This Can Be A Big Issue

Assalamualaikum

Here's a big issue nowadays in Malaysia for every girl around my age who doesn't have someone special in their life yet (lover la). Tahukah kamu2 semua bahawa sekarang ni zaman orang kawen muda? Aku dah ada banyak sangat bukti orang zaman sekarang kawen muda. Hanya melalui fb dapat tau sapa yang bertunang, sapa yang kawen. Ni dah jadi isu besar sebesar alam bagi gadis2 yang dalam lingkungan usia aku yang tak dak pasangan lagi ok! Mana tak jadi isunya, kawan2 sendiri jugak yang bertunang, kawen semua. Paling cikai pon dah berpunya lah senang cerita kalau ya pon tak bertunang or kawen lagi. Merisaukan bila most of our friends dah ada pasangan but we ourselves have nobody yet. 

Sebagai contohnya aku sendiri la. Kawan2 sekolah rendah, MRSM, sekolah teknik, KMPk, UMT, most of them dah berpunya & ada diantara mereka dah bertunang & dah berkahwin pon. Tapi aku, still single mingle jingle & macam ni lah, membujang! Mungkin ada sesetengah orang akan cakap "Chill la, muda sesangat lagi. Buat apa dok fikir masalah tu semua? Study dulu pandai2 then nak fikir setiap hari pon tak pa." Jenis aku la kan, memang akan chill lepas dengar orang cakap camtu. Tapi chill sat ja kot. Pastu akan teringat balik masalah kehidupan ni. Aku ada orang terdekat yang tak kawen2 lagi tau. Bukannya hodoh, cantik ja. Pandai masak, skill2 lain pon ada. Tapi why she end up tak kawen lagi?

Penah sekali lecturer aku cakap camni dalam kuliah "Girls, you better find your partner before you finish your degree or else sampai ke tua la tak kawen!" Gulp3!!! Gila kau kalau betoi la hypothesis lecturer tu, tak ka kesian hidup aku.wuwuwu. Even my mother pon penah suruh aku cari pasangan before habeh degree tau. Katanya senang, nanti elok dah habeh ja buleh kawen teros. See, how am i gonna do with this problem? Bila aku cakap kat mak aku yang aku malas nak cari, dia bebel kat aku. Then, aku pon cakap la dah ada kawan, tapi kawan ja tak bercinta pon. Pastu mak aku diam & angguk ja sambil buat muka tak yakin dia kat aku.huhu. Aku nak buat apa lagi kalau orang yang aku dok kawan ni tak mau serius ngan aku.

Tak kan aku nak terhegeh-hegeh jadi perigi cari timba pulak kot. Orang tu sendiri yang cakap dia tak mau ambik port lagi ngan hal2 macam ni, aku pon terpaksa la akur. Aku memang malas dah nak paksa2 orang. Let him be like that for now. Bukan aku sorang ja yang still membujang sekarang ni. Ada lagi beberapa orang kawan2 aku yang senasib ngan aku. Kadang2 kami bukak port dok cerita pasai masalah ni. Hanya kawan2 yang senasib yang memahami situasi kerisauan yang melanda tau. Aku harap bila dah habeh degree nanti kawen lah kami semua yang tak berpunya ni. Tak segera lepas habeh degree pon, bila masing2 dah keja nanti kawen lah na. Aminnnn.

Sekian.

No comments:

Post a Comment