Pencinta Coklat (".)

Assalamualaikum

-sumber dari google image

Coklat? Yup, coklat. Ada coklat gelap, coklat susu & coklat putih. Sejujurnya aku tak arif pon pasai jenis2 coklat yg ada. Apa yg aku tau coklat mmg sedap.hehe. Aku mkn ja semua coklat tak kira la warna apa pon. Tp tekak aku paling selesa ngan coklat _ _ _ _ _. Rasa dia pergghh...sedap sgt! Dpt kt aku coklat tu, mmg org len tak sempat mkn byk.hihi. Aku suka mkn coklat tu sambil tgk tv. Sedaq tak sedaq dh habeh 1 bar.haha. Tp rasanya tak ramai kot yg suka mkn coklat tu. Tak tau la kn..

Kita ke coklat yg pertama, iaitu, coklat susu. Tahukah anda bahawa coklat susu tak berapa nk kaya ngan antioksidan? Tp tak semestinya coklat susu tak bagus tau. Menurut 1 kajian, coklat susu buleh memperbaiki mood seseorang. So lps ni sambil mkn coklat susu, ambik mood cket. Jgn mkn sampai deria rasa kt lidah tu tak sempat nk detect mcm mana rasa coklat susu, dh licin.kikiki.

-sumber dari google image

Next, coklat putih. Coklat putih of course la warna putih kn.. Coklat putih ni tak kurang hebatnya jugak nk dibandingkan ngan coklat susu. Rasa dia sedap & kalau tgk aiskrim coklat putih ngan aiskrim vanila, buleh terkeliru tau. Aku la insan keliru tu.huhu. Secara teknikalnya, coklat putih ni bkn la sejenis coklat sbb dia tak mengandungi apa2 likuor coklat. Apa benda likuor coklat tu, aku pon tak tau. Ni aku translate ja.agagaga. Coklat putih ni mengandungi sekurang-kurangnya 20% bater koko & 14% susu, tambah gula dlm kuantiti yg pelbagai. Haa translate lg.hahaha.

 -sumber dari google image

Coklat terakhir utk entri ni ialah coklat gelap. Nk tau tak, coklat gelap mengandungi unsur2 flavanoid, iaitu antioksidan yg mampu melawan penyakit. Menurut fakta, coklat gelap mengandungi lebih byk flavanoid berbanding ngan makanan len. Menurut kajian pulak, coklat gelap buleh mengurangkan serangan sakit jantung sebanyak 10%. Tu kalau kita mkn beberapa petak kecik sehari. Byk lg benefit dia sebenaqnya. Menarik kn? huhu.

-sumber dari google image

Disebabkan aku dok bukak mcm2 website, maka bertemu la aku ngan coklat2 sekalian. So aku rasa mcm nk share penemuan aku ni. That's why la aku buat entri pasai coklat.wuwuwu. Oh ya. Perasan tak kt intro entri ni da beberapa tmpt kosong utk diisi? Haa la ni aku nk habaq coklat apa yg aku paling suka mkn. Aku bg klu kpd jenis coklat ikut warna la ya. Perkataan antonim bg warna dlm nama blog aku & perkataan sinonim bg perkataan antonim td. Try la cari jwpn tu.weeweewee ~ ~ ~

Sumber artikel:

1) Food Editorials.com
2) Facts About Chocolate
3) health SMART Reader's Digest



No comments:

Post a Comment