mesti depa jauh sikit walaupun seciput ja. Mula2 aku ngan kwn2 aku ni joging, pehtu dh agak lama sikit kami jln ja.hehe. Jln kt tepi pantai paling memenatkan kaki kami. Tenggelam timboi kasut kami semua dok jln atas pasiaq.huhu. Track kt pantai tu jugak la ada org yg cramp kaki. Semestinya kaum hawa, normal la tu.

Bila dh sampai kt garisan penamat, aku tgk org yg dok jaga kt situ tak smgt lgsg. Semua pakat duduk sambil pegang belon yg berwarna-warni. Ada yg dok ambik gmbq. Haihh..makin letih dibuatnya kalau tgk depa tu. Tp aku tak peduli semua tu sbb aku dok nmpk dh van milo.hihi. Aku tarik kwn aku yg dok jln ngan aku ni, teroih p ambik milo. Sdp weh...manis, lemak berkrim, sejuk pulak tu. Suitable gila ngan cuaca yg pns terik masa tu. Habeh secawan, kami p ambik lg secawan. Dh sdp kn, kena minum lebih.hahaha.

Aku ingat nk p rembat lg secawan, tp rasa mcm terlalu mengikut nafsu la pulak.heheh. Masa duduk lepak ramai2 kt bwh pokok ni la buleh tgk muka hg aku ngan lebih jelas. Muka masing2 dh mcm udang bakaq, merah menyala.hahaha. Tanda2 terkena sunburn la tu. Dh siap lepak minum semua, ada majlis penutup pulak. Dpt ganjaran la sapa2 yg menang & bertuah dlm program ni. Yg konpem, aku mmg out of the list la kn...kehkehkeh. Org lari, aku jln. Dh jd program Biowalk dh.

Habeh semua acara utk program ni, seperti besa habuan perot menanti. Kali ni bihun goreng ngan ayaq teh O ais. Yg tak bestnya, ayaq tu kt atas ja sejuk, kt bwh still hot you know. Pehtu ada kwn aku sorg ni bukak penutup bekas ayaq tu. Aku pon cedok la ayaq tu dari atas, dpt sekali ngan ais. Ada pulak sekumpulan senior mungkin, tak tau la taun berapa. Depa kata kt aku mcm ni 'eh, suka hati ko je ambik mcm tu!' Aku buat derk ja. Pehtu aku tgk depa pulak yg ikot cedok ayaq dari atas sbb nk ambik sekali ngan ais.hahahaha. 

Dh ambik ganjaran utk perot semua, blk la kami ke bilik masing2. Aku bukak la polisterin nk mkn bihun td. Tgk2 bihun tu penoh ngan ikan bilis. Alamak, aku dh la alergik ngan seafood! Hampir kesemua makanan yg berasal drpd laut aku tak buleh mkn. Tp sbb aku mls gila nk p turun pulak beli makanan, aku telan jugak la bihun tu. Ikan bilis semua aku letak tepi. Lps ni pandai2 la aku tanggung sendiri kegatalan kulit yg bakal menyerang. Lps mkn aku teroih koma atas katil.lalalalala..

*sdq ja dari koma teroih update.kikiki.*

No comments:

Post a Comment