Benarkah Semua Anak Bongsu Macam Hampeh?

Assalamualaikum

Anak bongsu selalu dikaitkan ngan ciri2 seperti berikut:
1) Tak independent
2) Manja
3) Mengada
4) Mcm2 lg la

Tp tu dh terlalu common la weh. Rasanya zaman la ni anak bongsu dh tak menunjukkan ciri2 mcm tu. Almost all of them dh berjaya survive sendiri. Dh yg aku beria mempertahankan anak bongsu ni pasepa? The main reason is that aku salah sorg anak bongsu yg wujud kt dunia ni.ngehehe.

Actually aku nk cerita kisah aku kt KL. Family aku selalu rasa aku masih lg budak kecik. Especially Puan Mak la. Dia dok rasa mcm aku kecik lg, padahai dh besaq pon.hoho. Kn aku penah ckp Encik Ayah tak setuju aku juai kuih tradisional sempena raya ni. Dia nk aku p cari rezeki ngan cara len waktu cuti sem ni. Aku paham maksud dia. Encik Ayah nk aku jd independent. Dia tak mau aku terlalu manja sampai tak independent lgsg even aku anak bongsu.

Sbb tu la aku mencari rezeki kt KL. Jauh baru thrill kn.. Dkt2 mana best. Kt KL baru terasa cket perlunya jd independent.kuikuikui. Aku sebenaqnya rasa tercabar ngan keputusan Encik Ayah pasai plan aku yg tak menjadi tu. Aku perlu tinggalkan Kedah utk ke KL sbb cabaran yg besaq ni. Aku tak pikiaq sgt pasai gaji semua. Aku just nk belajaq jd independent.

Start ptg hari Khamis sampai hari Sabtu ni, aku akan p keja sendiri tanpa Kak Syida. Dia outstation, p JB. Tak tau la hari Sabtu ni dia dh sampai blk or pg Ahad baru sampai. So aku pon p la keja naik LRT. *Sblm ni Kak Syida dh buat tutorial nk naik LRT mcm mana.kehkehkeh.* Aku beli brg2 utk masak sendiri, masak utk bekalan lunch sendiri & semuanya sendiri la.hihihi.

Bila aku dh berjaya lalui semua perkara sendiri, rasa mcm bangga pulak. Tak penah rasanya aku begitu independent.haha. Terima kaseh kpd Encik Ayah di atas kata-katanya yg menusuk di kalbuku sehingga aku buat keputusan utk berhijrah sementara ke KL. Kalau tak mesti la ni aku kt rumah lg, terperap ja dlm rumah tu.hehe. Puan Mak yg tak berapa nk setuju ngan Encik Ayah pon terpaksa lepaskan aku p KL.

Jgn risau ye Puan Mak. Cik Pipah dh besaq la. Cik Pipah dh buleh masuk kategori independent pon.agagaga. Nanti Cik Pipah blk raya ngan Kak Syida ok. Terasa menyerlah pulak sisi independent I tau tak.huahuahua. Coi, tak payah nk poyo sgt la Cik Pipah oi... Org len dh lama lalui apa yg aku lalui ni kn? Aku ja yg ketinggalan zaman agaknya.hikhik. Dh 21 taun kt dunia ni baru nk jd independent, apakah? wuwuwu. 

Ni cerita aku, aku watak utama. Suka suki aku la nk bangga ka apa.kahkahkah. Biaq la org len dh lama lalui apa yg aku lalui ni pon, yg penting aku dpt pengalaman independent tu. Lps ni tak dak la aku rasa mcm looser sgt.haha. Sbg salah sorg anak bongsu kt dunia ni, aku rasa aku dh berjaya survive sendiri tanpa harapkan org len. Bangga tak dh.wakakaka. 

No comments:

Post a Comment