Reput Tulang

Apa ni? Tulang sapa yg reput?? Ehem2, testing 1 2 3.. Ha mcm ni, pg td aku p PKU (Pusat Kesihatan Universiti). Hajat di hati nk mintak doc tolong recommend aku utk asrama next sem. Apa2 pon prosedur dia kena la masuk jumpak doc dulu. Dh nama pon nk mintak tolong kn. Alang2 dh jumpak, buat la pemeriksaan kesihatan. Aku ni kalau p PKU tak dak penyakit len dh. Mesti penyakit alergik punya la. Maka, doc tu tgk la kad rawatan aku. Dia pon meneliti la rekod kesihatan aku. Pehtu dia tgk la segala tanda alergik kt badan aku ni. Then, bertanya la doc tu kpd aku...

Doc: Kamu ni alergik apa ya?
Aku: Saya tak buleh mkn seafood & ayam semua tu.
Doc: Selalu ka jd mcm ni?
Aku: Selalu jugak la. Tp skrg ni kalau saya tak mkn semua tu pon buleh jd jugak alergik.
Doc: Oh..maksudnya kamu kena selalu mkn ubat la.
Aku: Ya2, bila ubat habeh saya akan jd mcm ni.

Doc tu pon tgk la ubat apa yg aku penah ambik sblm ni. Bla bla bla dia dok baca, pehtu dia kata mcm ni kt aku.

Doc: Ubat last yg kamu ambil ni tak elok kalau mkn berterusan.
Aku: Oh, ada side effect ka doc?
Doc: Hmm, ada.
Aku: Apa effect dia?
Doc: Ubat ni kalau mkn secara berterusan boleh reput tulang.

Dlm hati aku waktu tu dh melalut meraban dh *mampuih la aku mcm ni. nk sehat drpd alergik, reput tulang pulak effect dia.* Pehtu doc tu pon keluaq sat, dia rujuk doc len pulak. Doc yg sorg lg ni pon masuk ke bilik rawatan tmpt aku dirawat tu. Dia pon start meneliti rekod kesihatan aku. Then dia check aku bla bla bla. Kt rekod tu ada tertulis aku penah buat blood test utk penyakit SLE taun lps. Dia pon tanya aku...

Doc: Kamu ada penyakit SLE ke?
Aku: Tak la. Saya disyaki ada penyakit SLE.
Doc: Kamu buat blood test ni kt Klinik Kesihatan Gopeng?
Aku: Ya.
Doc: Apa resultnya?
Aku: Tu la yg saya tak tau. Waktu saya buat blood test tu, saya study kt matrik lg. Saya tak     sempat nk tau resultnya sbb saya dh tamat pengajian waktu result tu keluaq.
         
Doc: Oh..jd kamu tak tahu la samada kamu betul2 SLE ataupun tak?
Aku: Ya.
Doc: Kamu boleh ke klinik tu semula utk ambil darah kamu tu. Bwk blk ke sini, boleh trace semula. Tp susah la. Kita inject boleh?

Lg skali waktu tu aku melalut meraban dlm hati *p dh aku mcm ni. nk kena inject lg ka? dulu dh penah kena skali. wallaweyh..mmg aku suka kena inject.err...* Aku tak tau la keajaiban apa yg terjadi waktu tu. Tetiba doc tu tak jd inject aku. Dia just bg ubat mkn & ubat sapu. Mungkin Allah mendengaq doaku waktu tu. Alhamdulillah..slmt aku. Tp yg bestnya, ubat sapu yg doc tu nk bg eksklusif kot. Aku kena tunggu panggilan drpd pharmacist PKU dulu baru buleh p ambik ubat tu. Haa...sbnqnya ubat tu kehabisan stok, sbb tu la aku kena tunggu panggilan drpd pharmacist tu dulu.wuwuwuwu. Pharmacist tu k0l aku pukui 2.30 ptg. Aku p ambik ubat tu pukui 4 ptg. Tak sangka dia dok tunggu aku sepanjang ptg tu. Bila dia nmpk ja muka aku muncul kt pintu dpn PKU, teroih dia senyum kt aku.hahaha. *ampun akak...saya terlambat, tidoq seround dulu td.kehkehkeh.* Yg sedihnya doc tak buleh recommend aku utk asrama sbb penyakit aku common katanya walaupun aku selalu ambik ubat pasai alergik ni.huhuhu. Tak pa la, nk buat mcm mana kn..kecewa jugak sbnqnya. =(

*Aku ingat nk buat semula la blood test. Tp kali ni buat utk detect alergik pulak.*









  

No comments:

Post a Comment