Pertembungan Manusia Dengan Biawak

Assalamualaikum

First of all, rugi aku tak dapat ambik gambar biawak yang aku nampak kat jalan biawak hari ni. Sebab apa rugi? Sebabnya, biawak tu besar gila. Mungkin orang lain dah penah bertembung ngan biawak super besar tu sebelum ni. Tapi hari ni aku baru pertama kali bertembung ngan biawak yang besar gila tu pon.pheww. Actually, dah dua kali aku bertembung ngan biawak besar kat jalan biawak tu. Tapi first time mak & bapak biawak ja kot. Besar weh, terkejut jugak la kan bila tengah khusyuk jalan tetiba tersangkut dalam situasi mendebarkan ni.huhu. Dua ekor pulak tu. Satu buat aksi malas layan orang ramai yang dok jerit bila bertembung ngan depa. Satu lagi tunjuk lagak macam bagi warning pon ada ngan mulut berdarah pastu dok bunyi2 lagi. Haishh..menyeramkan tau tak! Aku rasa yang mulut berdarah tu mesti baru lepas makan. Dia punya sound effect tak buleh blah. 

Kali kedua iaitu hari ni aku bertembung lagi ngan biawak besar. Super besar la & aku tak tau ni tok nek or tok wan or moyang biawak.hoho. Aku dalam perjalanan balik ke bilik sebab tertinggal lab coat. Masa tu kawan2 aku yang lain dah masuk lab pon. No choice la kan, dah tertinggal lab coat kena la balik ambik. Jalan paling dekat ngan lab aku ni ialah tak lain tak bukan jalan biawak. So, ngan tak dak syak wasangkanya aku pon balik la ikut jalan ni. Aku termasuk dalam golongan minoriti yang ikut jalan tu untuk balik ke hostel. Golongan majoritinya pulak ikut jalan tu untuk pi kelas. Dah suku jalan hampir separuh jugak la, aku dengar orang dok jerit2 & ramai pulak manusia kat situ. Dalam hati aku "Ni mesti ada biawak." Sekali bila dah sampai kat manusia yang dok jerit2 tu, rupanya betoi ada biawak. Biawak tu block jalan tau tak. Sumpah besar gila. Dah tu dia dok bunyi2 pulak sambil libas2 ekor. Kecut perut weh!

Jangan dok buat main2, biawak lari laju kot. Masa aku lalu kat tempat tu, muka biawak tu facing muka aku. Aku lalu sambil tarik nafas dalam2 & berdoa supaya dia tak lari ke arah aku & terkam aku *Maaf, drama pulak kan? Hihi.* Memang kena lalu atas pasir masa tu sebab biawak tu totally block jalan tu. Buleh bayang tak besar tak besar biawak yang aku jumpak tadi? Ada la beberapa orang budak laki sempat ambik gambar biawak tu. Pastu budak2 pompuan yang lalu semua menjerit. Bangga jugak la aku tak menjerit sebab aku memang tak suka sangat jerit2 ni even dalam situasi yang mencemaskan ngan biawak super besar tadi.hehe. Bukan apa, takut biawak tu terkejut ka apa kang tak pasai2 dia kejar semua orang baru tau. Aku tak tau la tahap pendengaran biawak ni macam mana. Tapi kalau biawak komodo dia tak buleh dengar suara yang bernada rendah or jeritan yang bernada tinggi.

Rasanya biawak kat sini bukanlah spesies biawak komodo tu tapi biawak kat sini besar dia extreme la. Mentally traumatized aku ngan biawak ni.adoyai. Ehh dah macam panjang lebar pulak aku cerita pasai biawak kat sini kan? Uolss tau kah kat sini tu kat mana? Ni nak habaq mai sikit, kat sini tu kat UMT lah ye. Kat UMT ada jalan biawak. Sebab orang panggil jalan biawak tu sebab macam yang aku cerita ni lah. Biawak melintas & block sesuka hati kat jalan ni. Tak buleh nak salahkan dia jugak sebab dah habitat dia kat situ, nak buat macam mana. Ni lah uniknya UMT tau. We're very close to nature. Paya bakau pon ada kat dalam UMT. Uolss2 yang tak penah tengok biawak besar ala2 biawak komodo buleh la buat lawatan 3 hari 2 malam kat UMT. Ada rezeki dapat la tengok mak bapak tok nek tok wan moyang biawak kat sini.hewhewhew.

Memandangkan aku tak dapat nak ambik gambar biawak super besar tadi atas sebab2 yang munasabah, aku letak la gambar biawak komodo ni yang aku ambik dari gugel imej. Seolah-olah bertembung ngan biawak komodo ni lah bila bertembung ngan biawak kat jalan biawak tadi. 

Ni mungkin kat Indonesia as all of us know that this komodo dragon can be found in Indonesia. Somewhere kat pulau apa entah aku pon tak ingat dah.

Ingat orang kat sana ja ka yang ada pertembungan ngan biawak besar2? Kat UMT pon ada tau pertembungan ni. Cumanya bukanlah biawak komodo yang macam kat sana tu, tapi still besar jugak ok sampai orang tak buleh lalu jalan tu sebab diblock oleh si biawak. Ni lah cerita pertembungan manusia ngan biawak. Sekali lagi aku rasa rugi tak dapat ambik gambar biawak besar tadi.wuwuwu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment