Boleh Tak Kalau Nak Kawan Dengan Playboy?

Assalamualaikum

Haa hambek! Aku siap letak logo playboy lagi.

Apa kena dengan Cik Pipah ni? Tetiba pulak nak kawan dengan playboy bagai. Masuk air kah? Begini, rasanya dah banyak kali aku dengan sorang kawan aku berdiskusi mengenai lelaki. Almaklum lah masing-masing got no balak kan.. So kengkadang tu teringin la jugak nak ada someone spesial ni. Umur makin meningkat bukan makin menurun tapi still jugak tak ada sesapa yang teros melekat di sisi daku ini.hukhukhuk. So, apa yang aku dengan kawan aku diskus kat sini ialah berkawan dengan playboy. Apa kaitan playboy dengan tak ada balak? 

Haaa ini yang menarik nak cerita. Playboy kalau translate dalam bahasa melayu budak lelaki main *english ke malay kan memang selalu terbalik*. Dalam erti kata lain yang senang untuk kami berdua fahami ialah lelaki yang buat perempuan macam barang mainan dia *bunyi agak kasar & scary tapi benar ye*. Aku cakap kat kawan aku yang aku nak kawan dengan playboy sebab:

1. Apa-apa hal pon yang terjadi aku dah tak payah salahkan playboy sebab dah tau dia memang playboy.
2. Mungkin aku dah tak payah makan hati walaupon dengan berapa ratus orang gadis yang playboy dating sebab dah nama pon playboy.
3. Setiap hari aku akan dapat kasih sayang daripada playboy sebab playboy tak akan lupa gadis-gadis yang dia penah ada *kalau lupa kang dah tak boleh tukar-tukar orang bila nak kuar dating*.
4. Mungkin aku akan sedar diri & faham yang aku ni just untuk dipergunakan & maka dengan itu aku tak perasan lebih walaupon dapat flying kiss & dipanggil dengan panggilan baby, sayang, darling, manja or whatever setiap hari.
5. Aku mungkin akan sedar bahawasanya tak semestinya aku akan berjodoh dengan lelaki yang berkapel dengan aku sebab jodoh tu rahsia tuhan.

Dengan semua sebab ni maka aku pon lantas bertekad untuk berkawan dengan playboy. Tapi yang sebenarnya aku tak mau pon, saja ja cakap waktu tu oleh sebab dah sangap nak berbalak.hahaha. Apa-apa pon hidup ni perlu diteruskan sama ada suka atau tak. Bagi mereka yang belum berpunya, dah berjanggut tunggu tapi still lagi single mingle, don't worry. Alihkan perhatian anda kepada perkara yang lebih penting seperti kerjaya kerana itu lebih menjamin masa depan yang terang-benderang *tak payah nak bergantung dengan orang*. Bagi yang masih belajar, fokus kepada pelajaran. Dengan adanya pelajaran lah anda dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. InsyaAllah suatu hari nanti anda akan bertemu dengan seseorang yang tepat untuk anda.

Adakah dia ni playboy? Hurmm i don't think so. Kalau btoi pon boleh jadi jugak ni *ampun abangku, pinjam sat gambar hang buat jadi model kat sini*.


p/s: Tolong la jangan berfikiran gila macam aku. Ni semua gara-gara stress nak exam. Mula la mengarut sana sini.huhuhu.



No comments:

Post a Comment