Semester 4 & Cuti Midsem

Assalamualaikum

Aku tak tau nak letak tajuk apa so belasah je la letak tajuk ni.hehehe. Sem ni cuti midsem rasa macam tak cuti sangat pada mulanya lah. Lab report biochem, study untuk test biochem & PSB, esemen PSB. Dalam cuti seminggu ja nak buat semua keja ni. Aku rasa cutiku tak berkualiti langsung. Sampai di rumah ngan muka tak berperasaan *Leh bayang tak ekspresi muka aku yang macam drama queen tu? hohoho.* 

Actually kan, beberapa jam lepas aku sampai di rumah, kak aku ngan anak-anaknya pon sampai. Then aku keluaq ngan theyolss ke kedai menjual barang-barang membuat kek & biskut.hewhew. Setelah aku shopping kat sana ngan penuh keseronokkan, ni lah hasilnya....

1st time buat apam polkadot camni la rupanya.hikhik. Tak sempat dah nak buang apam dari cawan lompang. Lepas angkat dari periuk kukus terus ambik gambaq. Eksaited kemain aku ngan apam ni.heehuu.

Hari 1st aku kat rumah memang tak sentuh keja langsung.hihi. Hari 2nd baru aku start buat keja. Aku mula ngan ambik gambaq bendang belakang rumah aku. Gambaq ni untuk buat esemen PSB. Alang-alang aku dah lepak kat bendang kan, jadi aku pon ambik masa merenung masa depan sat. Memang dah jadi tebiat aku pon dok merenung masa depan bagai ni.ahaha.

Duduk lepak atas titi yang almost nak roboh ni. Sungai ni agak dalam, naseb baik tak jatuh kan..hahaha.

Hari 3rd kat rumah, dah setel separuh esemen PSB, aku start baca sekali lalu nota biochem chapter carbohydrate 1. 2 hari aku baca chapter ni then aku stop camtu ja. Pastu terus aku tak buat keja lain dah. Sisi jahat dalam diri aku lebih menonjol berbanding sisi baik. Dok kat rumah pulak kan..lagi la kronik jadinya.huhu. Aku beronok-ronok ngan running man, tgk tibi, bazir umur ngan tidoq melebih-lebih.phewww...tu semua nikmat! agagagaga. Hari last aku kat rumah, sekali lagi aku buat apam polkadot.






Semua apam ni aku angkut bawak balik Terengganu. Sebab buat banyak, aku tinggai la sikit khazanah apam polkadot aku kat rumah.hehehe. Ni lah air tangan aku di musim cuti midsem semester 4. Selalunya aku buat kek ja. Kali ni lain sikit. Mak ayah aku pon hepi dapat makan apam ni. Tengok pon dah rasa *Alahai comelnya... Katanya mak & ayah aku.kahkahkah.* Banyak pulak posing si apam 2nd time buat ni. 

Apa-apa pon, aku dedikasikan apam polkadot ni kepada dalingku berempat & rumetku kat UMT cita warisan ni hah. Pulanglah segera uolss! wuwuwu.

The end cerita cuti midsem semester 4 aku. Now, aku nak setelkan semut-semut yang menginap kat meja study aku sepanjang seminggu aku bercuti kat rumah. Daaaa....

2 comments:

  1. apam polka dot lagi.. feveret ka cemana? hehe

    ReplyDelete